Followers

Sunday, November 25, 2012

Air Sejuk

 
 
 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

Belajar kehidupan memang sukar tapi menghayati kehidupan ini dengan nikmat kesyukuran adalah lebih baik dari bersendiri. Perjalan kehidupan menahan sedikit keperitan dikala suboh dan senja. Cuaca yang sejuk membuatkan diri ini berketaq kesejukan. Air panas sangat diperlukan sebilang masa.
 
 
Hargai air sumber nikmat dari Allah S.W.T

 

Thursday, November 22, 2012

Rindang Zaitun


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Ini pokok Zaitun yang terkenal disini. Kebiasaanye mereka akan menanam pokok ini di tepi-tepi rumah. Minyak zaitun banyak kegunaanya.

Monday, November 19, 2012

Titik Permulaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
 
 

Kehidupan ini bukan mudah, banyak cabaran dan rintangan serta dugaan dari yang maha Esa. Allah S.W.T tahu setiap gerak geri hambaNYA.

Permulaan kehidupan ana cukup ringkas dan mudah. Sekarang ana sudah berada jauh dari Malaysia. Pergolakan suka duka kehidupan ini cekup mendewasakan diri ana. Perjalanan yang megambil masa 10jam dari Tanah air membuatkan jantung ini berdebar dan bersabar dalam zikir dan tasbir mu ya Allah.

Anak rantau berhijrah
Untuk megukir sejarah
Kepada MU ku berserah
Setiap detik berserta kalimah
 

Sunday, November 18, 2012

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Merasai Mati

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN
 
 
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
 
 
Semoga roh sahabat kita ini ditempatkan dikalangan golongan orang-orang beriman soleh dan di angkat segala azab kuburnya....
 
Takziah kepada sahabat kita CL

Saturday, November 17, 2012

Tintar Perjalanan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selam sejahtera dan salam kasih buat pembaca semua. Kisah perjalan masih berterusan, pulauan kehidupan kian diteruskan untuk diri dan keluarga yang di cintai.

Kini sudah hampir 1 bulan tinggal di perantawan. Pola kehidupan bertukar dari hari demi hari. Suhu cuaca dan gaya pemakanan menjadi kurang selesa di bandingkan Malaysia.

Semoga ketabahan ini tetap bersemadi. Semoga Allah merahmati semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...