Followers

Friday, April 30, 2010

Akhlak Muslim


Sedih mengenangkan keadaan sekarang yang semakin terhakis nilai2 murni orang melayu. Takut suatu masa nanti kelakuan orang timur selari dengan orang2 barat. Mana hilangnya keperibadian, sopan santun, budi bahasa orang melayu yang terbilang satu ketika dulu. Rasa hormat anak2 pada orang tua, orang muda yang sentiasa menjaga tatasusila..lebur oleh era rambut karat dan nampak pusat. Semakin tinggi pendidikan, heran gak, semakin menurun akhlak, semakin berleluasa gejala2 sosial ..bayi2 boleh buang camtu je..tempat sampah, longkang, kat jamban... hampeh manusio yang banyak... menderako kat mak bapak nih lagi bersepah, ada yang tak mengaku mak, tinggalkan bapak kat bus stop, yang sedih mak bapak terpaksa meraih simpati anak naik turun mahkamah untuk tempat bergantung... .haprak tul.

Ini tak termasuk kes anak2 kena dera, tidak dapat digambarkan bagaimana kanak-kanak berkenaan dipukul dan disepak terajang. Manusia semakin kejam! gejala macam nih makin meluas dan merisaukan. Tu lah dia bila manusia hidup atas tiket kebendaan, sambil lewa hal agama, prinsip penghidupan jauh tersasar. Itu orang kata seinci tersasar, sesat beribu batu. Ni lah bahana high-ends teknologi, gadget2 yang merosakkan remaja yang melanda masyarakat sekarang nih. Akhirnya memusnahkan manusia sendiri.

Kenapa jadi begini? Simple je... Institusi kekeluargaan diketepikan. Pentingkan hiburan dan kurang pengisian iman. Apa2 pun ibubapa memainkan peranan paling penting dalam membentuk generasi masa depan. Kena sama naik lah dunia dan akhirat. ... Pendek kata, berpandukan AlQuran dan Sunnah cara yang terbaik mendidik anak. Insyaallah berjaya di dunia dan akhirat. Al-Quran dan Ibadah itu akan memberi kesan yang baik bukan saja terhadap diri, bahkan juga kehidupan masyarakat seluruhnya.

Allah berfirman yang bermaksud: Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya) (Surah Muthathir ayat 54).

Mentaliti mak bapak sekarang, anak2 mesti cemerlang walaupun jiwa kosong. Baru anak2 duduk ujian UPSR, mak bapak dah kanceong, nak berhentikan dari sekolah agama. Kununnya, nak concentrate pada UPSR. Nampak tak, bagaimana awal2 lagi terhakis kemantapan keimanan anak2 sebab mentaliti mak bapak. Haram hukum dia memberhentikan anak dari sekolah agama semata2 untuk mengejar ilmu dunia nih. Itu kata Ustaz Zahazan dalam program 'Tanya Ustaz". Rata2 sekarang nih, makbapak semua bekerja. Maka urusan rumahtangga 'maid' yang urus. Hubungan ngan anak2 renggang, bz sentiasa. Kalau setakat kerja office tapi buat2 sibuk something wrong somewhere. Keadaan lagi hancur bila mak bapak ada scandal. Macamana nak jadi contoh teladan yang baik. Jelas, keperibadian seseorang itu akan terbentuk melalui didikan ibu bapa. Jika baik perangai ibu dan bapanya di rumah, maka baiklah perwatakan anak mereka. Pendek kata, berpandukan AlQuran dan Sunnah itulah yang terbaik cara mendidik anak. Insyaallah berjaya di dunia dan akhirat.

Allah berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab ayat 21).

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Mu'az bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat hingga disoal empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya dan apa yang diperjuangkannya, mengenai hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya."

Bukan senang menjadi role model dalam rumahtangga nih. Disamping memberi kebahagian dunia dan akhirat, mak bapak mesti prihatin atas pergerakan anak2. Mengambil kira dengan siapa mereka berkawan. Justeru, salah sorang kena tegas, baru anak2 hormat tapi kalau mak bapak jadi ketam camna nak ajar anak jalan lurus. Namun, Proses tarbiah (pendidikan) sejak kecil adalah faktor terbesar dalam menyumbang serta menentukan kejayaan anak pada masa depan. Tanamkan kat anak2 nih sifat disiplin dalam menuntut ilmu, tanggungjawab terhadap keluarga dan jaga solat.

"Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur" (Hadis Abu Daud).

Bergaul serta berbuat baik dengan saudara mara, jiran tetangga, dengan kata lain bermasyarakat. Bukan hidup macam 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing2'. Rajin2 lah membawa anak isteri berjinak2 dengan mesjid, majlis ilmu bukannya bawak pergi karaoke, tengok wayang...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara iaitu masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa muda sebelum tua dan masa kaya sebelum papa." (Riwayat Hakim dan Baihaqi). Jelas Rasulullah s.a.w menerangkan perkara yang penting diberikan tumpuan.

Thursday, April 29, 2010

Diri


Cuaca panas
Udara nyaman
Langit terang
Bumi menghijau

Aku berkhdmat
Aku belajar
Aku baca taklim
Aku taubat

Ilmu ada
Ilmu Allah punya
Istimewa orang berilmu
Kongsi bersama

Badan letih
Lesu lihat iman
Kurang tawajuk
Lemahnya diri

Hidayat MU
Limpahkan taufik
Agar ku racip
Pahat di dada

Semua ini hanya diri

Masjid Kg Bangkahulu
25.04.10
0029

Tuesday, April 27, 2010

PAHALA MEMBACA AL-QURAN


Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.


Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.


Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:

Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.


Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.

Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

Friday, April 23, 2010

Kelebihan membaca Al-Quran


Hendaklah membaca Al-Quran setiap hari kerana:

Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya

Di dalam hadith Qudsi bhawa Allah SWT berfirman: Orang yang sibuk membaca Al-Quran dengan mengaji, menghafal dan berfikirkan tentangnya dengan tafsir dan terjemahannya dll, bahawa ia menghalangnya dari berzikir dan berdoa kepadaKU (iaitu ia tidak mempunyai masa untuk berzikir dan berdoa) maka Daku memberinya lebih daripada yang Daku beri kepada orang yang berdoa kepadaKU bagi memenuhi keperluannya (iaitu Daku sempurnakan segala keperluan dan hajatnya). Rasulullah SAW bersabda bahawa ‘kalam Allah’ mempunyai kelebihan di atas segala makhluknya.

Di dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa kamu hendaklah mempelajari Al-Quran (dapatkan pengetahuannya), bacalah ia dan ajarkannya kerana contoh Al-Quran, bagi pihak orang yang mempelajarinya, mendapatkan pengetahuannya, membacanya (tertutama dalam solat Tahajud), mengajarkannya dan juga mengamalkannya adalah seperti sebuah beg kulit yang terbuka yang penuh dengan kasturi yang baunya yang sangat wangi sampai ke semua tempat. Bagi seseorang ang mempelajari Al-Quran (mendapatkan pengetahuannya) tetapi (meluangkan masa) pada malam hari (dalam kecuaian), iaitu tidak membaca Quran di dalam tahajud atau ia mengamalkannya, manakala Al-Quran wujud dan dilindungi di dalam hatinya, adalah seperti sebuah beg kulit yang diisi dengan kasturi dengan mulutnya tertutup rapat.

Di dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) baginya satu hasanah dan satu pahala digandakan sepuluh kali ganda. Daku tidak etakan bahawa Alif, Laam dan Miim sebagai satu huruf, tetapi Alif ialah satu huruf, Laam satu huruf, Miim satu huruf (jadi dalam membaca Alif, Laam Miim terdapat tiga hasanah dan ganjaran minimum menyamai tiga puluh kebajikan)

Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dua orang sahaja yang boleh dicemburui, pertama seorang yang Allah SWT berikan Al-Quran yang ia amalkan pada siang hari dan malamnya dan keduanya, seorang yang Allah SWT berikan harta dan ia belanjakan harta siang dan malam menurut perintahNYA.

Di dalam hadith yang lain bahawa pada hari kiamat ia akan dikatakan kepada pembaca Al-Quran teruskan membaca Al-Quran dan naiklah darjat kamu dalam syurga. Bacalah dengan tartil dan mudah di dalam dunia kerana darjat dan kedudukan kamu akan berada pada ayat terakhir yang kamu akan baca.

Di dalam hadith yang lain bahawa barangsiapa yang membaca Quran dan ia seorang yang mahir (iaitu ia membaca dengan lancar, maka pada hari kiamat ia akan bersama dengan mereka yang dimuliakan dan malaikat yang suci yang menulis amalan yang baik. Dan barangsiapa yang membacanya dengan tersekat-sekat tanpa lancar kerana tidak menghafalnya dan dengan cara ini, mengalami kesulitan dalam membaca mendapat dua kali ganda pahala (satu kerana membaca Al-Quran dan satu lagi kerana mengalami kesulitan dalam membaca)

Thursday, April 22, 2010

al-Quran itu Pelita

Assalammualaikom w.t.b kepada semua pembaca blog yang dikasihi. Jadual harian tidak lengkap tanpa al-Quran.
Manusia adalah makhluk yang lemah dan memerlukan petunjuk sebagai panduan mereka ke destinasi yang sebenar. Allah s.w.t. sebagai pencipta yang Maha Mengetahui telah menyediakan satu manual kehidupan yang lengkap untuk kita ikuti iaitu al-Quran. Hakikatnya al-Quran bukan sekadar manual tetapi manhaj dan cara hidup yang paling sempurna.
Manusia diciptakan oleh Allah sebagai manusia yang paling sempurna dan mulia. Tetapi, kemulian manusia berkurangan bahkan hilang apabila manusia sudah tidak mampu lagi menjaga kemuliaan dirinya. Kemuliaan manusia bukan dinilai daripada fizikalnya, tetapi kemulian manusia itu terletak pada ketakwaannya kepada Allah. Oleh itu, kita perlu taat perintah Allah dan mengikuti sunnah Rasulllah s.a.w. untuk memelihara dan meningkatkan ketakwaan kita pada Allah pada setiap masa.



Isnin, selasa dan rabu. Pembelajaran tajwid,tarranum dan bahasa arab. Apabila Ustaz telah pergi melanjutkan pelajaran tarranum tinggi beliau di Pusat Islam Antarabangsa. Penuntut direhatkan seketika. Ustaz Rosli seorang yang sangat mahir dalam tarranum, bahasa arab dan tajwid. Banyak ilmu yang kami pelajaran dari beliau. Setiap huruf dalam ayat suci al-Quran terdapat makna tersendiri dan maksud yang tertentu. Ia boleh memberi makna yang berbeza bila disatukan dengan ayat-ayat tertentu.

Allah menjelaskan di dalam al-Quran surah ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah s.w.t. mengkehendaki keburukan pada sesuatu kaum, tidak ada yang padat menolaknya dan sekali-kali tidak akan ada pelindung bagi mereka selain dia.”





Pembelajaran tidak terbatas pada peringkat umur, darjat dan kedudukan. Selagi anak adam itu bernyawa selagi itu la ia berlu berlajar, berlajar dengan guru dan ustaz serta orang yang alim ulamak. Kami hanya 5 oranag pelajar yang tetap atau sering kali hadir ke kelas. Ketabahan ustaz megajar kami membuatkan kami semakin kuat dan bersemangat untuk menuntut ilmu al-Quran. Pengorbanan Ustaz yang tiap malam datang ke surau dari jauh membuatkan segala ilmu yang di ajar menjadi berkat dan di rahmati. Semoga Ustaz sentisa berada dalam keadaan sihat dan bahagia selalu. Doa dari kami untuk kita sama-sama mempelajaran ilmu al-Quran ini di permudahkan Allah s.w.t.

Di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Yang terbaik di antara kamu adalah orang yang belajar dan megajar al-Quran.”

Allah s.w.t. menjelaskan di dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 79 yang bermaksud, “Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah s.w.t. berikan kepadanya al-Kitab, hikmah dan kanabian, lalu dia berkata kepada manusia, ‘Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah s.w.t.’ Tetapi (dia berkata), ‘Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbani kerana kamu selalu mengajarkan al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.”

Buku-buku yang menjadi panduan MI

Muslim yang baik adalah Muslim yang mengusai ilmu Allah di alam semesta dan ilmu Allah di dalam al-Quran.

Tuesday, April 20, 2010

Kasih Ibu&Bapa



Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Saturday, April 17, 2010

Ayah Tercinta (ii)

Assalammualaikom w.t.b. pembaca dan sahabat sekalian. Cerita sedikit tapi bermakna untuk diri MI. Dalam keluarga MI sebagai harapan untuk perkara-perkara yang rumit, ia tak la berapa sukar tetapi MI sering berkhidmat untuk keluarga.

MI lupa seawal tahun berapa arwah ayah menggunaan telifon bimbit. Mungkin dalam tahun 2002 kalau tidak silap. 0132**4949 ini adalah no tel arwah ayah, yang MI cari sampai dapat. Rasanya agak sukar nak dapatkan no tel ini. Sebab apa yang istimewa dalam no tel ini adalah ia berkena dengan tahun kelahiran ayah iaitu 1949. Arwah ayah cukup seronok yang mana bila MI cakap ini no yang tapat pada tarik lahir ayah. Ini adalah hanfon last ayah yang ayah beli sendiri.

Ini adalah hanfon ketiga ayah. Sebelum itu MI guna, megenangkan Hp ayah Nokia 3310 yang telah dicuri ketika itu, MI korbankan Hp MI untuk ayah kegunaan.



Nokia 8210 adalah hanfon kedua arwah ayah, ia juga Hp MI. Malangnya ia rosak.


Nokia 3310 adalah hanfon pertama arwah ayah.


Arwah ayah tidak begitu mahir menggunakan Hp, biasalah orang kampung dan dah biasa hidup susah. MI banyak megajar kepentingan Hp untuk seharian arwah. Sememangnya sekarang ini dah tiada siapa yang MI ingin ajarkan. Pegorbanan yang lampau hanya menjadi kenangan yang indah dalam hidup MI. Hanya gelak tawa menjadi pegubat rindu.

Thursday, April 15, 2010

Ayah Tercinta

Salam semua pembaca, dekat lebih seminggu MI tidak menulis. Sebak dan sedih masih terpahat di jiwa yang megenangkan pemergian ayah yang tercinta terlalu cepat berlalu. Rasa bagai semalam MI menjaga ayah di Hospital. Setiap malam MI akan ke hospital untuk menjaga ayah, sehingga subuh. Di waktu malam, ayah tak boleh tidor, badanya terlampau sakit. MI berjaga dan terus berjaga hingga ayah boleh tidor. Di waktu itu jua MI ambil kesempatan untuk membaca buku pelajaran dan ilmiah, exam hanpir tiba. Apabila ayah sakit, MI akan mengurutkan dan menyapukan minyak, dan memberi sedikit air.
Ini adalah bekas air dan sudu yang MI sering suapkan ke mulut ayah.

Ini la barangan terakhir yang MI bawa pulang dari Hospital. Ayah tidak boleh makan lagi, hanya minum air sahaja.
InsyaAllah MI akan coretkan lagi untuk hari berikutkan kisah AYAH Tercinta.
Salam.

Thursday, April 8, 2010

http://manzlie-makkah.blogspot.com
Monday, 5 April 2010
" K A A B A H...."


Subhanallah...agak sesak dan ramai Jemaah berada di Dataran Kaabah..alhamdulila...terasa seperti ' kemeriahan" yang tiada bandingannyer...jiwa meruntun dan syahdu serta penuh keinsafan....


P/s; Salam takziah buat adik Musafir Islam atas kehilangan ayahanda tercinta Almahrum Saadon bin salim yang pulang ke rahmahtullah pada jam 1.00 pagi tadi...moga allah mencucuri rahmat keatas Roh beliau.AL FATIHAH .amin..


Posted by manzlie at 11:16:00 AM


36 comments:

ibu,mommy,mom... said...
Salam Cik Li
Alangkah seronoknya kalau ibu ada di sana ketika ni...

5 April 2010 13:30
ibu,mommy,mom... said...
Salam takziah untuk Musafir

5 April 2010 13:31
Hajah Zainab bt Abdullah said...
salam cl,

kaabah!

5 April 2010 13:36
Hajah Zainab bt Abdullah said...
Al-fatihah buat arwah bapa MI. salam takziah.

5 April 2010 13:37
S said...
salam,

CL,
aman rasanya.

5 April 2010 13:38
hilmyiskandar said...
Salam.

Alhamdulillah, tengok Kaabah live dari CL hati dah sejuk, apa lagi betul2 depan mata - memang indah dan terpegun Kebesaran Mu.

Takziah utk, Musafir.

Amin.

tq

5 April 2010 13:39
S said...
salam,

smoga rohnya dicucuri rahmat.
MI, anak yg soleh yg sentiasa mendoakan ayah nya. amin....

5 April 2010 13:41
rezeki said...
salam cl

salam takziah buat MI ,

Al fatihah buat Almahrum Saadon bin Salim

5 April 2010 13:42
My Life said...
salam
dear cl

masyaallah.. kaabah..
rindu...
subhanallah.. alhamdulillah..

doakan semua yer.. alhamdulillah

5 April 2010 13:43
rezeki said...
salam cl

tak terkata melihat kaabah tersergam sebegitu rupe,tak pernah menjemukan alhamdulillah

ok cl, nak balik jap, perut dan menyanyi lagi keroncong hehehe

5 April 2010 13:44
qaseh mas said...
Salam Tn Hj CL
subhanallah
al fatihah untuk allahyarham ayah MI.
semoga Musafir Islam sekeluarga tabah hadapi dugaan ini. Salam Takziah..

5 April 2010 13:44
My Life said...
salam...

dear cl

al fatihah untuk arwah ayah musafir islam.. semoga arwah ditempatkan disisi org2 yg beriman.. amin..

5 April 2010 13:46
Kak Sidah said...
Salam CL,

Takziah pada MI, semoga allah mencucuri rahmat keatas roh nya dan ditempatkan bersama para solihin.

5 April 2010 14:18
shami2 said...
Salam CL..

Alhamdulillah...

Ramai jemaah yang ada
Masing2 tunduk patuh padaNya
Namun DIAlah jua yang menilai siapa kita...
Cukupkah ilmu didada...
Sempurnakah kita...
Siapa kita disisiNya..

5 April 2010 14:29
Ummiross said...
salam cl,rindunya ummi tengok kaabah tu,masyaAllah

5 April 2010 14:31
Atikah said...
salam Cl,

Rindu bila menatap kaabah...


Salam Takziah buat MI... moga arwah ayahnya ditempatkan dikalangan para solihin... Al-fatihah...

5 April 2010 14:42
YB said...
Salam CL

Jemaah mana yg ramai agaknya. Jemaah malaysia ramai bulan 6 nanti, cuti sek.

Takziah buat MI supaya bersabar menghadapi ujian Allah ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

5 April 2010 14:43
Che' Pit said...
salam takziah buat MI..
semoga sabar dan tenang serta redha

5 April 2010 14:54
Ummi Humaira said...
SALAM cL...

salam takziah buat MI ,
semoga ayahanda MI ditempatkan bersama2 org2 mukmin

5 April 2010 15:03
SiNoMoSa said...
Salam CL,

Masya-Allah makin meronta-ronta pulak hati ingin sama2 berada ditengah2 lautan manusia itu..
Smg Allah permudahkan niat sy dan kedua ibubapa sy..Amin

Salam takziah buat MI..

5 April 2010 15:21
Yem0805 said...
Salam CL,

Kaabah! Alfatihah smoga rohnya dicucuri rahmat.

5 April 2010 15:22
Azima said...
Salam Cl,

Menatap Kaabah..hati yang gundah -gulana menjadi tenang..

Semoga mendapat peluang utk ke sana nanti..InsyaAllah..

Wassalam

5 April 2010 15:24
Rokiah said...
Salam CL,

Takziah buat Musafir Islam..
Alhamdulillah dapat menatap kaabah lagi, rindunya!!

5 April 2010 15:35
Rokiah said...
Kaabah,
semakin di tatap semakin syahdu..

5 April 2010 15:37
Kak Sidah said...
Salam CL,

Tersa kaabah dekat sangat dihati, menatap kaabah membuat jiwa rasa bahagia

5 April 2010 16:02
Noor said...
Salam CL..

ghindu nyer bila tengok kaabah tu..

Salam Takziah untuk adinda MI.. semoga roh ayahda adinda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. AL-Fatihah..

5 April 2010 16:23
boxhousestudio said...
KAABAH...forever and ever kiblat bagi seluruh umat Islam...ALLAH HU AKHBAR!!!...

5 April 2010 16:25
rosli said...
Salam CL,

Salam Takziah pada MI, harap dapat bersabar dengan ujian Allah ini, kita sama2 doa agar arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. Amin,

5 April 2010 16:51
rosli said...
Salam CL,

Tahniah Ibu mommy,mom dan Hjh Zainab.

CL, best gambar ini, saya tak terkata....masyallah

5 April 2010 16:52
Rozali said...
Assalamualaikum CL

Salam Takziah untuk sahabat Musafir Islam
didoakan agar roh ayahanda anda dimasukan dlm gulungan orang2 yg soleh
moga kuburnya diterangi oleh cahaya syurga
amin

Wassalam

5 April 2010 16:56
hjh mai said...
salam..,

subhanallah...tenang hati menatapnya...

Takziah buat MI

5 April 2010 17:18
che'na said...
Salam CL,

Takziah buat MI dan semoga arwah ayah MI mendapat rahmat Allah, alfatihah.

Ramai orang di depan Kaabah. Teringat time ada kematian, tersusun jenazah utk disembahyangkan dan berebut2 jamaah memegang usungan sehingga keluar pintu MH. Urusan kematian di Makkah begitu cepat dan pantas.

5 April 2010 17:30
mama ju, said...
Salam Takziah buat anakanda Musafir. Moga beliau ditempatkan bersama orang beriman.
Amin.Al fatihah.

5 April 2010 17:45
safiudin said...
salam sdr...

tahniah ibu, mommy, mom....

dan kak hjh nab..

indahnya pemandangan ini... sdr..
teruja saya menatapnya.

ps: takziah buat sdr musafir islam...

semoga sdr bersabar dengan ujian ini.... saya doakan Arwahyarham Saadon bin salim ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan solleh, amin... al-fatihah...

5 April 2010 19:52
SUHAIMI said...
Salam CL

Takziah buat saudara Musafir Islam

semoga roh ayahnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

5 April 2010 20:41
PINATBATE said...
1.Salam Takziah buat saudara Musafir Islam,mudah-mudahan roh arwah digolongkan di kalangan ahli syurga yang dicintai Allah..

2. Terima Kasih CikLie paparkan gambar kaabah tu..sungguh syahdu dan menyentuh hati..

3.Gambar cikLie dlm blog Ustaz Lutfi sangatlah encemm..;PP

5 April 2010 20:52










http://manzlie-makkah.blogspot.com/2010/04/k-a-b-h.html?showComment=1270471940246#c8898796631945321210


Assalammualaikom w.t.b
MI ucapkan terima kasih kepada semua warga PDKM yang memberi ucapan, sms dan talifon. Maaf tak dapat nak tulis. InsyAllah ada masanya nanti MI akan coretkan.
JazakaAllah khi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...