Followers

Friday, May 21, 2010

Doa Sujud Sejadah

Sujud Sajadah/Tilawah

Tilawah ertinya bacaan, dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur (keterangan sujud syukur akan menyusul selanjutnya). Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.

Untuk mengenali ayat-ayat sajadah itu di dalam al-Qur'an, kebiasaannya pada ayat-ayat itu ada ditandakan garis atau simbol dengan tertulis perkataan sajadah.

Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah:


Cara melakukan sujud sajadah di dalam solat ialah terus bersujud (tanpa niat, dan tanpa mengangkat tangan) sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadah, kemudian membaca doa sujud sajadah di dalam sujud, lalu kembali berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnya. Sekiranya bacaan surah itu telahpun tamat (ayat sajadah di pengakhir surah), apabila bangun dari sujud sajadah maka teruslah rukuk selepas berdiri sebentar .

Adalah sunat bertakbir "Allah-Akbar" sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadah. Disunatkan juga agar bertakbir apabila naik dari sujud. Adalah tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud.

Di dalam solat berjemaah, makmum wajib mengikuti imam sama ada imam itu melakukan sujud sajadah ataupun tidak. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal. Akan tetapi, adalah sunat hukumnya bagi makmum melakukan sujud tilawah selepas selesai salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama.

Bagi sembahyang yang dibaca dengan suara perlahan, umpamanya solat Zuhur, sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum.

Rukun sujud sajadah di luar solat ialah:
1. Niat - iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala"
2. Takbiratul-ihram
3. Sujud
4. Salam.

Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak.

Syarat sah sujud sajadah di luar solat adalah sama seperti syarat solat (suci dari hadas besar dan kecil, mengadap kiblat, menutup aurat, dan sebagainya), dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud.

Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu), maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh, asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya.

Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat, namun berwuduk itu adalah lebih afdal.

Apabila hendak sujud sajadah di luar solat, disunatkan bertakbir "Allahu-Akbar" (selepas daripada Takbiratul-ihram) dan disunatkan juga bertakbir apabila bangun dari sujud sebelum salam.

Adalah tidak perlu untuk seseorang itu bangun untuk berdiri (qiam) apabila hendak melakukan sujud sajadah di luar solat. Namun begitu, apabila seseorang itu sedang berdiri, maka perlulah dia bertakbiratul-ihram di kala qiam, kemudian sujud, duduk, dan salam.

* Semoga amalan ini dapat ditunaikan dalam diri kita sebagai seorang muslim. JazakaAllah.

Thursday, May 20, 2010

Kesihan Pada cik Lens

Salamatan wa Tahiyyatan. Salam Fajarsubuh.

Pembaca blog yang dikasihi. Cerita tentang cik Lens yang demam seminggu. Terlalu banyak kerja katanya, nak rehat jua. Akhirnya cik Lens dapat rehat seminggu. Banyak kepentingan cik Lens untuk ana

Kali ini ubat cik Lens dah jumpa. Selamat kawan ana di JB sudi membantu. Nizam nama beliau, beliau memang kerja bahagian komputer ini. Hebat jua la lepasan UiTM Shah Alam ini menyandang jawatan yang besar dalam syarikat.

Hari Selasa Nizam poskan ubat cik Lens. Semalam sudah sampai, tetapi ana buka pagi ini. Sibuk sikit dengan kerja di pejabat, waktu malam ana ke Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor.

Pagi yang ceria dan penuh dengan senyuman, Allhamdullah, Allah permudahkan segala urusan ana. Sekarang kerja ana mudah bila cik Lens sudah sihat.

.










Akhirnya cik Lens boleh digunakan sepenuhnya. Ubatnya adala memory card. Ana tak ambil banyak gamabr dalam satu masa. 2 GB sudah memadai.

JazakaAllah saudara dan saudari fajarsubuh.

Tuesday, May 18, 2010

Kelebihan Surah al-Falaq




SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

Monday, May 10, 2010

Silau


ku
megenang nasib


ku
di atas pagar berduri
seperti ada yang sanggup


tahan diri
tahan nagis


tiada lagi hiburan
untuk nasib ku
masih berlayar
pukulan arus ombak


ada yang sanggup
membina dan membantu
seperti hujan turun
sebalik awan mendung


02.05.10
1357
MI

Friday, May 7, 2010

Aktiviti memukat Ikan di Port Dickson

Pada 30 April 2010 . Segala perancangan telah disusun oleh pihak yang berkenaan. Tak banyak perkara boleh dirancang, kali ini cuma untuk siapa yang mempunyai masa terluang. Motif utama adalah untuk memancing ikan, tapi apakan daya. Sekor ikan dari air pasang membawa ke surut pun masih tak diperolehi. Aktiviti di mulakan dengan membakar ayam sambil bersembang-sembang tentang hal diri dan keluarga. Waktu ini, tak di sentuh langsung tentang kerja. Sudah seminggu bekerja, hari-hari lihat wajah yang sama. Aktiviti ini adalah untuk melupakan segalanya.









Sambil membakar dan menunggu ayam siap untuk dimakan kita lihat dulu pemandangan yang cantik ni ye.

Alahai set memancing, joran dan pun-pun di ketepikan ye.... Ye la, masing-masing dah nampak ayam panggang depan mata.



Selesai menunaikan kewajipan Solat, selesai makan ayam panggang dan selesai segalanya. Ada pula hiburan di waktu malam. Ia sebagai sampingan sahaja, sementara menunggu air pasang, surut kembali. Sebab bila air surut, boleh la kami jalankan projek yang seterusnya.




Gitar Kapok




Semua ceria nampak




Ketam yang tersangkut pada jaring


Allhamdullah ini dia hasilnya setelah 5 jam berhempas pulas di lautan. Perit jua menjadi seorang nelayan ini, sukar untuk yang mula melakukanya dan mudah bagi yang sudah biasa melakukanya. Patut la harga ikan di pasar mahal-mahal, susah rupanya untuk mendapatkan seokor ikan. Syukurla rezeki yang kita perolehi, dan buangkanla sikap 'ah....' dalam diri kita. Allah maha kuasa, selama kita bersyukur. Selagi itu Allah sayang pada hambaNya.

Monday, May 3, 2010

Jiwa

Ihwah muslimin

Melayu,indonisia,pakistan dan banglades
Hidup dalam suasana islam
Kasih sayang hormat menghormati
Mohon agar di senangi

Makan untuk dunia
Ibadah untuk akhirat
Sayang dunia
Cinta akhirat

Allah maha besar
Janji Allah tu benar
Manusia marangcang
Janji manusia Allah tentukan

Rezeki ada
Cuma dengan fanah
Yakin dunia
Tidak yakin kodok dan kadar

Iman
24jam iman
Yakin dengan amal untuk iman
Perbahruilah iman mu

Sayang diri
Amal
Sayang ibubapa
Doa
Sayang Allah
Beribadah


Masjid kg bangkahulu
Gemas
1518
26.04.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...