Followers

Wednesday, October 16, 2013

Embah Lanang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة


Salam Iduladhar menjadi pembukaan kisan tirai di kala suboh kali ini, takbir bergemar kembali memuji kebesaran MU ya ILAHI di bumi ambiah yang ana duduk kini. Kali ke dua menyambut Aidiladhar di perantauan bersama-sama teman seperjuangan, kami berjauhan dari sanak saudara dan orang tercinta, meninggalkan kampung halaman adalah lumrah dalam kehidupan musafir.

Dalam meniti titik perjalanan yang penuh onak dan duri seta ranjau yang berduri ini, kehidupan bermusafir kini memberi erti yang sangat besar dalam lipatan sejarah. Mempelajari nilai kasih sayang dan kehormatan sesama saudara muslim. Megimbau kembali sejarah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar.

Pada 10 Zulhijrah tahun ini, ia adalah tarikh yang sangat bernilai dalam titipan sejaran kehidupan ana. Pelbagai pegalaman situasi, kejadian dan peristiwa yang tersemat di dalam tarikh yang sangat bermakna buat diri ana. Ya Allah….begitu kuat ujian MU buat hamba-Mu ini. SubhanaAllah.

  : عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم
,  لا يجد أحد حلاوة الإيمان حتى يحب المرء لا يحبه إلا لله
, وحتى أن يقذف في النار أحب إليه من أن يرجع إلى الكفر بعد إذ أنقذه الله
 وحتى يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata : Nabi SAW telah bersabda : Seseorang itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah dia mengasihi seseorang hanya kerana Allah; sehinggalah dicampak ke dalam api lebih disukainya daripada kembali kufur selepas Allah menyelamatkannya, dan sehinggalah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai berbanding yang lain dari kedua-duanya. 
 [Sahih Bukhari ; Kitab Al-Adab No Hadis 5694] 

Keluarga di Malaysia hanya dapat di hubungi melalui Whatsapp, manakala Ayah serta Bonda yang berada di Mekkah melalui SMS. Sedikit demi sedikit kerinduan serta kegembiraan ini terlakar di bibir senyuman untuk pulang berjumpa kesemua. Allah S.W.T adalah rob yang maha mengetahui lagi maha pegasihani. Semuanya dalam perancanganNYA yang maha bijaksana.

Di pagi Zulhijran yang damai, apabila salam kedua Solat Aidiladhar di tunaikan seiring tepat jam 12:30pm waktu Malaysia, satu mesej yang di hantar oleh kakak ana melalui Whatsapp berbunyi “Embah sudah tiada lagi”. Innalillahhiwainalillahhirojiun, Datuk sebelah bonda kesayangan ana telah menghembuskan nafas yang terakhir di Kampung Pontian. Al-Fatihah buat Datuk ana SOM bin Elias, semoga rohnya di tempatkan dikalangan para solihin.

Ketabahan dan kesabaran ini meguatkan iman ana untuk terus beramal ibadah, bersujut dan bermunajat ke MU ya rob. Hanya tahlil dan tahmid yang dapat ana hadiahkan buat Embah yang tersayang. Sejauh mana jarak di antara Malaysia dari ana, jauh itu la kekuatan ana yang mendalam untuk menghulurkan surah-surah yang dapat di lafazkan. Sesungguhnya amalan musafir ini hanya sedikit jika hendak di bandingkan dengan nikmat yang telah diberikan olehNYA. Allah huakbar.

Thursday, September 12, 2013

Sahabat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة

Sudah lama ana tidak melakar sedikit coretan di Blog FS. Terasa terpanggil untuk menulis sedikit perkongsian perasaan yang menyelubungi jiwa ana sejak kebelakangan ini.
 
Pertemuan dan perpisahan itu benar, sekelip mata melihat dan sekelip jua semuanya bisa merubah. SubhanaAllah, hebat ciptaan MU YA ALLAH.
 
Di akhir bulan Syawal yang lepas, satu kemalangan jalanraya telah menimpa sahabat sebilik ana, sahabat ana telah meninggal di tempat kejadian. Semoga ALLAH mencucuri Rahmat keatas roh sahabat ana. amin.
 
AL-FATIHAH

Friday, June 21, 2013

Token From Kehidupan Mekkah ٢

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة


 عَنْ أنَسَ رَضى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ 
(رواه البخارى ومسلم)
Daripada Anas (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Siapa yang ingin agar rezkinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”.
[HR Bukhari dan Muslim]
Allhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam semoga sentiasa tercurahkan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga sahabat-sahabat baginda serta mereka yang sentiasa megikuti sunnahnya. Amin.

Kesan dari ber Musafir di Madinah dan Mekkah banyak memberi erti baru dan sinar dalam kehidupan ana, pelbagai onak duri dan pahit manis setiap titik perjalanan dari Lebanon ke Jeddah. Sungguh benar dugaan MU ya Allah untuk mereka yang sabar dan sentiasa bersolat. Sesungguhnya nilai bersyukur dan bersifat sabar itu amat bernilai ketika ber Musafir di sana.

Allah tidak pernah melupakan hambaNYA yang sentiasa berdoa dan bersangka baik pada setiap kejadian siang dan malam, senang dan susah, pahit derita dan sebagainya. Nilai dan nikmat yang telah di berikan itu sunggunh berharga dan tidak terbalas dengan apa sekali pun. Begitu juga dengan Iman dan Islam.

Di kesibukan dan kesukaran dalam meniti perjalan di sana, ana sempat berjumpa insan yang sanggat bertuah pemilik Blog Kehidupan Mekkah ٢. Hanya di tepi jalan berbumbungkan jalan raya (flyover) sambil sehidangan kopi panas, Allhamdullillah Tuan Hj Mohd Arshad sudi ziarah dan singgah bersama untuk mengeratkan silaturahim saudara muslim. Syukran atas sedikit buah tangan dari Mekkah buat ana untuk di bawa pulang ke Lebanon.


Wednesday, June 19, 2013

Thursday, June 13, 2013

Apabila Suboh Menjelma

Assalammualaikom . Shobakhoir 

Menanti suboh sambil semak semula peralatan dan persiapan.

SubhanaAllah . Sungguh hebat kuasa MU ya Allah

Wednesday, June 12, 2013

Persiapan Hari Terakhir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة

Kain ihrah dan buku panduan dari Malaysia

Beg dan tali pinggang dari Lebanon

Ini titik permulaan ana menuju MU ya Allah. Semoga di Rahmati dan di pelihara dari perlindungan MU ya Allah. Ana memohon maaf kepada semua saudara dan sahabat pembaca Blog FS.

13 Jun 2013 ana akan musafir dari Beirut ke Jeddah dengan menaiki kapal terbang Saudi Air. Selama 7hari ana akan ziarah kota Madinah dan kota Mekkah. Semoga safar ini membawa satu erti yang cukup bernilai dalam kehidupan ana sebagai seorang hamba.

Sahabat semua tolong doakan ana selamat pergi dan kembali menperolehi nilai yang sangat berguna dan maqbur setiap amalan. InsyaAllah.

Syukran, JazakaAllah Khoir

Tuesday, May 28, 2013

Sudah Besar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
 
 
Kehidupan ini banyak menilai erti kesabaran yang tinggi untuk setiap insan. Manusia dengan kehidupannya, binatang dan tumbuh-tumbuhan juga dengan kehidupanya.
 
"Barangsiapa yang bertemu dengan-Ku dalam keadaan cinta kepada-Ku. Maka Aku masukkan dia ke syurga-Ku. Barangsiapa yang bertemu dengan-Ku dalam keadaan takut kepada-Ku, maka Aku jauhkan dia dari neraka-Ku. Dan barangsiapa yang bertemu kepada-Ku sebab ia mati dalam keadaan malu kepada-Ku, maka Aku jadikan malaikat (pencatat amal) lupa terhadap dosa-dosa orang itu."
 
Yang dimaksudkan "cinta kepada-Ku", iaitu rindu untuk menhadap Allah dan suka memperolehi pahala-Nya. Takut kepada Allah ialah takut terkena seksa-Nya, sedang malu kepada Allah, kerana berasa membawa beban dosa. Adapun yang dimaksudkan dengan menemui Allah di sini, adalah kematian.
 
Bagi membuktikan kecintai kita kepada Allah adalah salah satu rasa sifat kasih saying sesame insan. Menuju kepada kehidupan yang sempurna dan kasih saying kekeluargaan juga adalah salah satu factor menuju kepada ke esakan hambaNya kepada Allah. Membentuk baitulmuslim adalah satu proses pengubahsuai kehidupan dari azali kepada cara hidup perkongsian. Membentuk, membimbing dan mendidik anak-anak juga perlulah dengan cara kretiviti yang unik dan tersendiri.
 
Semakin hari anak abi semakin membesar, semakin comel dan riang. Walaupun abi jauh di Negara orang, tetapi kasih sayang ini tetap terpahat untuk mu. 

Monday, March 18, 2013

40 Hari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
 
 
Baby comel ana sudah lebih 40 hari. Rindu rasanya bila melihat wajah Amsyar, maafkan abi sehingga kini masih tiada di sini mu صبي

Friday, February 15, 2013

سنة حلوة

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
 
 
 
 
JUMAAT . 15 FEB 2013 adalah hari yang sangat bahagia kepada kedua insan yang ana kasihi dan sayangi, ia adalah Isteri dan Ummi ana yang telah banyak berkorban sepenuh jiwa dan raga demi membesarkan anak-anaknya dari kecil hingga la besar dan dewasa kini.
 
Walaupun ana jauh di perantauwan di sempadan Israil dan sambutan hari lahir mu berdua insan yang ana kasihi ini tidak di depan mata ana, tetapi di hari Jumaat yang penuh berkat ini ana suami atau anak akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mu di Malaysia. Semoga perjuangan ana ni sedikit sebanyak dapat membahagiakan kalian di sana dan semoga doa-doa ana di bumi ambia ini diperkenankan Allah dan makbur, InsyaAllah....
 
Ana menyusun sepuluh jari dengan penuh rasa kekerdilan ini memohon maaf di hari Jumaat ini kepada Isteri ana dan Ummi. Maafkan ana jika terdapat salah dan silap ana selama ini, ana insan yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Ana berdoa semoga Isteri ana dan Ummi di panjangkan usia dan di rahmati Allah segala amalan dan perbuatan. Sesungguhnya Allah maha segalanya. Kasih ana kepada Allah, Rasul dan kalian semua akan ana semat kuat-kuat di jiwa raga ana. InsyaAllah....amen.

Tuesday, February 5, 2013

Perjuang Islam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
berat saya 29.15gm
 
saya masih megantuk
 
Allah maha pegasih dan maha penyayang, begitu besarnya nikmat kurniaan Allah yang tidak terperi untuk hambaNya di muka bumi ini. Sesungguhnya amat rugi sekali barang siapa diantara mereka yang tidak pernah pengucapkan syukur dan bersangka baik terhadapa Allah S.W.T.
 
Begitu besar dugaan dan cabaran yang harus di tempohi dalam menjalani kehidupan sehari-harian, setiap insan di duga dengan pelbagai jenis musibah dan dugaan. Allah kasih pada hambaNya dan ia cuba untuk menduga sejauh mana kekuatan iman seseorang hambaNya itu. Ia tidak lupa dengan cara apa dan bagaimana gaya seseorang itu mengharugi perjalanan onak duri dugaan yang dialaminya itu.
 
Tempoh matang telah tiba hari demi hari waktu demi waktu dan akhirnya dengan kekuasaan dan rahmat Mu Ya Allah, telah Engkau kurniakan kami seorang pesuruh Mu yang kuat dan gagah sebagai simbol kakuatan dan keazaman demi menegakan panji-panji Mu Ya Allah. Ini la kerja seseorang hamba Allah yang di lahirkan di muka bumi untuk mensyariatkan agama Islam ke seluruh alam.
 
Sedih bercampur gembira, hiba bercampur ceria, rindu bercampur kasih yang tersemat di dalam hati ana setelah mendegar kelahiran baby sulung ana ini, walaupun hidup ana di perantauwan dan dalam serba kesusahan mencari rezeki sesuap nasik demi keluarga dan baby yang baru lahir ini, tetap ana cekalkan dalam sujud dan doa semoga semuanya selamat dan sejahtera di tanah air tercinta.
 
Walid mu memohon maaf wahai anak, sesungguhnya di kala setibanya kamu di dunia Allah ini tidak dapat Walid menyambut mu dengan belaian dan penuh kasih sayang. Tiada laungan azan dari Walid mu di telinga mu, tiada pelukan ciuman dan titipan buah kurma serta zam-zam dari jari Walid sendiri untuk mu wahai pesuruh Allah. Sesungguhnya Walid sentiasa berdoa dan bermunajad kepada Rob agar di pelihara kamu bersama Ummi mu. Walid berjuang demi keluarga dan tanah air.
 
Wasiat dan amanah ini akan Walid galas dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang Iman di dalam solatnya. Walid yang di perantauwan sentiasa merindui dan merintih pertemuan bersama mu.
 

Friday, February 1, 2013

Menanti

 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
untuk si comel membalut tanganya
 
putih itu suci buat si comel
 
Dalam kehidupan mesti merasai perasaan dan pegalaman begini. Hari demi hari, masa yang di tunggu tidak lama lagi akan datang. Semoga Allah merahmati dan melindugi perjalanan ini, untuk si comel yang bakal lahir dan ummi yang berkorban jiwa dan raga.
 
Ya Allah Engkau perliharalah mereka di mana saja, semoga musafir di negara ambia ini mentarbiahkan silaturahim baitulmuslim yang di bina. Permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kami ya Allah.
 

Saturday, January 12, 2013

S@LJ1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
 
 
Musim yang tiada di Malaysia adalah musim salji. Nikmat kurniaan Allah S.W.T di setiap negara yang menerima salji. Apabila dikaitkan dengan ciptan MU ya Allah, tiada sebarang teknologi pun yang dapat menandingi ciptaa MU ya Allah.
 
 
Walaupun negara ini masih menerima saki baki jajaran dari Israil dan masih berjaga-jaga dalam segala aspek kehidupan, tetapi nikmat kurniaan Allah masih tidak putus-putus untuk hambaNYA yang mensyukuri nikmat pemberianNYA.

Monday, January 7, 2013

Tinta Safar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة

Tinta perjalan mencari kebahagian dan ketenangan dalam menilai keistimewaan dan nikmat kurniaan Allah S.W.T. Sesungguhnya kita bersyukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada ROB yang telah menjadikan Malaysia yang aman dan makmur. Berbeza denagan Negara yang pernah menerima serangan yang kuat keatas Israil. Kehidupan musnah dan tiada pembangunan dalam meniti kemajuan. Hidup menilai masyarakat susah menjamu keinsafan diri.
 
Pekan yang di kawal ketat, pekan ini begitu hampir dengan ISRAIL
 
Perjalan yang mesti melalui bukit dan gunung
 
Ladang pokok zaitun yang hidup subur
 
Perjalanan yang jauh dan pemandangan gunung ganang serta bukit bukau yang cantik
 

Thursday, January 3, 2013

Permulaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
 
Dalam kehidupan ini aku alfa
Suka mencari kebahagian kehidupan
Suka pada kemewahan
Suka pada keanggunan wanita
 
Apakah aku ini di butakan
Apakah aku ini di lalaikan
Apakah aku ini di kaburkan
Apakah aku ini di permainkan
 
Setiap permulaan itu pasti ada akhirnya
Setiap yang hidup pasti akan mati
Setiap yang kecil pasti akan membesar
Setiap nikmat itu pasti ada penciptanya
Sudah sering berulang

Sudah kasih tapi di lupa
Sudah dapat di tinggalkan
Sudah diberi tidak mensyukuri
Allahhuakbar…..
 
MI
659
3/1/13
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...