Followers

Friday, September 24, 2010

Melankolik


Dunia ini adalah lautan

yang dalam dan ramai manusia

yang tenggelam di dalam.


Oleh kerana itu,

sediakanlah perahu untuk berlayar di atasnya.

Perahu tersebut ialah takwa kepada Allah.


Lukman al-Hakim.

Wednesday, September 22, 2010

Mengasihi Diri Sendiri


Untuk menjadikan diri kita seseorang yang sentiasa berfikiran positif, adalah amat penting untuk kita menyedari kepentingan menyayangi diri kita sendiri. Kita perlu menghargai kesudian Allah untuk menciptakan kita sebagai salah seorang manusia yang pernah lahir dimukabumi Allah ini. Tanpa kesudian atau kehendakNya, kita tidak akan hadir dibumi ini untuk merasai segala apa yang telah kita rasakan selama ini. Kadangkala kita lupa dan tidak menyedari akan hakikat ini. Dengan menyedari bahawa penciptaan Allah terhadap diri kita adalah satu anugerah, maka dengan itu, wajiblah kita berterimakasih kepada Allah diatas anugerah kehidupan yang diberikanNya ke atas diri kita.

Dengan keizinan dan kemahuanNya, maka kita dapat merasai suka, duka, sedih, gembira, lapar, dahaga, kenyang, membuat pilihan, merasai perasaan cinta, kecewa, dan pelbagai macam lagi nikmat-nikmat yang tak terkira dan tak terhitung oleh kita. Sepertimana yang diulang oleh Allah sebanyak 31 kali didalam Surah Ar-Rahman:

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman: 13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77)

Maka salah satu daripada cara kita berterimakasih atau bersyukur kepada Allah ialah dengan cara menyayangi diri kita sendiri. Kita mesti menghargai setiap segi dari apa yang ada pada diri kita sama ada dari segi fizikal mahupun rohani. Kita harus berbangga dengan diri kita, bangga yang dimaksudkan disini bukan riak atau takjub dengan diri kita sendiri sehingga memandang rendah pada orang lain. Tetapi kita mesti berbangga dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah untuk diri kita dan dimasa yang sama kita mesti juga menghargai dan menyayangi makhluk ciptaan Allah yang lain.

Firman Allah " Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"
"Seseorang yang beriman itu adalah seseorang yang mana manusia lain selamat dari tangannya dan perkataannya.

Tetapi, bagaimanakah kita ingin menyayangi seseorang, sekiranya kita sendiri tidak tahu untuk menyayangi diri kita? Oleh itu, mulai saat ini, mulakanlah satu hubungan cinta dengan diri anda. Berbanggalah dengan paras rupa anda, dengan rambut anda, dengan bentuk tubuh fizikal anda, terimalah diri anda seadanya. Berikan perhatian pada diri anda seperti mana anda memberikan perhatian kepada orang yang anda cintai atau kasihi.

Hargai setiap saat jangka hayat anda yang masih Allah panjangkan. Islam adalah ugama yang syumul, ianya adalah Cara Hidup. Kita diajarkan membaca doa ketika bangun tidur, bersyukur dan senyum. Ini menunjukkan bahawa Allah telah memerintahkan kita supaya mengambil tindakkan positif sejurus kita bangun untuk memulakan hari yang baru. Maka dengan membaca doa bangun tidur, bersyukur dan senyum, anda sedang menghantar gelombang positif yang akan menarik tenaga positif kepada anda diawal pagi lagi. Ramai yang tidak menyedari hakikat ini, malah ada yang menyumpah atau merungut apabila dikejutkan supaya bangun untuk bersolat Subuh tanpa menyedari bahawa mereka telah menarik tenaga negatif kepada mereka untuk memulakan hari itu. Dan apabila situasi dan persekitaran realiti kehidupan mereka pada hari itu mengalami kesukaran, umpamanya dengan tiba-tiba tayar kereta pancit, atau tertinggal dompet, datang lewat ke pejabat, dimarahi ketua jabatan, komputer diserang virus, kerja yang dilakukan semalam semua terpadam, dan sebagainya, mereka merungut lagi, menyumpah lagi dan terus-terusan menarik tenaga-tenaga negatif kedalam realiti hidup mereka.

Oleh itu, janganlah merungut dan menyumpah lagi diawal pagi, ubahlah tabiat-tabiat buruk kita yang akhirnya memakan diri kita sendiri. Jagalah makanan, pemakaian dan penampilan diri anda, kebersihan diri dan jiwa, sediakan tempat tidur yang bersih dan selesa sepertimana yang selalu anda sediakan kepada tetamu yang bermalam dirumah anda. Jangan anda biarkan diri anda tidur dengan selimut yang berbau hapak, cadar dan sarung bantal yang kopam kerana jarang dibasuh, kerana ini bererti anda tidak menghormati diri anda. Mengapa apabila kita ingin keluar berjumpa dengan seseorang yang kita sukai, contohnya seperti pergi dating dengan teman wanita, kita betul-betul menjaga penampilan diri kita? Tetapi, persoalannya disini, adakah penampilan yang anda lakukan itu adalah untuk membuat teman wanita anda selesa, ataupun kerana memang itulah diri anda. Mengapa bila bersendirian, kita tidak mengambil kira soal ini? Ini bermakna, kita tidak menghormati dan menghargai diri kita sendiri. Rasulullah S.A.W sendiri memakai wangian, tak kira ketika solat, ke mesjid atau berziarah, dan malaikat sukakan wangian. Pelajari sirah Rasulullah dan anda akan mendapati banyak perkara yang dilakukan oleh baginda dalam menjaga penampilan dan kebersihan diri. Baginda memakai minyak rambut, membungkus rambut dengan kain sebelum memakai serban supaya serban tidak terkena minyak, baginda tidak memakan bawang putih dalam waktu-waktu yang dekat untuk solat kerana tidak mahu mulut berbau ketika bersolat menyembah Allah. Banyak lagi akhlak dan adab yang ditunjukkan oleh baginda yang menjurus kepada menghargai diri dan kehidupan sebagai anugerah dari Allah.

Manjakanlah diri anda dengan cara yang anda mampu dan tidak melampaui batas, gosoklah gigi setiap hari - berbicara soal bersugi ini, Rasulullah S.A.W pernah bersabda mahfumnya : "sekiranya aku tidak memikirkan perkara ini akan memberatkan umatku, pasti aku akan memohon supaya Allah mewajibkan bersugi keatas umat ini " Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya amalan bersugi/memberus gigi dalam Islam. Tetapi ramai antara kita termasuk saya sendiri, mengambil remeh tentang soal ini. Semoga Allah mengampunkan kita semua. Diriwayatkan juga, pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, suatu ketika, baginda sedang memimpin pasukan tentera islam berperang dengan musuh islam. Tetapi setelah beberapa hari bertempur, pihak musuh masih ampuh, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Maka Khalifah Umar memeriksa barisan tentera Islam untuk melakukan muhasabah. Baginda mendapati pasukan tentera Islam tetap melakukan aktiviti ketenteraan mengikut adab Islam yang betul, iaitu umpama singa disiang hari, tetapi umpama abid dimalam hari. Tentera islam tidak meninggalkan solat, tetap melakukan amal dan qiam diwaktu malam dan sebagainya. Setelah pemeriksaan dan post mortem dijalankan satu persatu, maka didapati, ramai tentera Islam yang meringankan salah satu sunnah, iaitu bersugi. Maka tanpa berlengah lagi, Khalifah Umar memerintahkan seluruh pasukan tenteranya bersugi beramai-ramai. Dengan izin Allah, setelah itu, pasukan tentera Islam mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.

Syampukanlah rambut selalu, jaga kesihatan diri anda, bersih kuku anda (lakukan pada hari-hari yang disunatkan memotong kuku, umpamanya pagi isnin, khamis dan jumaat - percayalah, ada hikmah dan penjelasan saintifik dari segi kesihatan disebalik waktu-waktu yang disunatkan ini). Usahakan supaya diri anda tinggal dalam rumah atau bilik yang bersih, tersusun rapi dan selesa. Walaupun anda seorang yang miskin, ini tidak bermakna anda perlu hidup dalam rumah yang berselerak, kotor dan berserabut. Bukankah menjaga kebersihan diri itu satu tuntutan dalam Islam, tak terkecuali sesiapa pun.

Bersihkan minda dan hati anda dengan perkara-perkara yang positif dan menambah keyakinan diri anda. Dapatkan info-info dan bahan-bahan pembacaan yang berkaitan. Ingat! Akal fikiran juga adalah bahagian dari diri anda yang paling terpenting sekali! Jangan biarkan diri anda selalu didalam keadaan bersedih, hiba dan berduka walaupun ketika anda sedang dilanda masalah kehidupan seperti kekecewaan dalam percintaan, karier , pelajaran dan musibah yang lain.

Apabila kita telah mula menjalinkan hubungan cinta dengan diri kita sendiri, satu situasi positif yang selama ini jarang kita rasakan, akan dapat kita rasai. Anda akan mendapati hidup anda lebih tenang, bersemangat, berkeyakinan dan kadangkala kita sendiri tidak tahu dari manakah datangnya semangat baru ini. Ini adalah kerana anda telah menarik banyak tenaga positif berbentuk kasih sayang kepada diri anda. Anda akan dapat merasainya sendiri. Suasana persekitaran anda akan menjadi lebih damai dan positif. Urusan-urusan seharian anda akan menjadi lebih teratur dan terasa mudah. Anda juga akan merasakan satu suntikan semangat untuk beribadah yang kuat dan tanpa anda sedari, anda akan merasakan dekatnya anda dengan Pencipta anda.

Seperkara yang paling menarik apabila fikiran dan minda anda menjadi semakin positif ialah, hati anda secara ikhlas akan merasa jelek untuk melakukan perbuatan yang berdosa dan seakan ada kekuatan yang jitu pada diri anda yang dapat mengelakkan anda dari berbuat perkara-perkara yang keji dan memudaratkan diri anda sendiri.

Segala perkara baik yang anda rasakan ini, sebenarnya adalah satu lagi nikmat Allah keatas hambaNya yang bersyukur. Dalam konteks ini, kita telah menjadi orang yang bersyukur kerana telah menyedari kepentingan menyayangi dan menghormati diri kita sebagai salah satu nikmat dari Allah.

Firman Allah: Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Terpuji (Luqman:12)

Mulai saat ini, mulakan hari baru dengan rasa cinta yang mendalam terhadap diri anda sendiri, lakukan secara perlahan-lahan kerana cinta itu datang dengan ikhlas, cinta itu tidak boleh dipaksa, biarlah cinta itu hadir dengan ikhlas. Pepatah mengatakan : 'Tak kenal maka tak cinta". Oleh itu sebagai permulaan, kenalilah diri anda, apakah sebenarnya citarasa anda yang betul, maka penuhilah citarasa anda itu. Walau siapa pun manusia itu, pasti akan ada kebaikan dalam dirinya yang selama ini tidak disedari olehnya. Sentiasa terapkan dalam diri anda bahawa anda adalah satu anugerah penciptaan Allah yang sangat beruntung kerana manusia itu adalah penciptaan yang diciptakanNya dengan sebaik-baik kejadian.

Berusahalah untuk menukar segala apa tabiat buruk yang ada pada diri anda sedikit demi sedikit. Ingatlah, Allah sentiasa akan membantu hambaNya yang ingin berubah.

Firman Allah: Allah tidak akan merubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, sebelum orang itu atau kaum itu berusaha (menunjukkan komitmen) untuk mengubah nasib diri mereka.

Firman Allah ini jelas dan terang sekali menyeru kita bahawa sekiranya kita inginkan nasib kita berubah, situasi kewangan kita berubah, kesihatan kita berubah, keluarga kita berubah, pasangan kita berubah, masyarakat kita berubah, negara kita berubah, ( segalanya menjurus kepada perubahan dari keadaan buruk kepada keadaan yang baik) maka kita perlu melakukan PERUBAHAN itu sendiri bermula dengan diri kita, dan perubahan yang pertama-tama sekali yang perlu anda lakukan ialah: perubahan pada cara anda berfikir. Berfikirlah dengan kaedah husnuzzon (Bersangkabaik/Berfikiran Positif)

Tuesday, September 21, 2010

Luaskan Persahabatan

Meluaskan persahabatan dengan semua lapisan masyarat banyak faedahnya. Apabila kita berkawan biarlah dengan semua orang yang terdiri daripada pelbagai jenis pekerjaan. Contohnya tok imam, doktor, ustaz, tukang gunting rambut, pemandu teksi, tukang gunting rambut, penggali kubur, tok kadi, akaunten dan sebagainya. Setiap muslim adalah bersaudara sesama mereka di bawah panji kalimah syahadah. Jadi, setiap muslim yang meluaskan persahabatankan mengelakan permusuhan sesama sendiri. Sebaliknya mereka akan menjalinkan hubungan yang erat dengan sesiapa jua yang ditemui.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Wahai manusia, sesungguh! Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.” (Surah al-Hujurat 49 : 13)

Warnailah kehidupan yang sejahtera dengan pebagai jenis kawan yang mana terdiri daripada pelbagai jenis warna kulit, bangsa dan agama.

Harus diingat, manusia tidak mampu berjaya menerobos sempadan diri andai hidup berkelompok tetapi tidak menjaga hubungan dengan sesama manusia. Banyak manfaatnya jika kita berbuat baik dengan semua manusia, menghubungkan silaturahim, berkasih sayang dan hormat-menghormati.

Orang yang bejiwa bersih itu hebat kerana berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik.

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah . Solusi 23 . hubungan erat sesama manusia . Telaga biru .

Monday, September 20, 2010

Jangan Sepelekan Dosa Kecil


"Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil, sebab jika ia berkumpul dalam diri seseorang akan dapat membinasakannya." (HR ahmad dan Thabrani dalam Al Awsath).

Sudah maklum dikalangan ulama dan kaum muslimin bahwa dosa itu terbagi menjadi dua macam; kabair (dosa-dosa besar) dan shaghair (dosa-dosa kecil). Walau demikian ada juga sebagian ulama yang tidak melihat adanya pembagian seperti ini, namun menganggap bahwa seluruh kemaksiatan dan penyelewangan dari jalan Allah adalah dosa besar karena merupakan keberanian dan kelancangan dihadapan Allah. Orang yang mengatakan demikian karena melihat betapa besarnya hak Allah atas hamba-hamba-Nya. Ada diantara ulama yang mengatakan: "Suatu dosa dianggap kecil hanya lantaran jika dibandingkan dengan dosa lain yang lebih besar, jika tidak tentulah semua dosa itu besar adanya. "Namun pendapat ini lemah sebab Allah sendiri telah membagi dosa dalam dua bagian yaitu fawahisy/ kabair dan al lamam/shaghair sebagaimana firmanNya:

"(Yaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil (QS An Najm: 32)

Jadi pendapat yang benar -wallahu a'lam - adalah bahwa dosa itu terbagi menjadi dua; besar dan kecil. Dan kabair tidaklah terbatas dengan suatu bilangan tertentu namun apa saja yang dilarang oleh Allah dan disertai dengan ancaman Neraka, murka, laknat, adzab atau berhadapan dengan sanksi hadd (hukuman berat yang telah ditentukan jenisnya) di dunia maka itulah kabair, dan yang yang selain demikain maka tergolong shaghair(ithaf as saadah al muttaqin 10/ hal 615-616).

Berubahnya dosa kecil menjadi dosa besar

Imam Ibnul Qayyim pernah berkata: "Dosa-dosa besar biasanya disertai dengan rasa malu dan takut serta anggapan besar atas dosa tersebut, sedang dosa kecil biasanya tidak demikian. Bahkan yang biasa adalah bahwa dosa kecil sering disertai dengan kurangnya rasa malu, tidak adanya perhatian dan rasa takut, serta anggapan remeh atas dosa yang dilakukan, padahal bisa jadi ini adalah tingkatan dosa yang tinggi (tahdzib madarij as salikin hal 185-186). Dengan demikian maka dosa kecil dapat berubah menjadi besar dengan adanya faktor-faktor yang memperbesarnya, yaitu:

1. Terus-menerus dalam melakukannya
Hal ini karena pengaruh kerasnya jiwa dan adanya raan (bercak) didalam hati, maka dari sini ada qaul mengatakan: "Tak ada dosa kecil jika dilakukan terus menerus dan tak ada dosa besar jika diiringi istighfar. "Ucapan ini dinisbatkan kepada Ibnu Abbas Radhiallaahu 'anhu berdasarkan atsar yang saling menguatkan satu dengan yang lain (ithaf as-sa'adah al-muttaqin 10/687).

2. Anggapan remeh atas dosa tersebut
Rasulullah saw telah bersabda:
"Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil, sebab jika ia berkumpul dalam diri seseorang akan dapat membinasakannya." (HR ahmad dan Thabrani dalam Al Awsath). Rijal dalam dua riwayat ini shahih semuanya kecuali Imran bin Dawir Al Qaththan namun dia dapat dipercaya, demikian kata Imam Al Haitsami dalam Majma' Az Zawaid 10/192.

Ibnu Mas'ud Radhiallaahu 'anhu pernah berkata: "Seorang mukmin melihat suatu dosa seakan-akan ia duduk dibawah gunung dan takut jikalau gunung itu menimpanya dan orang fajir (pendosa) melihat dosa bagaikan lalat yang lewat didepan hidungnya seraya berkata "begini", Ibnu Syihab menafsirkan: yakni berisyarat (mengebutkan) tangannya didepan hidung untuk mengusir lalat.

Suatu ketika shahabat Anas Radhiallaahu 'anhu pernah berkata kepada sebagian tabi'in: "Sesungguhnya kalian semua melakukan suatu perbuatan yang kalian pandang lebih kecil dari pada biji gandum padahal di masa Nabi saw kami menganggapnya sebagai sesuatu yang dapat membinasakan. "(riwayat Al Bukhari). Di sini bukan berarti Anas mengatakan bahwa dosa besar dimasa Rasulullah dihitung sebagai dosa kecil setelah beliau wafat, namun itu semata-mata karena pengetahuan para shahabat akan keagungan Allah yang lebih sempurna. Makanya dosa kecil bagi mereka-jika sudah dikaitkan dengan kebesaran Allah- akan menjadi sangat besar. Dan dengan sebab ini pula maka suatu dosa akan dipandang lebih besar jika dilakukan orang alim dibandingkan jika pelakunya orang jahil, bahkan bagi orang awam boleh jadi suatu dosa dibiarkan begitu saja (dimaklumi) karena ketidaktahuannya yang mana itu tentu tidak berlaku bagi orang alim dan arif. Atau dengan kata lain bahwa besar kecilnya suatu dosa sangat berkaitan erat dengan tingkat pengetahuan dan keilmuan pelakunya (ithaf as-sa'adah al-muttaqin 10/690).

Tapi meski bagaimanapun seseorang seharusnya dituntut untuk menganggap besar suatu dosa, sebab jika tidak demikian maka tidak akan lahir rasa penyesalan. Adapun jika menganggap besar atas suatu dosa maka ketika melakukannya akan disertai dengan rasa sesal. Ibarat orang yang menganggap uang receh tak bernilai, maka ketika kehilangan ia tak akan bersedih dan menyesalinya. Namun ketika yang hilang adalah dinar (koin emas) maka tentu ia akan sangat menyesal dan kehilangannya merupakan masalah yang besar.

Perasaan menganggap besar terhadap dosa muncul karena tiga faktor:
- Menganggap besar atas suatu perintah (apapun ia).
- Menganggap besar Dzat atau orang yang memerintah.
- Keyakinan akan benarnya balasan.

3. Merasa senang dan bangga dengan dosa
Seperti seorang pelaku dosa berkata: "Andaikan saja engkau tahu bagaimana aku mempermalukan si fulan, dan bagaimana aku membuka aib dan keburukannya sehingga nampak jelas semua!" Atau misal yang lain: "Seandainya kamu melihat bagaimana aku memukul dia dan menghinakannya!"

Orang ini sudah begitu lupa dengan kejelekan dosa sehingga malah senang tatkala dapat melampiaskan keinginan-nya yang terlarang. Dan perasaan senang terhadap suatu kemaksiatan menunjukkan adanya keinginan untuk melakukannya, sekaligus menunjukkan ketidaktahuannya dengan Dzat yang ia maksiati, buruknya akibat dan besarnya bahaya kemaksiatan. Rasa senang dengan dosa telah menutupi semua itu, dan senang dengan suatu dosa lebih berbahaya daripada dosa itu sendiri. Sebab. orang yang berbuat suatu dosa namun sebenarnya tidak senang dengan perbuatan itu maka ia akan segera menghentikannya. Sedangkan rasa senang dengan dosa akan menimbulkan keinginan untuk terus melakukannya.

Jika kealpaan dan kelalaian semacam ini telah begitu parah maka akan menyeretnya untuk melakukan dosa tersebut secara terus menerus, merasa tenang dengan perbuatan salah dan bertekad untuk terus melakukannya. Dan ini adalah jenis lain dari dosa yang jauh lebih berbahaya daripada dosa yang ia lakukan sebelumnya.

4. Meremehkan "tutup dosa" dan kesantunan Allah
Yaitu ketika pelaku dosa kecil terbuai dengan kemurahan Allah dalam menutupi dosa. Ia tidak sadar bahwa itu adalah penangguhan dari Allah untuk-nya. Bahkan ia menyangka bahwa Allah sangat mengasihinya dan memberi perlakuan lain kepadanya, sebagaimana yang Allah kabarkan kepada kita tentang para pemuka agama kaum Yahudi yang berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan kekasihnya." Juga firman Allah:

"Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: "Mengapa Allah tidak menyiksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu" Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (QS. Al-Mujadilah: 8)

5. Membongkar dan menceritakan dosa yang telah ditutupi oleh Allah
Seseorang yang melakukan dosa kecil dan telah ditutupi oleh Allah namun ia sendiri malah kemudian menampakkan dan menceritakannya maka dosa kecil itu justru menjadi berlipat karena telah tergabung beberapa dosa. Ia telah mengundang orang untuk mendengarkan dosa yang ia kerjakan, dan bisa jadi akan memancing orang yang mendengar untuk ikut melakukannya. Maka dosa yang tadinya kecil dengan sebab ini bisa berubah menjadi lebih besar.

Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:
" Seluruh umatku akan dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan dalam dosa (al mujahirun), termasuk terang-terangan dalam dosa ialah seorang hamba yang melakukan dosa dimalam hari lalu Allah menutupinya ketika pagi, namun ia berkata: "Wahai fulan aku tadi malam telah melakukan perbuatan begini dan begini!" (HR Muslim, kitabuz zuhd)

6. Jika pelakunya adalah orang alim yang jadi panutan atau dikenal keshalihannya
Yang demikian apabila ia melakukan dosa itu dengan sengaja, disertai kesombongan atau dengan mempertentangkan antara nash yang satu dengan yang lain maka dosa kecilnya bisa berubah menjadi besar. Tetapi lain halnya jika melakukannya karena kesalahan dalam ijtihad, marah atau yang semisalnya maka tentunya itu dimaafkan. (Dari Al-'Ibadat Al-Qalbiyah, Dr. Muhammad bin Hasan bin Uqail Musa Asy-Syarif)

Pemateri : Dr. Muhammad bin Hasan bin Uqail Musa Asy-Syarif

Token from SCP (rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com)


19 September 2010 ~ 10 Syawal 1431H . Kota Tinggi . Pagi Minggu . Rumah Rezeki @ Pak Itam . Allhamdullah .



Assalammuaaikom w.t.b kepada pembaca, pemerhati dan pendengar setia FajarSubuh. Rumah kedua Bloger yang ana ziarah di Hari Raya. Seawal malam sabtu telah dijanji, akhirnya pagi ahad jua tidak menjadi. Jam 11.25 pagi tiba di Kota Tinggi. Sebenarnya perjalana tidak begitu jauh. Nak dikatankan KT dah menggalahkah KL. Sejauh dari Ulu Tiram lagi jalan sudah sesak, bukan sesak dengan masyarakat berpusu-pusu untuk berbeli-belah di Pasaraya Today's. Malangnya ia sudah menjadi lumrah kawasan sempadan ke Kota Tinggi ini menjadi 'jem'. Mungkin selepas siap sepenuhnya jalan yang baru dibina itu, tiada lagi masalah perjalan untuk hendak ke Kota Tinggi. Jadi untuk anda semua, usah la bimbang dengan keadaan sesak yang melanda Bandar Kota. Sepanjang perjalan untuk sampai ke Kota Tinggi, diminda ana bermain satu fikiran. Bagaimanakah keadaan Pak Itam nanti ya, bagaimankan cara pergaulan dia, siapa sebenarnya pak itam. Setiap perkara mesti ada jawapanya. Allah sentiasa akan menambahkan kasih sayang kepada setiap hambaNya jika hambaNya saling berkasih sayang sesama manusia dan mahluk Allah. Yakin pada janji Allah. InsyaAllah.


Terasa begitu seronok dapat mengenali dengan lebih rapat lagi perwatakan Pak Itam. Orangnya berfikiran terbuka, pandai berkata-kata, bijak berbahasa, tulus ikhlas dalam perkataanya dan juga seorang penyanyang. Banyak ilmu yang ana perolehi dari beliau, tidak lupa juga nasihatnya yang sangat berguna. Ini membuatkan ana terkesan dengan setiap kata-katanya. Setiap kata-kata orang lama memang sangat berharga, orang kata lebih dulu merasa garam dari kamu. Allhamdullah setiap juadah yang disediakan, syukran. "ada rezeki" InsyaAllah dilain masa, bisa bertandang di teratap ana pula.


Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Terima kasih atas segala layanan yang diberikan. Semoga atas doa tulus ikhlas ana, menambahkan lagi rezeki dari Allah s.w.t yang tidak terhingga kepada Pak itam.


Daripada Jubair bin Nufair, salah seorang tabiin (orang yang hidup selepas sahabat Nabi s.a.w.) telah berkata : "Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. apabila berjumpa pada Hari Raya, mereka mengucapkan kepada yang lain, Taqaballahu Minna wa Minkum (May Allah accept it from us and you) 'Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua."' Menurut pandangan jumhur ulama, mengucapkan tahniah pada Hari Raya merupakan perkara yang disyariatkan dalam Islam.

Saturday, September 18, 2010

Token from CHH (dzairoy.blogspot.com)

17 September 2010~8 Syawal 1431H . Pontian . Jumaat . berHari Raya rumah bloger.
Assalammualaikom w.t.b membaca blog fajarsubuh, rumah bloger pertama ana ziarah. Dihari raya yang mulia ini, kunjung mengunjung adalah tardisi yang perlu dikekalkan bagi mengeratkan ikatan silaturahan sesama muslim. Usaha ziarah menziarah ini telah dididik sejak dari dahulu kala. Selain mengeratkan silaturahim, tetamu yang hadir menziarahi kita juga membawa rahmat kedalam rumah yang diziarah, menambahkan pahala kepada keluarga yang diziarah dan juga mengugurkan setiap dosa sesiasa sahaja yang kunjung mahupun dikunjung. Semoga jenerasi muda di zaman sekarang ini dapat menggekalkan ikatan persaudaraan sesama muslim, tidak kira la kawan, sahabatan lama, jemaah masjid, kawan karip mahupun rakan maya. Bagi yang muda menziarahi yang senior, yang senior mendokan kesejahteraan yang muda. Kasih pada kanak-kanak dan sayang pada ciptaan Allah.
Walaupun perjalan megambil masa yang begitu lama, tetapi masih ada sesuatu yang mengambarkan seribu keceriaan Hari Raya itu masih bersinar. Ana dijemput untuk dinner bersama keluarga az, Allhamdullah syukran dengan juadah yang ditempah oleh wife az. Semuanya lazat dan menyelerakan. Banyak cerita yang disembangkan ketika pulang dari Mandela. Seronok dapat bersembang lama dengan az. Semoga suatu hari nanti, ada lagi masa untuk berjumpa kembali.
Sebatang pen sebagai tanda ukwah. Selikas tinta secangkuk silaturahim. Semoga ia melakar antologi ini.

Wednesday, September 15, 2010

Lement of The Quran


As an ornament do they adorn me

Yet they keep me and sometimes kiss me

In their celebrations they reside me

In disputes they swear by me

On shelves do they securely keep me

Till another celebration of dispute

when they need me.



Yes! They rea me and memorize me

Yet only en ornament am I

My message lies neglected

my treasure untoucheed.



The field lies bare

where blossomed once true glory



Wrong is the treatment that I receive

So much to give have I

but none is there to perceive




Lament Of The Quran

by : Mahir - ul - Qadri. Abdul Wahid Hamid. Islam The Natural Way. Hendon, LONDON NW4 2RX. 1989.

Senarai Kg Orang Asli

Assalammualaikom w.t.b. Semoga dengan taufik dan hidayahNya. Segala apa jua usaha megajak manusia kepada kebaikan mendapat rahmadNya. Mari la kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada pencipta kita iaitu Allah s.w.t yang dengan kasih sayangNya masih lagi memberi kita peluang untuk terus dan terus hidup dimuka bumi Allah s.w.t. ini. Bagaimana agaknya jika sebentar tadi kita solat berjemaah dan selepas ini mereka pulak yang bersolat berjemaah untuk kita yang terbujur layu. Allahhuakbar.

Perjalan jemaah kali ini bermula pada 1 Ramadhan 1431H bersamaan 04 Ogos 2010. Berikut adalah senarai tempat dan kawasan yang perlu diziarahi :

a- Kg Panson, Hulu Langat


b- Kg Donglai, Hulu Langat


c- Kg Gabai, Semenyeh


d- Kg Lalang, Semenyeh


e- Kg Kechan, Semenyeh


f- Kg Beroga, Semenyeh


g- Kg Sungai Buah, Sepang


h- Kg Jenderam Hilir, Sepang


i- Kg Sungai Melut, Sepang


j- Kg Kolam Air, Sepang


k- Kg Bukit Sedang, Sepang




Kehidupan seorang muslim adalah dengan bermuafakat dan mengeratkan silaturahim antara jemaah setiap kariah dan penduduk. Tiada bandingan kita sesama manusia, tiada perbezaan sesama kita dan tiada maksud darjat dalam pendidikan islam. Umat islam semua sama, yang membezekan adalah amalan dan keimana kepada Allah s.w.t.


Kawasan perkampungan pedalaman dimana penduduknya masih ada yang kurang bertamadun

Surau yang memerlukan bantuan tenaga pengajar dan Ustaz yang musrik dalam mendidik umat islam tentang agama islam yang sempurna

Tuesday, September 14, 2010

Kakuzari Jemaah Orang Asli

Assalammualaikom untuk teman-teman yang sering menanti hadirnya rencana yang terkini. Allhamdullah telah banyak perkara baru ditimba setelah hampir dua minggu di perkampungan orang asli. Ramadhan yang banyak mentarbiah diri ini menjadi insan yang sangat berguna. Perjalanan kehidupan sebelum munculnya anak bulan Syawal mendambarkan seribu kekerdilan diri kepada Allah s.w.t. Apabila kita cukup makan pakai dan tempat tingggal yang selesa, ada yang masih daif dan sekukut rezeki untuk seharian. Iktibar dan maksud sangat mendalam bagi mereka yang merasainya.

Anak-anak Orang Asli menjamu selera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...