Followers

Wednesday, May 27, 2009

Life is Hope




Ladies and gentlemen,

Life is hope. When the morning birds leave their nests they wouldn't know what is lying ahead. But they are confident. When they come back to their nests in the evening they are no longer hungry. They sleep with the hope that tomorrow they will have the same opportunity as today. And they never give up.


Tuan-tuan dan puan-puan,

Kehidupan adalah satu pengharapan. Apabila beburung pagi meninggalkan sarang ia tidak pernah tahu apakah yang menanti di hadapan. Tetapi ia punya keyakinan. Apabila ia pulang ke sarang pada waktu petang ia tidak lagi lapar. Ia tidur dengan harapan esok akan memberi peluang yang sama persis hari ini. Dan ia tidak pernah menyerah kalah.


Ramli Abdul Rahim
http://isma-anni.blogspot.com/

Saturday, May 23, 2009

Bangkit Fajar Mentari Labuhkan Subuh itu



Kembali setelah subuh itu melabuhkan tirainya. Fajar mentari kembali lagi dengan 1 harapan yang sihat dan bersih. Musafir baru sahaja pulih dari demam dan sakit tekak. Kewajipan ini penting sebagai seorang hambar ALLAH. Hampir masuk hari ke-6 keadaan badan ini masih tidak stabil. Tetapi semangat untuk meneruskan pelbagai aktiviti tu penting.


Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah SAW akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada." (Hadis riwayat Muslim)

Sementara itu, Rasulullah SAW juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.

Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.

Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya."

Dan dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa." (Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul memang dipelihara Allah daripada sebarang penyakit jelik. Bahkan Baginda mengingatkan kepada umatnya supaya berusaha mengelakkan dan menjauhi penyakit yang mengaibkan dan perkara buruk lain.

Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.

Wednesday, May 20, 2009

Jejak Kaki Ini Sekali Lagi


Salam subuh kembali lagi dengan pelbagai agenda yang manis. Selama 2 tahun lebih mencari pencarian dan tercari hala tuju sesebuah destinasi, pahit getir dan keluhan serta cacian yang positif banyak membantu dalam meningkatkan semangat ini. Musafir menruskan perjalan sekali lagi demi menuju dan megejar matlamat hidup serta karier sebagai seorang anak dan hamba ALLAH s.w.t.
Matahari akan muncul kembali, Allamdullah, tuhan menjanjikan kebahagiaan dan rahmat kepada hambanaya. Hari yang ceria bermula dengan doa dan tasbih. Tutoria pertama adalah perjumpaan pertama bagi semester pertama, kajian telah dibuat dan bahan rujukan telah dibaca berulang-ulang kali.
Menara gading telah dijumpai, hanya bahan, peralatan dan surport berserta semangat untuk meneruskan perjalanan ini sahaja. Sukar dan getir telah dirasai, ilmu itu luas. Mencarilah umat Islam walaupun ke negeri China. Syukur apa yang telah berlaku, musafir kan teruskan mencari ilmu. Memang sukar musafir, usaha doa takawal. Berserahlah kepadaNYA, igatlah kewajipan mu. Seorang anak, Islam dan umat Nabi Muhammad s.a.w.
Teruskan perjuangan mu Musafir, cekal.

KEKUATAN UMAT TERLETAK PADA ILMU



“Hunting for knowledge” atau “memburu ilmu”. Itu istilah yang digunakan oleh para pencinta ilmu dan pencinta buku. Tidak kurang juga para orientalis yang turut menyelidik setinggi mana kecintaan umat islam terhadap ilmu.
“Katakan: Apakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran.” (surah al- zumar :9)

Bagkitlah teman! Kita sudah lama terlena dengan permainan musuh. Mereka melenakan kita dengan permainan demi permainan yang melekakan. Mereka telah merompak khazanah Islam yang amat berharga ketika tragedi pembunuhan umat Islam oleh tentera Barbar dari Mongolia di bawah pimpinan Genghiz Khan. Bukan saja merompak namun mereka turut menghapuskan seluruh khazanah ilmu tersebut dengan mencampakkan kitab-kitab ke dalam Subgai Tigris dan sungai Euprates, sehingga sejarah mencatatkan warna air sungai tersebut yang jernih bertukar menjadi hitam pekat, akibat daripada warna tinta daripada ribuan kitab-kitab ulama kita waktu itu.
Mari kita semak wasiat seorang ulama yang juga mujahid ini. Beliau mewasiatkan sesuatu yang berharga untuk tatapan para penuntut ilmu. Mari muhasabah, apakah kita sudah mempunyai karakter-karakter penuntut ilmu yang dikatakan.
Antara karakter seorang penuntut ilmu adalah : Ketika seorang alim mengamalakn ilmunya, kata-katanya sesuai dengan perbuatannya.


Seperti yang diberitakan Nabi Muhammad s.a.w :

“Tidak akan berganjak kedua-dua kakinya pada hari kiamat sehingga dia ditanya mengenai empat hal”

*Tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya?
*Tentang masa mudanya, untuk apa dia gunakan?
*Tentang hartanya, dari mana dia perolehi dan digunakan untuk apa?
*Tentang ilmunya, apa yang telah dia perbuat dengan ilmunya?
(Riwayat Tirmizi)


Orang yang berilmu, yang memerintahkan kepada amar maaruf nahi mungkar namun tidak beramal dengan apa yang dia ketahui akan dicampak ke dalam neraka dengan usus perut yang terburai-burai kemudian dia berputar-putar seperti keldai yang berpusing-pusing menarik alat penggiling. (kitab sahih al-bukhari dan muslim)

Ummu Sakinah Hj. Muhammad
(Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta)

Saturday, May 16, 2009

Tidur di waktu Subuh Adalah Jalan Kemiskinan



Ada pepatah yang berbunyi, Naumatu-s-subhi turitsu-l-faqra yang maksudnya sama dengan judul tulisan ini (Tidur di waktu subuh adalah pangkal kemiskinan). Pelik benar, apa kaitan antara tidur atau bangun subuh dengan strata ekonomi?
Pepatah tersebut tidak hanya berlaku di kalangan umat Islam saja, tapi juga dikalangan non muslim yang tidak mengenal solat subuh. Mereka menuangkan dalam postulat yang berbunyi, Early to bed, early to rise make man healthy, wealthy, and wise (Cepat tidur dan cepat bangun dapat membuat orang sihat, kaya, dan bijaksana).
Pepatah barat di atas memuat dua manfaat waktu pagi yang tidak ada dalam pepatah Islam, yaitu sehat dan bijaksana. Dengan kata lain, bagi mereka bangun di pagi bukan hanya bisa membuat kaya, tapi juga bisa membuat badan sihat dan pikiran cerdas.
Rasulullah s.a.w secara spesifik menghubungkan solat subuh dengan rezeki. Dalam At-Targhib wa At-Tarhib, Al-Mundziri meriwayatkan suatu ketika, Rasulullah s.a.w. Pulang dari masjid sehabis mendirikan solat subuh dan mendapati Fatimah masih terlelap. Beliau terus membalikkan tubuh putrinya itu dengan kaki dan berkata, “Fatimah, bangun dan saksikan rezeki Tuhanmu. Allah Swt. Membagi-bagikan rezeki kepada hamba-Nya antara sejak solat subuh hingga matahari terbit,” (Menurut Al-Mundziri hadis ini juga diriwayatkan oleh Al-Baihaqi).
Mengapa Allah Swt. Memilih waktu subuh hingga matahari terbit untuk membagikan rezeki kepada manusia, bukankah masih banyak waktu yang lain? Kalau Allah Swt. Memosisikan waktu subuh sebagai sesuatu yang penting, berarti ada peristiwa, fenomena, kejadian, atau apa pun namanya yang terjadi dan berlangsung di waktu subuh.
Menurut pakar yin dan yang yang dikutip Chodjim, dalam siklus harian, energi yang sebagai energi aktif alam raya mulai memancar ketika malam telah melewati paruh pertamanya, dan terus meningkat hingga mencapai puncak waktu subuh. Setelah matahari terbit, dominasi energi ini semakin lama semakin menyusut dan benar-benar habis ketika matahari tepat berada di atas kepala. Pada saat bersamaan energi yin mencapai puncak tertinggi dan akan terus menyusut seiring bertambahnya waktu.
Kerana energi yang mencapai titik optimal pada waktu subuh, maka para pemeluk Tao berusaha menyerapnya dengan berlatih taichi dan chi kung pada waktu itu.
Setelah melakukan serangkaian penelitian, para ilmuwan mendapati bahwa udara di waktu subuh banyak mengandung ozon yang sangat dibutuhkan tubuh. Udara yang masih bersih juga banyak menyimpan oksigen. Saat dihirup memenuhi paru-paru, tubuh akan memproses oksigen tersebut untuk membersihkan paru-paru dari beragam bakteri dan racun nikotin, darah akan menyerapknya untuk membersihkan endapan-endapan lemak serta keringat, dan menyegarkan sel-sel tubuh yang lain.
Dengan beberapa kelebihan di atas (masih banyak penelitian tentang kelebihan waktu subuh), waktu subuh merupakan waktu yang tepat untuk berzikir mengingat Allah Swt. Oleh sebab itulah Rasulullah bersabda;
“Orang yang mendirikan solat subuh berjamaah, lalu duduk di tempat solatnya dan berzikir mengingat Allah hingga matahari terbit, kemudian mendirikan solat 2 rakaat, maka ia memperoleh pahala haji dan umrah secara utuh,” (HR Tirmidzi)

HIKMAH DI SEBALIK KISAH




Tahun pada awal kemerdekaan kehidupan di kampong memang susah dan payah. Rata-rata kelangan penduduk sama ada penoreh getah, petani atau nelayan. Pendapatan yang diperolehi tidak seberapa dan cita-cita dalam pelajaran belum nampak jelas. Kalau adapun yang mempunyai kesedaran, mungkin layak dipendamkan saja. Dan kalau ada yang mencuba juga, bakal menempuh seribu kepayahan dan kesusahan.
Kemiskinan hidup selalu berakhir dengan kemiskinan semangat dan cita-cita.
Bagiku, kisah ini memiliki hikmah yang tersendiri. Kemiskinan harta tidak semestinya menyebabkan kemiskinan semangat dan ia diharungi dengan cekal untuk mengejar cita-cita. Banyak halangan yang perlu ditempuh dan banyak ranjau yang perlu dilalui.
Di sekolah tidak semua guru memahami keadaan ini. Guru hanya mengajar. Yang cerdik dan menguasai bahasa Inggeris dengan baik, dia boleh mengikuti. Yang asalnya cerdik tapi tak mampu menguasai bahasa Inggeris dengan cepat dan bersaing dengan mereka yang sudah menguasainya, sering tercicir dalam mengikuti pelajaran.
Di sini guru perlu fahami masalah factor sosiolekonomi yang boleh menyebabkan jurang dan keciciran berlaku. Guru kena prihatin dengan pelajar-palajar luar bandar yang lemah harus didekati dengan tanggungjawab. Guru harus memberi masa di luar kelas untuk emmberi bimbingan dan nasihat kepada mereka. Sekiranya mereka diberikan semangat bersama-sama bimbingan yang ikhlas keadaan akan lain jadinya. Para pelajar ialah asset masa depan. Keciciran di sekolah boleh membawa keciciran dalam masyarakat nanti.
Tahun-tahun awal kemerdekaan amat payah untuk diterima suatu hakikat bahawa orang miskin diterima suatu hakikat bahawa orang miskin berdaya untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah. Selalunya kalau si ayah penoreh getah, anak-anak akan berakhir sebagai penoreh getah juga. Kalau ayahnya petani atau nelayan, anak-anak bakal mewarisi kerja yang sama. Lari daripada tradisi itu dianggap sebagai pelik dan tidak lazim. Ia selalunya jadi bahan umpatan dan cercaan yang tidak berkesudahan.
Apalagi ke sekolah yang jauh menaiki basikal pula amat menuntut perhatian dan bantuan masyarakat. Hikmah kisah ini memperlihatkan adanya kecekalan dan azam untuk meneroka satu jalan berfikir dan jalur usia memperkasa diri dengan ilmu yang nanti bakal mengisi makna kemerdekaan.
Meski cabaranya banyak, dilalui dengan payah dan susah, tetapi kalau masyarakat mengerti maka bantuan boleh dihulurkan dan doa boleh dipanjangkan. Takdirnya yang menerokai ini Berjaya, ia bakal memberikan dorongan kepada yang lain. Sekiranya cita-cita anak-anak dibantu, Negara kita akan menghasilkan masyarakat prihatin, bukannya masyarakat seperti yang diungkapkan oleh pepatah, “Ibarat enau dalam beluka, melepaskan pucuk masing-masing.”

Prof. Dr. Sidek Baba
Prof. Pendidikan (Institut Pendidikan, UIAM)





Selamat Hari Guru

Pagi ku guru
Di ajar mengenal ilmu
Menikam kearifan ilmu
Belajar sesuatu baru

Kasih pada ilmu
Tidak mengenal waktu
Keletihan dan kelemahan aku
Tetap guru sudi membantu

Payung teduhan ku
Pembelajaran yang tidak jemu
Walau aku seorang yang buntu
Guru ada disisi selalu

Terima kasih guru
Walau dewasa diri ini
Ilmu yang diberikan dulu
Tetap ku kenangan dalam setiap doa ku

Guru Pelita Hidup ini.


by:ambri

Friday, May 15, 2009

Doa Subuh Ku. Dengarlah Ya Tuhan Ku.

Allhamduullah...
"Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami, dan KepadaNya kami akan dikumpulkan."
Keheningan di awal pagi membawa berjuta harapan yang baru. Embun subuh meleraikan molikul-molikul amzim yang baru dicernakan untuk tatapan dan minuman serangga serta tumbuh-tumbuhan. Awal pagi juga menghentukkan bunyian kong yang kedengaran dari lantai surau di hujung kampung. Permulaan kehidupan manusia setelah dimatikan seketika oleh izin Allah s.w.t dan kuasaNya yang tidak terperi.

Solat, tahmid, zikir dan muzakarah kuliah subuh menjadi tatapan isian rohani awal mula pertama mula bagi pergerakan seterusnya seseorang insan. Manusia hidup di alam yang serba moden. Pemikiran yang kreatif membolehkan imam dan bilal di surau serta masjid dapat melaungkan kemerduan suara dengan bantuan alat pembesar suara yang direka khas demi menjaga perpaduan sesama kaum di Malaysia.

Gembira bila dapat berjumpa subuh sekali lagi. Hari ini tidak akan sama dengan semalam, dan hari ini membawa ku pelbagai erti baru dalam kehidupan ku. Hanya doa yang tidak putus-putus musafir ini mohonkan dikala subuh kembali semula.

SayangKu FajarSubuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...