بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
JUMAAT . 15 FEB 2013 adalah hari yang sangat bahagia kepada kedua insan yang ana kasihi dan sayangi, ia adalah Isteri dan Ummi ana yang telah banyak berkorban sepenuh jiwa dan raga demi membesarkan anak-anaknya dari kecil hingga la besar dan dewasa kini.
Walaupun ana jauh di perantauwan di sempadan Israil dan sambutan hari lahir mu berdua insan yang ana kasihi ini tidak di depan mata ana, tetapi di hari Jumaat yang penuh berkat ini ana suami atau anak akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mu di Malaysia. Semoga perjuangan ana ni sedikit sebanyak dapat membahagiakan kalian di sana dan semoga doa-doa ana di bumi ambia ini diperkenankan Allah dan makbur, InsyaAllah....
Ana menyusun sepuluh jari dengan penuh rasa kekerdilan ini memohon maaf di hari Jumaat ini kepada Isteri ana dan Ummi. Maafkan ana jika terdapat salah dan silap ana selama ini, ana insan yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Ana berdoa semoga Isteri ana dan Ummi di panjangkan usia dan di rahmati Allah segala amalan dan perbuatan. Sesungguhnya Allah maha segalanya. Kasih ana kepada Allah, Rasul dan kalian semua akan ana semat kuat-kuat di jiwa raga ana. InsyaAllah....amen.

.jpg)







