Followers

Tuesday, January 18, 2011

Pembahagian Masa


Golongan yang menghidupkan amalan Nabi secara menyeluruh iaitu Dakwah, Taklim wa Ta’allum, dan Tazkiyyah. Sesuai ayat :

Ya Tuhan kami, utuslah seorang Rasul ditengah-tengah mereka yang berasal dari diri mereka sendiri (yang tugasnya) membacakan aya...t-ayat Engkau (DAKWAH), mengajarkan kepada mereka ALKITAB dan ALHIKMAH (Taklim wa Ta’allum) dan Tazkiyyah (Dzikir Ibadah dan Khidmat), Sesungguhnya Engkau Maha Gagah dan Maha Bijaksana (AL Baqarah : 129)

Doa di atas adalah doa Nabi Ibrahim ketika selesai membangun Ka’bah sehingga mereka katakan : Inilah amalan masjid yang diinginkan Ibrahim as.

Mereka membagi waktu khuruj dengan tertib sebagai berikut :

4 Jam untuk Dakwah, yang terdiri dari :

1. Jaulah Umumi, yakni jumpa seluruh orang kampung

2. Jaulah Khususi, yakni jumpa orang perorang sebagaimana kedudukan orang yang didatangi, misalnya : ulama atau umara.

3. Jaulah Taklimi, yakni mereka berkeliling untuk ajak orang kampung duduk di majlis taklim fadhilah amal yang mereka buat.

4. Jaulah Tasykili, yakni mereka datang ke tempat orang yang ada simpati setelah mendengar bayan-bayan (penjelasan) mereka.

5. Jaulah Ushuli, yakni mereka datang kepada orang yang niat keluar bersamaan dengan kepindahan mereka ke kampung lain.

4 Jam mereka gunakan untuk Taklim, yang terdiri dari :

1. Taklim Kitabi

2. Taklim Halaqah Al Quran

3. Taklim Enam Sifat

4. Mudzakarah Adab-Adab Sunah Sehari-hari

5. Taklim Infiradi, yakni membaca buku yang mereka bawa di luar amalan ijtima’i

4 Jam Mereka gunakan untuk Dzikir Ibadah, yang terdiri dari :

1. Sholat berjamaah

2. Sholat-sholat sunnah

3. Dzikir Pagi Petang

4. Sholat Tahajud dan Doa Hidayah dimalam hari

5. Tilawah Al Quran

6. Doa-doa masnunah

4 Jam mereka gunakan untuk Khidmat, yang terdiri dari :

1. Khidmat kepada Amir

2. Khidmat kepada Jemaah

3. Khidmat kepada orang kampung

4. Khidmat kepada diri sendiri

Semuanya menyita waktu 16 Jam. Sedangkan sisanya digunakan 6 jam untuk tidur dan 2 jam untuk MCK dan keperluan pribadi lainnya.

Apabila mereka keluar ikut tertib dengan iktu kepada amalan ijtima’I secara full, maka biasanya dengan izin Allah mereka mendapat Ishlah setelah pulang. Bisa jaga shalat berjamaah dan muamalah dan mu’asyarahnya menjadi lebih baik.

Kegagalan orang keluar di jalan Allah disebabkan mereka tidak ikut tertib sehingga tak ada Ishlah dan setelah itu sulit diperbaiki lagi dan jadi HIJAB bagi manusia lain untuk dapat Hidayah.

3 Perkara yang menyebabkan seorang sukses keluar di jalan Allah :

1. Keluar dengan mentaati Amir

2. Keluar dengan tertib di dalam Ijtimaiyyat

3. Keluar semata karena Allah SWT

Apabila orang keluar dengan 3 hal tersebut maka Allah akan beri kepada mereka 2 perkara :

1. Dicabut sifat binatang dari diri mereka

2. Doa mereka akan dikabulkan sebagaimana doa Nabi-Nabi.

Friday, January 7, 2011

Keistimewaan Hari jumaat


Assalamumalaikom wtb kepada semua pembaca FS. Hari ini adalah Jumaat pertama dalam bulan Januari dan juga Jumaat pertama dalam bulan Safar 1432H. Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama sahabat FS. InsayAllah.

Kita mengetahui hari sabtu merupakan hari agung bagi kaum yahudi dan hari ahad merupakan hari pergi gereja bagi mereka yang beragama kristian.

Tidakkah kita bangga kerana hari jumaat merupakan hari yang sangat istimewa kerana hari Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu’ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat.

“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)

Peristiwa hari jumaat.

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AldilFitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:

1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
3. Pada hari itu juga, dia wafat.
4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. HR Ibnu Majah & Al-Baihaqi

Menurut Imam Sayuti antaranya ;

1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
4. Api neraka tidak menyala.
5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.

Kelonggaran Untuk Solat Sunat Pada Waktu Larangan Hari Jumaat

Setiap Hari Ada 3 Waktu Yang Dilarang Untuk Bersolat :

1. Selepas solat fardhu Subuh sehingga matahari naik (setinggi satu anak panah)
2. Ketika matahari benar2 tegak berada di atas kepala sebelum tergelincir (~10-15min sebelum masuk waktu Zohor)
3. Selepas solat Asar sehingga masuk waktu solat Maghrib

Penjelasan: Iaitu waktu larangan (Jumaat) di waktu tengahari (no. 2) diberi kelonggaran dan tidak lagi menjadi tegahan bagi siapa yang datang awal ke masjid untuk solat dan terus bersolat dan memperbanyakkan munajatnya untuk mendapat keredaan Allah sehinggalah apabila Khatib keluar dan naik ke atas mimbar.

Hadis Nabi SAW

“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian mengambil wudhu dengan sempurna untuk mensucikan diri, kemudian memakaiminyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian menggunakan wangian pada pakaian yang dipakainya dan keluar datang ke masjid,tidak menyakitkan antara dua orang, tidak mengganggu ketenteraman orang lain dan kemudian ia bersembahyang dan terus bersembahyang dan terus bersembahyang seberapa banyak yang dia termampu kemudian ia diam ketika imam keluar dan ketika khatib membaca khutbah; Maka orang yang buat seperti itu, Allah akan memberikan pengampunan kepadanya dari hari Jumaat ini kepadaJumaat yang akan datang. -” (Riwayat Imam Bukhari)

“Adalah Nabi SAW itu menegah kami daripada solat pada pertengahan waktu tengahari (maksudnya ketika matahari tegak berada di atas kepala) kecuali pada hari Jumaat.” (Riwayat Abi Dawud dari Sahabat Abu Qatadah ra)

Penutup.

Kita perlu sedia maklum yang dimaksudkan disini ialah hari raya mingguan yang dimaksudkan itu ialah hari Jumaat. Dengan ini tidak ragu lagi Jumaat adalah hari yang CUKUP BESAR dalam Islam. Semoga Allah memberi kita Taufik dan HidayahNya untuk kita amalkan dan kita sampaikan, InsyaAllah.

Monday, January 3, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Mohamed Azli Abdul Aziz


Assalammualaikom wtb kepada semua pembaca FS. Semoga saudara saudari senantiasa dilindungi Allah s.w.t. dan dirahmatiNya. amin.

Kehidupan ini hanya seketika, yang mana setiap yang bernyawa pasti dan pasti akan kembali kepada Allah s.w.t.

Persahabatan itu satu titik kemanisan dalam kehidupan setiap insan yang diciptakan Allah s.w.t. Kehendak manusia dan keinginan manusia pasti bisa dikecapi dalam pelbagai hal dan ragam kehidupan.

Sahabat ana menerima Hari Ulang Tahun beliau pada tanggal 03 Jan 19**. Allhamdullah dengan kekuasaan Allah s.w.t. yang masih sayang dan cinta akan hambaNya. Allah s.w.t. telah zahirkan dengan keistimewaan dan nikmat yang diberikan.

Dari Musafir_Islam dan semua pembaca FajarSubuh mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Buat Hj CL. Kami mendoakan semoga tuan Hj beroleh kebahagiaan didunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan panjang umur sihat walafiat. Mendapat petunjuk taufik, hidayah dan in'nayah dari Allah s.wt. Ukhwah persahabatan ini terbina sepanjang hayat. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...