Followers

Friday, May 7, 2010

Aktiviti memukat Ikan di Port Dickson

Pada 30 April 2010 . Segala perancangan telah disusun oleh pihak yang berkenaan. Tak banyak perkara boleh dirancang, kali ini cuma untuk siapa yang mempunyai masa terluang. Motif utama adalah untuk memancing ikan, tapi apakan daya. Sekor ikan dari air pasang membawa ke surut pun masih tak diperolehi. Aktiviti di mulakan dengan membakar ayam sambil bersembang-sembang tentang hal diri dan keluarga. Waktu ini, tak di sentuh langsung tentang kerja. Sudah seminggu bekerja, hari-hari lihat wajah yang sama. Aktiviti ini adalah untuk melupakan segalanya.









Sambil membakar dan menunggu ayam siap untuk dimakan kita lihat dulu pemandangan yang cantik ni ye.

Alahai set memancing, joran dan pun-pun di ketepikan ye.... Ye la, masing-masing dah nampak ayam panggang depan mata.



Selesai menunaikan kewajipan Solat, selesai makan ayam panggang dan selesai segalanya. Ada pula hiburan di waktu malam. Ia sebagai sampingan sahaja, sementara menunggu air pasang, surut kembali. Sebab bila air surut, boleh la kami jalankan projek yang seterusnya.




Gitar Kapok




Semua ceria nampak




Ketam yang tersangkut pada jaring


Allhamdullah ini dia hasilnya setelah 5 jam berhempas pulas di lautan. Perit jua menjadi seorang nelayan ini, sukar untuk yang mula melakukanya dan mudah bagi yang sudah biasa melakukanya. Patut la harga ikan di pasar mahal-mahal, susah rupanya untuk mendapatkan seokor ikan. Syukurla rezeki yang kita perolehi, dan buangkanla sikap 'ah....' dalam diri kita. Allah maha kuasa, selama kita bersyukur. Selagi itu Allah sayang pada hambaNya.

10 comments:

  1. Salam MI,

    Aktiviti yang menarik, masa muda remaja dulu saya mesti ada aktiviti perkemahan sejak dari tahun 1975 hingga tahun 1983. Dulu pantai Morib tempat perkemahan saya, kemudahan asas sgt terhad masa tu, tp rasa selamat sebab geng2 camping memang ramai, masa tu mana ada mat rempit, mana ada kaki culik dan rompak, skrg saya dah buat semua tu, bila bersama keluarga.

    Baguslah MI adakan aktiviti begini sementara masih muda, ini aktivit yang sgt menarik dan byk memberikan faedah.

    ReplyDelete
  2. w.salam en. Rosli.
    Aktiv juga ye en Rosli ini dalam bab-bab camping-camping ini ye. Semua boleh menjadi kenangan yang terindah kan. Zaman en rosli memang agak sukar ketika itu ya. Tetapi jenayah tak begitu kerap belaku, sekarang ini di mana-mana ada berlaku jenayah.

    Nanti disatu masa, boleh lah en rosli ajak keluarga bersama semula buat aktiviti berkemah ini.

    Allhamdullah, faedah yang berguna kita perolehi. Dapat mengeratakan silaturahim antara pekerja-pekerja. Yang dah berkahwin dapat lapangkan diri tanpa keluarga sekejap. Yang rasa kosong, boleh hiburkan hati sambil bersantai dan yang tak pandai pukat ikan, dan tau rasa menjadi seorang nelayan.

    ReplyDelete
  3. Salam MI,

    oo ini dia aktivit memukat yang diceritakan dulu uer. heheh

    padanlah kata tak banyak dapat ikan.

    apa-apa pun nice trip.

    ReplyDelete
  4. Salam from Kota Kinabalu..lama tak singgah blog MI..banyak ke dapat Ikan?

    ReplyDelete
  5. salam Musafir islam
    kalau kat tempat saya ni,kampung ni tepi sungai pahang.selalu saya nampak ramai pemancing di sini.FIL saya pun selalu gi mancing belakang kampung...

    ReplyDelete
  6. bagus aktiviti seperti ini....jika asyik kerje je..tension weh!

    ReplyDelete
  7. w.salam az...aktiviti bersama-sama. Untuk melukan kerja. Tak banyak yg kami perolehi. Allhamdullah rezeki Allah bagi cukup tu ja....amin.

    ReplyDelete
  8. w.salam tuan haji faisal. Tuan berada di KK ke...hebat merantau. Seronok pemandangan di sana. Allahmdullah, banyak juga dapat ikan. Hadiah pun ana dapat.

    ReplyDelete
  9. w.salam kak qaseh mas. Bijak memancing ya...seronok bila joran tersangkut ikan. Rasa puas menunggu. Tetapi kami tak pancing ikan. Sebab gagal, ikan tak makan umpan. Jadi kami tunggu air surut, dan turun ke laut utk pukat tarik ke darat.

    Syukran ziarah blog ana.

    ReplyDelete
  10. salam cikgu sonata, di tempat kejer masing2 serius dan garang. tetapi bila buat aktiviti begini semua ceria bagaikan 1 fmly. tak ada bos tak ada kuli dan tak ada yang buat ada ada.

    Syukran ziaran blog MI. Senang2 dtg lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...