
Ini dia persiapan untuk minggu hadapan. Segala diri dan masa adalah untuk buku, Ooopppsss......Majalah Solusi pun ada ye.....eemmm.... Tidak lupa al-Quran sebagai pelita hidup. Dalam hadith Rasulullah juga terdapat banyak pesanan supaya orang islam berpegang dengan al-Quran dan sunnah.Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud : aku tinggalkan kamu kepada dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya,kamu tidak akan sesat selamanya, iatulah kitab Allah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya;(Malik,t.th :502).
DOA-DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG, INSYA ALLAH
1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.
2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.
3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.
4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.
5) Doa memohon kejayaan cemerlang :
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.
6) Doa ketika menerima kertas soalan :
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
Doakan ana ya....InsyaAllah.



salam dik MI....
ReplyDeletewalau tak muncul di alam maya tp nama mu ttp menguntum di hati kami semua... mlm semlm baru hubby akak sebut2 nama MI ketika menonton MTQ peringkat kebangsaan kt tv tu....(katanya peserta tilawah tu iras MI )
akak doakan MI dipermudahkan segala apa yg dihajati n beroleh kejayaan . ameen
w.salam ummi, alhamdullah sering ziarah blog MI. Syukur alhamdullah ada juga yang seiring igatkan ana. Semoga setiap doa kita dikabulkan Allah. MI juga menonton MTQ di tv1. Tak perasan pula ada peserta yang iras-iras MI, kirim salam MI pada hubby ummi ya. Igat lagi beliau dengan MI ya.
ReplyDeleteMI aminkan doa ummi ya...Ameen.
salam MI,
ReplyDeletesemoga berjaya dengan cemerlang. Insya Allah. AZ doakannya
w.salam az,
ReplyDeletealhamdullah...doakan ana ya...insyaAllah.
Salam MI..all the best for the exam..good luck..doa saya untuk MI..lama kita tak bersua di alam maya..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesemoga ALLAH memudahkan urusan..insyaALLAH
w.salam tuan haji Faisal, Syukran sudi ziarah blog ana, thnks for u wish. Semoga doa tuan dikabulkan, ameen....Lama juga kita tak bersua, masing-masing sibuk dengan kerja. InsyaAllah, ada masa nanti kita jumpa lagi. Salam.
ReplyDeletew.salam asy_syakirin, syukran ziarah blog ana, insyaAllah Allah kabulkan. ameen.
ReplyDelete