Followers

Thursday, November 11, 2010

KEUTAMAAN MEMENUHI SAF PERTAMA


Telah sepakat para fuqaha adalah sunat bagi para jemaah untuk memenuhi saf yang pertama terlebih dahulu sehingga tidak ada ruang yang kosong atau renggang. Kemudian baharulah diikuti dengan saf yang kedua dan seterusnya, berdasarkan hadis-hadis yang shahih menyentuh perkara ini. Di antaranya, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :


"Sempurnakanlah oleh kamu saf yang depan (saf yang pertama), kemudian saf-saf berikutnya, maka saf yang kurang itu (disebabkan sedikit makmum) hendaklah (saf yang kurang itu berada) di saf bahagian belakang".
(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)


Oleh yang demikian tidak digalakkan ke atas jemaah untuk mendirikan saf yang kedua atau berikutnya melainkan selepas sempurnanya saf yang pertama atau berikutnya. Dalam erti kata lain, jangan dibiarkan saf yang di hadapan makmum itu kosong atau renggang, bahkan disunatkan ke atas mereka mengisinya.

Adalah disunatkan juga ke atas makmum yang berada di hadapan memberi ruangan kepada makmum yang hendak masuk ke saf tersebut selagi ada ruang baginya, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :


"Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah di antara bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan berlaku lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf), dan janganlah kamu biarkan celah-celah (yang kosong) itu untuk syaitan. Barangsiapa menghubungkan saf, maka Allah menghubungkannya (dengan rahmatNya) dan barangsiapa memutuskan saf, maka Allah memutuskannya (daripada rahmat dan pertolonganNya)".
(Hadis riwayat Abu Daud)

6 comments:

  1. Assalamualaikum MI...

    hati terasa bahagia bila berada di dlm saf (berjamaah) untuk beribadah ...
    tp akak lebih banyak berjamaah di rumah bersama family (satu saf dgn anak2 jer)

    ReplyDelete
  2. Waalaikomsalam wtb.
    Waktu yang Malaikat paling suka apabila Solat Berjemaah.
    Bnayak Fadhilatnya bila Solat berjemaah.
    Allhamdullah bersama keluarga....

    ReplyDelete
  3. Ramai yang pergi solat bejemaah tidak mempunyai ilmu ini, ia dapat dilihat semasa solat jumaat. Ramai berkumpul di belakang kerana senang nak keluar... Kadang kala susah sangat rakan2 nak bergerak ke hadapan.

    ReplyDelete
  4. Jazakallahukhair.
    Perkongsian yag baik.

    ReplyDelete
  5. Benar tu Cikgu, perkara yang manusia fikir mudah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...