بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
عَنْ أنَسَ رَضى اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
(رواه البخارى ومسلم)
Daripada Anas (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Siapa yang ingin agar rezkinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”.
[HR Bukhari dan Muslim]
Allhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam semoga sentiasa tercurahkan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga sahabat-sahabat baginda serta mereka yang sentiasa megikuti sunnahnya. Amin.
Kesan dari ber Musafir di Madinah dan Mekkah banyak memberi erti baru dan sinar dalam kehidupan ana, pelbagai onak duri dan pahit manis setiap titik perjalanan dari Lebanon ke Jeddah. Sungguh benar dugaan MU ya Allah untuk mereka yang sabar dan sentiasa bersolat. Sesungguhnya nilai bersyukur dan bersifat sabar itu amat bernilai ketika ber Musafir di sana.
Allah tidak pernah melupakan hambaNYA yang sentiasa berdoa dan bersangka baik pada setiap kejadian siang dan malam, senang dan susah, pahit derita dan sebagainya. Nilai dan nikmat yang telah di berikan itu sunggunh berharga dan tidak terbalas dengan apa sekali pun. Begitu juga dengan Iman dan Islam.
Di kesibukan dan kesukaran dalam meniti perjalan di sana, ana sempat berjumpa insan yang sanggat bertuah pemilik Blog Kehidupan Mekkah ٢. Hanya di tepi jalan berbumbungkan jalan raya (flyover) sambil sehidangan kopi panas, Allhamdullillah Tuan Hj Mohd Arshad sudi ziarah dan singgah bersama untuk mengeratkan silaturahim saudara muslim. Syukran atas sedikit buah tangan dari Mekkah buat ana untuk di bawa pulang ke Lebanon.




Assalamualaikum Tuan,
ReplyDeleteBeruntung dapat berjumpa dgn tuanpunya Blog Kehidupan Makkah 2 (Tn Hj. Mohd Arshad) ...
Tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan beliau semasa menunaikan haji 1431...
INSYALLAH....jika kesihatan bertambah baik dan diizinkan ALLAH ingin berkunjung semula ke Masjidil Haram ( akan berusaha untuk berjumpa dgn Tn Hj Mohd Arshad)
Waalaikommusalam wbt Tuan Pesona, Allhamdulillah sudi ziarah di Blog ana.
DeleteSetiap pertemuan telah di tetapkan oleh ilahi....ana bersyukur dpt jumpe tuan Hj Arshad walaupun hanya seketika di kota Mekkah.
Semoga Allah mengurniakan Tuan Pesona keberkatan untuk di panggil sekali lagi ke kota suci Mekkah....amin
Assalamu'alaikum wbt MI
ReplyDeleteAlhamdulillah, sampai juga ke haramain. Syukur banyak-banyak.
Wasalam
Waalaikommusalam wbt Tuan Hj Saad.
DeleteAllhamdulillah, semua asbab berkat doa kawan-kawan dan atas kelemahan ana sendiri yang kosong dalam agama. Allah memberi peluang untuk ana berubah dan merasai nikmat agama Islam itu sendiri apabila terpanggilnya ana untuk melakukan ibadah umrah... Syukur pada MU YA ALLAH.