Followers

Friday, January 7, 2011

Keistimewaan Hari jumaat


Assalamumalaikom wtb kepada semua pembaca FS. Hari ini adalah Jumaat pertama dalam bulan Januari dan juga Jumaat pertama dalam bulan Safar 1432H. Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama sahabat FS. InsayAllah.

Kita mengetahui hari sabtu merupakan hari agung bagi kaum yahudi dan hari ahad merupakan hari pergi gereja bagi mereka yang beragama kristian.

Tidakkah kita bangga kerana hari jumaat merupakan hari yang sangat istimewa kerana hari Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu’ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat.

“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)

Peristiwa hari jumaat.

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AldilFitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:

1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
3. Pada hari itu juga, dia wafat.
4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. HR Ibnu Majah & Al-Baihaqi

Menurut Imam Sayuti antaranya ;

1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
4. Api neraka tidak menyala.
5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.

Kelonggaran Untuk Solat Sunat Pada Waktu Larangan Hari Jumaat

Setiap Hari Ada 3 Waktu Yang Dilarang Untuk Bersolat :

1. Selepas solat fardhu Subuh sehingga matahari naik (setinggi satu anak panah)
2. Ketika matahari benar2 tegak berada di atas kepala sebelum tergelincir (~10-15min sebelum masuk waktu Zohor)
3. Selepas solat Asar sehingga masuk waktu solat Maghrib

Penjelasan: Iaitu waktu larangan (Jumaat) di waktu tengahari (no. 2) diberi kelonggaran dan tidak lagi menjadi tegahan bagi siapa yang datang awal ke masjid untuk solat dan terus bersolat dan memperbanyakkan munajatnya untuk mendapat keredaan Allah sehinggalah apabila Khatib keluar dan naik ke atas mimbar.

Hadis Nabi SAW

“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian mengambil wudhu dengan sempurna untuk mensucikan diri, kemudian memakaiminyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian menggunakan wangian pada pakaian yang dipakainya dan keluar datang ke masjid,tidak menyakitkan antara dua orang, tidak mengganggu ketenteraman orang lain dan kemudian ia bersembahyang dan terus bersembahyang dan terus bersembahyang seberapa banyak yang dia termampu kemudian ia diam ketika imam keluar dan ketika khatib membaca khutbah; Maka orang yang buat seperti itu, Allah akan memberikan pengampunan kepadanya dari hari Jumaat ini kepadaJumaat yang akan datang. -” (Riwayat Imam Bukhari)

“Adalah Nabi SAW itu menegah kami daripada solat pada pertengahan waktu tengahari (maksudnya ketika matahari tegak berada di atas kepala) kecuali pada hari Jumaat.” (Riwayat Abi Dawud dari Sahabat Abu Qatadah ra)

Penutup.

Kita perlu sedia maklum yang dimaksudkan disini ialah hari raya mingguan yang dimaksudkan itu ialah hari Jumaat. Dengan ini tidak ragu lagi Jumaat adalah hari yang CUKUP BESAR dalam Islam. Semoga Allah memberi kita Taufik dan HidayahNya untuk kita amalkan dan kita sampaikan, InsyaAllah.

Monday, January 3, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Mohamed Azli Abdul Aziz


Assalammualaikom wtb kepada semua pembaca FS. Semoga saudara saudari senantiasa dilindungi Allah s.w.t. dan dirahmatiNya. amin.

Kehidupan ini hanya seketika, yang mana setiap yang bernyawa pasti dan pasti akan kembali kepada Allah s.w.t.

Persahabatan itu satu titik kemanisan dalam kehidupan setiap insan yang diciptakan Allah s.w.t. Kehendak manusia dan keinginan manusia pasti bisa dikecapi dalam pelbagai hal dan ragam kehidupan.

Sahabat ana menerima Hari Ulang Tahun beliau pada tanggal 03 Jan 19**. Allhamdullah dengan kekuasaan Allah s.w.t. yang masih sayang dan cinta akan hambaNya. Allah s.w.t. telah zahirkan dengan keistimewaan dan nikmat yang diberikan.

Dari Musafir_Islam dan semua pembaca FajarSubuh mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Buat Hj CL. Kami mendoakan semoga tuan Hj beroleh kebahagiaan didunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan panjang umur sihat walafiat. Mendapat petunjuk taufik, hidayah dan in'nayah dari Allah s.wt. Ukhwah persahabatan ini terbina sepanjang hayat. InsyaAllah.

Friday, December 31, 2010

Penutup Tahun 2010

adik iman yang seronok dengan senjata Styer 5.56mm

Surau kawasan Orang Asli

Kedai menempah batu nisan Arwah Ayah


Waktu di Kelana Jaya

Dari BHS

Kumpulan PDKM

Kek pertunangan Abang

Wira ana cedera

Adik angkat (Siti)

Surau Orang Asli Johor Bahru

Kebun bunga & Muzium Johor

Penghargaan dari JAKIM

Salamatan wa Tahiyyatan
Sejarah 2010 banyak mengimbau pahit manis ana dalam kehidupan ini, semua ini adalah dugaan dan cabaran dari Allah s.w.t. yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Sebenarnya ana tak terdaya untuk menukilkan cerita bagi tahun 2010 ini. Semuanya dari kehendak Allah s.w.t. yang menggerakan jari jemari ini dari bantuan buah fikiran yang dianugerahkan olehNya. Allahhuakbar.

Awal tahun menjadi denai dalam kehidupan ana, sebagaimana satu lorong kehidupan yang gelap telah disuluh dengan cahaya lampu pelita. Sumbu dan minyak tanah menjadi pembakar semangat demi mendidik ana menjadi insan yang lebih berdedikasi dan bermatlamat tinggi dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang HA(Hamba Allah). Masjid adalah tempat dimana berkumpulnya orang-orang yang beramal soleh. Kuala Lumpur telah menyatukan semua pengemar blog PDKM bersatu pada tarikh 10/01/10. Dari golongan emas hingga ke kanak-kanak dapat bersua muka, berkenal kenalan. Inilah kenangan yang paling manis buat kita semua.

Di tahun ini juga adalah satu kisah sejarah dalam kehidupan seorang anak yang kehilangan seorang ayah yang sangat disayangi. Kebiasaanya di pagi hari raya pertama anak-anak akan bersalam-salaman dan berkucupan pipi bersama kedua orang tua (ayah dan ibu), tetapi untuk tahun ini kesuraman meyelubungi seorang anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah. Allah s.w.t. sangat menyayangi kepada sesiapa yang telah kembali kepadaNya. Semoga Allah s.w.t. meletakan arwah ayah dikalangan dan golongan orang-orang muslim yang beriman. InsyaAllah.

Ditahun ini juga ana terpilih dari pihak JAKIM untuk menjadi Fasilitator bagi membantu didalam program ih’ya Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Allhamdullah usaha mendekati orang-orang asli menjadi kenyataan untuk ana berkhidmat menyebarkan dahwah megajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Allhamdullah, asbab kami semua, ramai golongan orang asli yang minat dan tertarik dengan agama Islam. Dengan berakhirnya progam ini, laporan atau kakuzari mesti dibentangkan untuk panduan pihak JAKIM. Allhamdullah sijil penghargaan dari JAKIM. JazakaAllah.

Sifat ikramul muslimin terletak dijiwa insan-insan yang murni, Allah s.w.t. telah menzahirkan sifat tersebut kepada semua kenalan Bloger . Ia bermula dari blog PDKM pencetus kenalan maya menjadi nyata. Allhamdullah ana ucapkan syukran kepada az, CL, pak itam, Saiffudin (Pak Din) dan BHS (Kak Zuraida) tidak lupa juga kepada semua kenalan maya yang ana tidak sebut namanya disini. Semoga Allah s.w.t. merahmati, melindungi dan memelihara rezeki, kehidupan dan keturunan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Amin.

Pelbagai kisah pahit manis yang tidak dapat ana nukilkan di FS ini, insyaAllah semoga ia menjadi kenangan abadi di 2010 untuk ditinggalkan dalam lipatan sejaran kehidupan Musafir_Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...