Surau kawasan Orang Asli
Kedai menempah batu nisan Arwah Ayah
Waktu di Kelana Jaya
Dari BHS
Kek pertunangan AbangSalamatan wa Tahiyyatan
Sejarah 2010 banyak mengimbau pahit manis ana dalam kehidupan ini, semua ini adalah dugaan dan cabaran dari Allah s.w.t. yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Sebenarnya ana tak terdaya untuk menukilkan cerita bagi tahun 2010 ini. Semuanya dari kehendak Allah s.w.t. yang menggerakan jari jemari ini dari bantuan buah fikiran yang dianugerahkan olehNya. Allahhuakbar.
Awal tahun menjadi denai dalam kehidupan ana, sebagaimana satu lorong kehidupan yang gelap telah disuluh dengan cahaya lampu pelita. Sumbu dan minyak tanah menjadi pembakar semangat demi mendidik ana menjadi insan yang lebih berdedikasi dan bermatlamat tinggi dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang HA(Hamba Allah). Masjid adalah tempat dimana berkumpulnya orang-orang yang beramal soleh. Kuala Lumpur telah menyatukan semua pengemar blog PDKM bersatu pada tarikh 10/01/10. Dari golongan emas hingga ke kanak-kanak dapat bersua muka, berkenal kenalan. Inilah kenangan yang paling manis buat kita semua.
Di tahun ini juga adalah satu kisah sejarah dalam kehidupan seorang anak yang kehilangan seorang ayah yang sangat disayangi. Kebiasaanya di pagi hari raya pertama anak-anak akan bersalam-salaman dan berkucupan pipi bersama kedua orang tua (ayah dan ibu), tetapi untuk tahun ini kesuraman meyelubungi seorang anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah. Allah s.w.t. sangat menyayangi kepada sesiapa yang telah kembali kepadaNya. Semoga Allah s.w.t. meletakan arwah ayah dikalangan dan golongan orang-orang muslim yang beriman. InsyaAllah.
Ditahun ini juga ana terpilih dari pihak JAKIM untuk menjadi Fasilitator bagi membantu didalam program ih’ya Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Allhamdullah usaha mendekati orang-orang asli menjadi kenyataan untuk ana berkhidmat menyebarkan dahwah megajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Allhamdullah, asbab kami semua, ramai golongan orang asli yang minat dan tertarik dengan agama Islam. Dengan berakhirnya progam ini, laporan atau kakuzari mesti dibentangkan untuk panduan pihak JAKIM. Allhamdullah sijil penghargaan dari JAKIM. JazakaAllah.
Sifat ikramul muslimin terletak dijiwa insan-insan yang murni, Allah s.w.t. telah menzahirkan sifat tersebut kepada semua kenalan Bloger . Ia bermula dari blog PDKM pencetus kenalan maya menjadi nyata. Allhamdullah ana ucapkan syukran kepada az, CL, pak itam, Saiffudin (Pak Din) dan BHS (Kak Zuraida) tidak lupa juga kepada semua kenalan maya yang ana tidak sebut namanya disini. Semoga Allah s.w.t. merahmati, melindungi dan memelihara rezeki, kehidupan dan keturunan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Amin.
Pelbagai kisah pahit manis yang tidak dapat ana nukilkan di FS ini, insyaAllah semoga ia menjadi kenangan abadi di 2010 untuk ditinggalkan dalam lipatan sejaran kehidupan Musafir_Islam.









Assalamualaikum MI
ReplyDeletemoga selamat dunia dan akhirat
Al Fatihah untuk Allahyarham ayah anta
Wassalam
Waalaikommusalam wtb tuan Rozali aka atuk. ana aminkan doa tuan, semoga tuan juga berjaya didunia dan akhirat.
ReplyDeleteSedekahkan al-Fatihah untuk kesemua umat muslim dan muslimat yang telah kerahmatullah. al-Fatihah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" [al-Mu'minun: 115]
ReplyDeleteMasa itulah usia kita. Yang akan dihisab nanti. Salam takziah buat keluarga MI~
Assalammualikom wtb Izzah, Syukran ya ukti.
ReplyDeleteSama-sama kita sedekahkan al-Fatihan buat mereka yang telah kerahmatullah. amin