
Baru-baru ini teman saya yang baru pulang dari South Africa setelah keluar 2 bulan masturat di sana menceritakan keajaiban ciptaan tuhan melalui firman Allah swt di dalam surah Ar-Rahman ayat 19 dan 20. Pertemuan dua laut yang airnya tidak bercapur di antara satu sama lain. Iaitu pertemuan di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Namun demikian beberapa jam yang lalu penulis menerima satu email dari teman yang menceritakan lagi tanda-tanda kehebatan dan kebesaran Allah swt yang mungkin juga berkaitan dengan ayat dari surah Ar-Rahman ini.
Ianya berkaitan sungai di bawah sungai, iaitu ada lagi sungai di dalam sungai berkenaan. Ianya terdapat di satu tempat di Cenote Angelita , Mexico. Di sana terdapat gua yang di dalamnya terdapat sungai air tawar jika kita menyelam sedalam 30 metar. Namun begitu jika kita menyelam sedalam 80 meter maka kita akan dapati satu sungai yang terdapat di bawah sungai berkenaan yang berair masin. Ianya benar-benar meyerupai sebuah anak sungai yang mengalir di bawahnya. Rupa bentuk pokok-pokok jelas dari batang dan ranting pokok dari atas dataran yang tenggelam di dasarnya.

Penulis pernah menyelam sedalam 80 meter ‘Scuba Diving’ di Pulau Perhentian sewaktu berkhidmat dengan LKIM, boleh merasai bila melihat gambar berkenaan. 80 meter sebenarnya tidaklah begitu dalam namun kita akan merasai kesejukan air berlebih lagi jika ianya air tawar.
Yang anehnya air masin berkenaan seolah-olah tidak bercampur dengan air tawar sungai berkenaan. Ianya mengalir seperti sungai-sungai biasa dipermukaan membentuk dan mengalir seperti biasa.
Para pengkaji mengatakan bahawa ianya bukan sungai tetapi ianya adalah lapisan hidrogen sulfida. Namun di sisi kita ianya sebahagian dari tanda-tanda kehebatan ciptaan tuhan yang juga bersabit dari firman di atas.
Wallahua’lam



Salam Tuan MI,
ReplyDeleteSubhanallah, memang banyak tanda-tanda kebesaran Allah swt di sekeliling kita, jika kita prihatin dan berfikir mengenainya. Marajal bahraini yaltaqiyan hingga akhir ayat. Dan diikuti dengan soalan dari Yang Maha Agong, Sang Pencipta iaitu "Nikmat-nikmat Aku yang manakah yang engkau dustakan?" Soalan ini ditanya berulang kali. Tapi apakah jawapan kita apabila mendengar ayat ini? Para jin Islam yang mendengar ayat tersebut apabila dibacakan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. mereka menjawab, "Tidak ada satupun yang kami dustakan Ya Allah".
Itulah, makhluq jin ini kalau sudah beriman memang hebat keimanan mereka -- bersalahan dengan tanggapan popular yang mengatakan bahawa sebaik-baik jin adalah sama dengan sejahat-jahat manusia. Wallahu'aklam.
w.salam Haji Saad, syukran ziarah blog ana. Buat masa sekrg ini ana sudah jarang utk berbloger. Kena tumpu pada pelajaran. Latihan hutan yang bakal tiba dengan jadual yang padat.
ReplyDeleteSedikit ilmu kita kongsi bersama, ana insan biasa yang tidak punya apa-apa. Ilmu pun tiada, semua pinjaman sementara.
Ana kagum dgn tulisan tuan haji, semoga ada dapat dimanfaatkan bersama.
Tingkatkan iman banyakan amal ibadah. Allah melihat apa yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas niat.
Syukran.
MI...salam taaruf dr Paris. Kagum dgn informasi yg dikongsikan ini. SUBHANAALLAH
ReplyDeletesalam anaknda,
ReplyDeleteBerita2 dari para jemaah yang keluar bermujahadah memberikan kita keinsafan.
Sesetengah mereka mendapat petunjuk yang jelas dari Allah.Hijab terbuka kiranya ada keikhlasan.
wassalam.