Followers

Monday, February 1, 2010

Hukum Rejam Bagi Penzina

Di bawah ini penulis sertakan gambar hukum rejam bagi penzina yang dilaksanakan di Somalia. Gambar ini Penulis menerima melalui email beberapa hari yang lalu.

Penzina Diletakan Ke dalam Tanah (Mungucap Kalimah)

Penzina Direjam Dengan Batu

Manyat Penzina Ditarik Keluar




Sedikit Huraian Berkaitan Hukum Zina:

Perzinaan ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dan wanita di luar nikah yang sah, atas dasar disengajakan dan keduanya mengetahui, bahawa persetubohan itu dilarang keras oleh agama.

Firman Allah swt :

“Perempuan dan lelaki yang berzina, maka rotanlah mereka oleh mu, tiap-tiap seorangdari keduanya sebanyak seratus kali rotan. Dan kamu tidak boleh merasa sayang kepada keduanya dalam perkara agama (hukum ) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, dan hendaklah hukuman keduanya itu disaksikan oleh segulongan orang-orang yang mukmin.” (An-Nur : 2)

Hadis Nabi saw :

Dari Ubadah bin Samit ra dari Nabi saw ia bersabda,” Ambillah oleh mu (peraturan) daripada aku, Ambillah daripada aku, sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka, iaitu perawan dan jejaka, hukumannya di rotan sebanyak 100 kali rotan dan dibuang daerah selama 1 tahun. Janda sama duda, hukumnya dirotan sebanyak 100 kali rotan serta direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Di dalam Tafsir Khazin menyatakan, “Telah ijmak (sepakat) seluroh ulama, bahawa perawan/jejaka yang berzina di jatuhi hukuman rotan sebanyak 100 kali, sedangkan ‘Mushan’ yang berzina dijatuhi hukuman Rejam (didera dengan batu).”

Berkata pengarang Kitab I’anah At-Talibin disyaratkan Ihshan (Muhshan) dalam perkara Had ini :

a) Baligh
b) Berakal
c) Merdeka
d) Talah merasakan persetubuhan yang halal (telah pernah kahwin)

p/s : Perlaksanaan hukum tidak akan sempurna jika amalan Dakwah ditinggalkan. Bahkan dengan dakwah ianya akan membawa manusia kepada takwa dan melalui takwa manusia akan menghindari zina. Jika terjebak dengan zina pasti akan diiringi dengan taubat dan tangisan serta rela untuk dihukumkan.

Wallahu'alam

4 comments:

  1. Salam MI..
    termakasih kerana info..membacanya membuatkan kita insaf...dakwah tu memang perlu mengingatkan kita dari lalai..
    tk.

    ReplyDelete
  2. w.salam mama ju.
    apa yang kita baca, apa yang kita tahu, boleh kita kongsi bersama. Semoga apa yang kita faham, kita pelajari dapat kita sampaikan pada mereka yang tak ada kemudahan untuk membacanya.
    Insyaallah...

    ReplyDelete
  3. salam MI,

    hukuman dunia dah begitu rupa, akhirat tak tahu lagi

    ReplyDelete
  4. w.salam az..
    hidup kena junjung agama bukan pegang pada agama. Jika kita peganag agama, ia bila-bila masa boleh terlepas, tetapi bila kita junjung agama itu ia tak akan jatuh walau dalam apa jua keadaan.

    Semoga ia dapat menginsafkan diri kita pada segala perbuatan kita. Insyallah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...