Followers

Monday, September 20, 2010

Token from SCP (rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com)


19 September 2010 ~ 10 Syawal 1431H . Kota Tinggi . Pagi Minggu . Rumah Rezeki @ Pak Itam . Allhamdullah .



Assalammuaaikom w.t.b kepada pembaca, pemerhati dan pendengar setia FajarSubuh. Rumah kedua Bloger yang ana ziarah di Hari Raya. Seawal malam sabtu telah dijanji, akhirnya pagi ahad jua tidak menjadi. Jam 11.25 pagi tiba di Kota Tinggi. Sebenarnya perjalana tidak begitu jauh. Nak dikatankan KT dah menggalahkah KL. Sejauh dari Ulu Tiram lagi jalan sudah sesak, bukan sesak dengan masyarakat berpusu-pusu untuk berbeli-belah di Pasaraya Today's. Malangnya ia sudah menjadi lumrah kawasan sempadan ke Kota Tinggi ini menjadi 'jem'. Mungkin selepas siap sepenuhnya jalan yang baru dibina itu, tiada lagi masalah perjalan untuk hendak ke Kota Tinggi. Jadi untuk anda semua, usah la bimbang dengan keadaan sesak yang melanda Bandar Kota. Sepanjang perjalan untuk sampai ke Kota Tinggi, diminda ana bermain satu fikiran. Bagaimanakah keadaan Pak Itam nanti ya, bagaimankan cara pergaulan dia, siapa sebenarnya pak itam. Setiap perkara mesti ada jawapanya. Allah sentiasa akan menambahkan kasih sayang kepada setiap hambaNya jika hambaNya saling berkasih sayang sesama manusia dan mahluk Allah. Yakin pada janji Allah. InsyaAllah.


Terasa begitu seronok dapat mengenali dengan lebih rapat lagi perwatakan Pak Itam. Orangnya berfikiran terbuka, pandai berkata-kata, bijak berbahasa, tulus ikhlas dalam perkataanya dan juga seorang penyanyang. Banyak ilmu yang ana perolehi dari beliau, tidak lupa juga nasihatnya yang sangat berguna. Ini membuatkan ana terkesan dengan setiap kata-katanya. Setiap kata-kata orang lama memang sangat berharga, orang kata lebih dulu merasa garam dari kamu. Allhamdullah setiap juadah yang disediakan, syukran. "ada rezeki" InsyaAllah dilain masa, bisa bertandang di teratap ana pula.


Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Terima kasih atas segala layanan yang diberikan. Semoga atas doa tulus ikhlas ana, menambahkan lagi rezeki dari Allah s.w.t yang tidak terhingga kepada Pak itam.


Daripada Jubair bin Nufair, salah seorang tabiin (orang yang hidup selepas sahabat Nabi s.a.w.) telah berkata : "Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. apabila berjumpa pada Hari Raya, mereka mengucapkan kepada yang lain, Taqaballahu Minna wa Minkum (May Allah accept it from us and you) 'Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua."' Menurut pandangan jumhur ulama, mengucapkan tahniah pada Hari Raya merupakan perkara yang disyariatkan dalam Islam.

2 comments:

  1. salam MI

    alhamdulillah

    terima kasih krn sudi menziarahi kami
    harap maap jika ada yang terkurang semasa kunjungan MI

    nanti kalau berkunjung ke HC, datanglah ke teratak kami

    insyallah

    ReplyDelete
  2. w.salam pak itam. Allhamdullah segala layanan yang diberikan. Ana tak sangka dari alam maya boleh berjumpa di alam nyata. Bisa mesra seperti sudah lama bekenalan. InsyaAllah bila ana free, ana luangkan sedikit masa di HC.
    JazakaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...