Followers

Tuesday, September 21, 2010

Luaskan Persahabatan

Meluaskan persahabatan dengan semua lapisan masyarat banyak faedahnya. Apabila kita berkawan biarlah dengan semua orang yang terdiri daripada pelbagai jenis pekerjaan. Contohnya tok imam, doktor, ustaz, tukang gunting rambut, pemandu teksi, tukang gunting rambut, penggali kubur, tok kadi, akaunten dan sebagainya. Setiap muslim adalah bersaudara sesama mereka di bawah panji kalimah syahadah. Jadi, setiap muslim yang meluaskan persahabatankan mengelakan permusuhan sesama sendiri. Sebaliknya mereka akan menjalinkan hubungan yang erat dengan sesiapa jua yang ditemui.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Wahai manusia, sesungguh! Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.” (Surah al-Hujurat 49 : 13)

Warnailah kehidupan yang sejahtera dengan pebagai jenis kawan yang mana terdiri daripada pelbagai jenis warna kulit, bangsa dan agama.

Harus diingat, manusia tidak mampu berjaya menerobos sempadan diri andai hidup berkelompok tetapi tidak menjaga hubungan dengan sesama manusia. Banyak manfaatnya jika kita berbuat baik dengan semua manusia, menghubungkan silaturahim, berkasih sayang dan hormat-menghormati.

Orang yang bejiwa bersih itu hebat kerana berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik.

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah . Solusi 23 . hubungan erat sesama manusia . Telaga biru .

2 comments:

  1. Salam MI,

    Alhamdulillah artikel yg baik dikongsi. Sama2lah kita menghargai persahabatan yg sedia ada dan terus menghulur salam persahabatan jambatannya iman. Kita adalah siapa di sekeliling kita dan kita juga digalakan berdoa utk sahabat..wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. Waalaikummusalam wtb ya ukti, syukran ziarah blog ana...sama2 kita mengiratkan ikatan persahabatan. Semoga Allah memberkati kita sekian ummah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...