Followers

Friday, December 17, 2010

Iktikaf


*Iktikaf berarti berdiam diri di dalam masjid dalam rangka untuk mencari keridhaan Allah SWT.

Jenis-jenis iktikaf

Iktikaf yang disyariatkan ada dua macam: iktikaf sunat dan wajib.

1. Iktikaf sunnat adalah iktikaf yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk mendekatkan diri dan mengharapkan ridha Allah SWT seperti; iktikaf 10 hari terakhir pada bulan Ramadan.
2. Iktikaf wajib adalah iktikaf yang dikarenakan bernazar (janji), seperti: “Kalau Allah SWT menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.

Waktu iktikaf

Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, kapan saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.

Ya’la bin Umayyah berkata: “Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf.”

Syarat-syarat iktikaf

Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:

1. islam
2. niat
3. balik/Berakal
4. Suci dari hadats (junub), haid dan nifas.

Oleh karena itu, iktikaf tidak sah bagi orang kafir, anak-anak yang belum dewasa, orang junub, wanita haid dan nifas.

Rukun-rukun iktikaf

1. Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
2. Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)

Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang digunakan untuk salat berjamaah lima waktu.

Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan salat jamaah setiap waktu.

Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang digunakan untuk membuat salat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk salat Jumaat.

Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafi’iyah bahwa yang utama yaitu iktikaf di masjid jami’, kerana Rasulullah saw iktikaf di masjid jami’. Lebih utama di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.

2 comments:

  1. Aslkm anakanda

    Terimakasih kerana info ni. Berbahagialah sesiapa yg mendapat hidayah beriktikaf...Hari ni Jumaat, eluk sgt ambil peluang beriktikaf....

    jumpa lagi.

    ReplyDelete
  2. Salam MI,

    insyaALLAH muga diberi kesempatan utk beriktikaf
    dari masa ke semasa. Terima kasih atas perkongsian ini.

    Selamat beriktikaf

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...