بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
berat saya 29.15gm
saya masih megantuk
Allah maha pegasih dan maha penyayang, begitu besarnya nikmat kurniaan Allah yang tidak terperi untuk hambaNya di muka bumi ini. Sesungguhnya amat rugi sekali barang siapa diantara mereka yang tidak pernah pengucapkan syukur dan bersangka baik terhadapa Allah S.W.T.
Begitu besar dugaan dan cabaran yang harus di tempohi dalam menjalani kehidupan sehari-harian, setiap insan di duga dengan pelbagai jenis musibah dan dugaan. Allah kasih pada hambaNya dan ia cuba untuk menduga sejauh mana kekuatan iman seseorang hambaNya itu. Ia tidak lupa dengan cara apa dan bagaimana gaya seseorang itu mengharugi perjalanan onak duri dugaan yang dialaminya itu.
Tempoh matang telah tiba hari demi hari waktu demi waktu dan akhirnya dengan kekuasaan dan rahmat Mu Ya Allah, telah Engkau kurniakan kami seorang pesuruh Mu yang kuat dan gagah sebagai simbol kakuatan dan keazaman demi menegakan panji-panji Mu Ya Allah. Ini la kerja seseorang hamba Allah yang di lahirkan di muka bumi untuk mensyariatkan agama Islam ke seluruh alam.
Sedih bercampur gembira, hiba bercampur ceria, rindu bercampur kasih yang tersemat di dalam hati ana setelah mendegar kelahiran baby sulung ana ini, walaupun hidup ana di perantauwan dan dalam serba kesusahan mencari rezeki sesuap nasik demi keluarga dan baby yang baru lahir ini, tetap ana cekalkan dalam sujud dan doa semoga semuanya selamat dan sejahtera di tanah air tercinta.
Walid mu memohon maaf wahai anak, sesungguhnya di kala setibanya kamu di dunia Allah ini tidak dapat Walid menyambut mu dengan belaian dan penuh kasih sayang. Tiada laungan azan dari Walid mu di telinga mu, tiada pelukan ciuman dan titipan buah kurma serta zam-zam dari jari Walid sendiri untuk mu wahai pesuruh Allah. Sesungguhnya Walid sentiasa berdoa dan bermunajad kepada Rob agar di pelihara kamu bersama Ummi mu. Walid berjuang demi keluarga dan tanah air.
Wasiat dan amanah ini akan Walid galas dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang Iman di dalam solatnya. Walid yang di perantauwan sentiasa merindui dan merintih pertemuan bersama mu.





No comments:
Post a Comment