بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
JUMAAT . 15 FEB 2013 adalah hari yang sangat bahagia kepada kedua insan yang ana kasihi dan sayangi, ia adalah Isteri dan Ummi ana yang telah banyak berkorban sepenuh jiwa dan raga demi membesarkan anak-anaknya dari kecil hingga la besar dan dewasa kini.
Walaupun ana jauh di perantauwan di sempadan Israil dan sambutan hari lahir mu berdua insan yang ana kasihi ini tidak di depan mata ana, tetapi di hari Jumaat yang penuh berkat ini ana suami atau anak akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mu di Malaysia. Semoga perjuangan ana ni sedikit sebanyak dapat membahagiakan kalian di sana dan semoga doa-doa ana di bumi ambia ini diperkenankan Allah dan makbur, InsyaAllah....
Ana menyusun sepuluh jari dengan penuh rasa kekerdilan ini memohon maaf di hari Jumaat ini kepada Isteri ana dan Ummi. Maafkan ana jika terdapat salah dan silap ana selama ini, ana insan yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Ana berdoa semoga Isteri ana dan Ummi di panjangkan usia dan di rahmati Allah segala amalan dan perbuatan. Sesungguhnya Allah maha segalanya. Kasih ana kepada Allah, Rasul dan kalian semua akan ana semat kuat-kuat di jiwa raga ana. InsyaAllah....amen.

.jpg)




I wonder if this is your first child - and born in Lebanon? MasyaAllah.
ReplyDeleteI wonder how life is in thsi country which I have heard so much about. One I had a friend at a university in UK around 1957. He came from Rafei family in Labanon. I wnder where he is today.
If you care please email me a line. I would love to know more about life here through contact with you, a very rare chance.
Salaam to you and family
Assalammualaikom wbt Tuan Al-Manar, apa kabar. Ana tahu tuan dari Malaysia. Anak pertama ana ini lahir di Malaysia dan bukan lahir di Labanon.
DeleteKehidupan di Negara ini macam bermimpi dan sentiasa dahagakan ke amanan. Mereka saling bermusuhan dan bertikam lidah sesame mereka.
Keluarga Rafei, ana rasa tuan boleh cari di Facabook. Ana juga tidak pasti siapa dikalangan keturuan Rafei yang tuan maksudkan.
Terima kasih sudi ke blog ana tuan Al-Manar, tetapi sampai sekarang ana tidak tahu email tuan.
BarakaAllah