
Tahun pada awal kemerdekaan kehidupan di kampong memang susah dan payah. Rata-rata kelangan penduduk sama ada penoreh getah, petani atau nelayan. Pendapatan yang diperolehi tidak seberapa dan cita-cita dalam pelajaran belum nampak jelas. Kalau adapun yang mempunyai kesedaran, mungkin layak dipendamkan saja. Dan kalau ada yang mencuba juga, bakal menempuh seribu kepayahan dan kesusahan.
Kemiskinan hidup selalu berakhir dengan kemiskinan semangat dan cita-cita.
Bagiku, kisah ini memiliki hikmah yang tersendiri. Kemiskinan harta tidak semestinya menyebabkan kemiskinan semangat dan ia diharungi dengan cekal untuk mengejar cita-cita. Banyak halangan yang perlu ditempuh dan banyak ranjau yang perlu dilalui.
Di sekolah tidak semua guru memahami keadaan ini. Guru hanya mengajar. Yang cerdik dan menguasai bahasa Inggeris dengan baik, dia boleh mengikuti. Yang asalnya cerdik tapi tak mampu menguasai bahasa Inggeris dengan cepat dan bersaing dengan mereka yang sudah menguasainya, sering tercicir dalam mengikuti pelajaran.
Di sini guru perlu fahami masalah factor sosiolekonomi yang boleh menyebabkan jurang dan keciciran berlaku. Guru kena prihatin dengan pelajar-palajar luar bandar yang lemah harus didekati dengan tanggungjawab. Guru harus memberi masa di luar kelas untuk emmberi bimbingan dan nasihat kepada mereka. Sekiranya mereka diberikan semangat bersama-sama bimbingan yang ikhlas keadaan akan lain jadinya. Para pelajar ialah asset masa depan. Keciciran di sekolah boleh membawa keciciran dalam masyarakat nanti.
Tahun-tahun awal kemerdekaan amat payah untuk diterima suatu hakikat bahawa orang miskin diterima suatu hakikat bahawa orang miskin berdaya untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah. Selalunya kalau si ayah penoreh getah, anak-anak akan berakhir sebagai penoreh getah juga. Kalau ayahnya petani atau nelayan, anak-anak bakal mewarisi kerja yang sama. Lari daripada tradisi itu dianggap sebagai pelik dan tidak lazim. Ia selalunya jadi bahan umpatan dan cercaan yang tidak berkesudahan.
Apalagi ke sekolah yang jauh menaiki basikal pula amat menuntut perhatian dan bantuan masyarakat. Hikmah kisah ini memperlihatkan adanya kecekalan dan azam untuk meneroka satu jalan berfikir dan jalur usia memperkasa diri dengan ilmu yang nanti bakal mengisi makna kemerdekaan.
Meski cabaranya banyak, dilalui dengan payah dan susah, tetapi kalau masyarakat mengerti maka bantuan boleh dihulurkan dan doa boleh dipanjangkan. Takdirnya yang menerokai ini Berjaya, ia bakal memberikan dorongan kepada yang lain. Sekiranya cita-cita anak-anak dibantu, Negara kita akan menghasilkan masyarakat prihatin, bukannya masyarakat seperti yang diungkapkan oleh pepatah, “Ibarat enau dalam beluka, melepaskan pucuk masing-masing.”
Prof. Dr. Sidek Baba
Prof. Pendidikan (Institut Pendidikan, UIAM)
Selamat Hari Guru
Pagi ku guru
Di ajar mengenal ilmu
Menikam kearifan ilmu
Belajar sesuatu baru
Kasih pada ilmu
Tidak mengenal waktu
Keletihan dan kelemahan aku
Tetap guru sudi membantu
Payung teduhan ku
Pembelajaran yang tidak jemu
Walau aku seorang yang buntu
Guru ada disisi selalu
Terima kasih guru
Walau dewasa diri ini
Ilmu yang diberikan dulu
Tetap ku kenangan dalam setiap doa ku
Guru Pelita Hidup ini.
by:ambri



No comments:
Post a Comment