Followers

Friday, May 15, 2009

Doa Subuh Ku. Dengarlah Ya Tuhan Ku.

Allhamduullah...
"Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami, dan KepadaNya kami akan dikumpulkan."
Keheningan di awal pagi membawa berjuta harapan yang baru. Embun subuh meleraikan molikul-molikul amzim yang baru dicernakan untuk tatapan dan minuman serangga serta tumbuh-tumbuhan. Awal pagi juga menghentukkan bunyian kong yang kedengaran dari lantai surau di hujung kampung. Permulaan kehidupan manusia setelah dimatikan seketika oleh izin Allah s.w.t dan kuasaNya yang tidak terperi.

Solat, tahmid, zikir dan muzakarah kuliah subuh menjadi tatapan isian rohani awal mula pertama mula bagi pergerakan seterusnya seseorang insan. Manusia hidup di alam yang serba moden. Pemikiran yang kreatif membolehkan imam dan bilal di surau serta masjid dapat melaungkan kemerduan suara dengan bantuan alat pembesar suara yang direka khas demi menjaga perpaduan sesama kaum di Malaysia.

Gembira bila dapat berjumpa subuh sekali lagi. Hari ini tidak akan sama dengan semalam, dan hari ini membawa ku pelbagai erti baru dalam kehidupan ku. Hanya doa yang tidak putus-putus musafir ini mohonkan dikala subuh kembali semula.

SayangKu FajarSubuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...