Followers

Wednesday, May 20, 2009

KEKUATAN UMAT TERLETAK PADA ILMU



“Hunting for knowledge” atau “memburu ilmu”. Itu istilah yang digunakan oleh para pencinta ilmu dan pencinta buku. Tidak kurang juga para orientalis yang turut menyelidik setinggi mana kecintaan umat islam terhadap ilmu.
“Katakan: Apakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran.” (surah al- zumar :9)

Bagkitlah teman! Kita sudah lama terlena dengan permainan musuh. Mereka melenakan kita dengan permainan demi permainan yang melekakan. Mereka telah merompak khazanah Islam yang amat berharga ketika tragedi pembunuhan umat Islam oleh tentera Barbar dari Mongolia di bawah pimpinan Genghiz Khan. Bukan saja merompak namun mereka turut menghapuskan seluruh khazanah ilmu tersebut dengan mencampakkan kitab-kitab ke dalam Subgai Tigris dan sungai Euprates, sehingga sejarah mencatatkan warna air sungai tersebut yang jernih bertukar menjadi hitam pekat, akibat daripada warna tinta daripada ribuan kitab-kitab ulama kita waktu itu.
Mari kita semak wasiat seorang ulama yang juga mujahid ini. Beliau mewasiatkan sesuatu yang berharga untuk tatapan para penuntut ilmu. Mari muhasabah, apakah kita sudah mempunyai karakter-karakter penuntut ilmu yang dikatakan.
Antara karakter seorang penuntut ilmu adalah : Ketika seorang alim mengamalakn ilmunya, kata-katanya sesuai dengan perbuatannya.


Seperti yang diberitakan Nabi Muhammad s.a.w :

“Tidak akan berganjak kedua-dua kakinya pada hari kiamat sehingga dia ditanya mengenai empat hal”

*Tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya?
*Tentang masa mudanya, untuk apa dia gunakan?
*Tentang hartanya, dari mana dia perolehi dan digunakan untuk apa?
*Tentang ilmunya, apa yang telah dia perbuat dengan ilmunya?
(Riwayat Tirmizi)


Orang yang berilmu, yang memerintahkan kepada amar maaruf nahi mungkar namun tidak beramal dengan apa yang dia ketahui akan dicampak ke dalam neraka dengan usus perut yang terburai-burai kemudian dia berputar-putar seperti keldai yang berpusing-pusing menarik alat penggiling. (kitab sahih al-bukhari dan muslim)

Ummu Sakinah Hj. Muhammad
(Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...