Followers

Wednesday, June 3, 2009

Air Limau dan Luka di Tangan




Air limau itu umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati ynag sakit. Hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang kebahagian tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja reality hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa itu semua datangnya dari luar ke dalam. Ini kerana hati yang jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala factor luaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...