30 Mei 2009 Masjid Negara Shah Alam, suatu pertemuan yang tidak disangka menjadi kenyataan, alam maya menjadi tirai perkenalan dan Allah s.w.t telah menjanjikan hambanya dengan segala kebenaran pada alam nyata ini.
Brader RAR intake 2 dan Brader Ambri intake 34 telah ketemu di suatu malam selepas solat isyak kira-kira pada jam 9.00 p.m bertempat perkarangan jualan buku-buku ilmiah dan agama. Ramai yang memerhatikan kami seakan seorang ayah dan anak yang datang untuk mencari buku.
Senyuman manis RAR mengambarkan sesuatu keterampilan tegas dan konfiden pada perkara yang compek. Kami bersembang sambil makan di seksyen 2. Masa meninggalkan kita, ia berlalu terlalu cepat, rasa baru semalam berjumpa dan bersua. "Lewat dah ni" jam 11.30 p.m kami pulang. Haluan masing-masing dituju, tinggal kenangan yang abadi tersemat didalam dada untuk senyum dan ketawa bila terkenang kembali.
Ambri memang gentar dan gemuruh untuk berjumpa dengan RAR, ia seorang yang mempunyai profesion yang tinggi dan berkeadaan serius dalam gambaran luaran. Allhamdullah, semuanya hanya senyuman, ia baik dan peramah. Ambri tidak sangka sama sekali bahawa ada juga bekas pegawai tentera yang berwibawa dan mempunyai jawatan yang besar dahulu tidak pernah sombong untuk berkongsi pegalaman.
Cara pergaulan yang murni, kita menilai sahabat itu bukan dari luaran, mahupun dari sikap jarang. Berkawanlah dan berkenalan dahulu. Semua akan terjawab after that. Terima kasih segalanya, semoga ketemu kita semula di suatu masa yang lain.



No comments:
Post a Comment