
Personaliti Adaptif
Ia adalah kemampuan diri untuk suatu proses menyesuaikan diri dengan suasana, tempat, keadaan dan orang yang kamu temui. Setiap orang mempunyai sikap dan sifat yang berbeza, bak kata pepatah, “ Lain padang lain belalang, lain tempat lain orangnya, banyak orang banyak ragamnya.”
Syarat menjadi seorang adaptif:
• Bersedia hendak belajar dan menimba ilmu daripada orang lain.
• Bersedia hendak mengubah sikap dan tabiat lama pada sesuatu sebelum ini.
• Membina perasaan selesa dengan orang lain.
• Pandai membaca suasana dan keadaan serta memilih penampilan diri yang terbaik.
• Jangan cepat membuat tanggapan negative ke atas orang lain.
• Pemerkan raut wajah yang positif dan ceria.
• Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar dengan baik.
Adaptif pada pandangan
Memang pedas apabila ungkapan yang menyatakan Adaptif itu munafik, apabila lagi terkena pada batang hidung sendiri walaupun pada realitinya tidak begitu. Adaptif tidak sama dengan hipokrit. Hipokrit ialah kita berpura-pura di hadapan orang lain, tetapi dalam hati berniat lain. Hipokrit penuh dengan kejahatan dan niat buruk. Hipokrit adalah munafik.
Tetapi adaptif bukan begitu. Adaptif adalah menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat. Adaptif adalah meraikan harapan orang lain. Adaptif adalah satu kemahiran dakwah. Adaptif adalah petanda kemesraan dan kasih saying. Nabi Muhammad pernah berkata “Kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu.”
Ini bermakna gaya berbual dan berinteraksi dengan orang yang rendah mentality, sudah pasti berbeza dengan orang yang tinggi mentalitinya. Keterampilan dan susuk tubuh pun perlu mengikut gaya berfikir orang yang berinteraksi dengan kita.
Bahkan hokum fikah Islam juga berubah mengikut tampat dan masa. Ada satu kaedah fikah atau legal maxim yang popular, “Hukum berubah dengan berubahnya tempat dan masa,” Ini bermakna sifat hokum-hukum fikah adalah fleksibel dan adaptif. Ia berubah mengikut tampat, masa, keperluan dan kaedah tertentu. Adakah kita juga hendak menyatakan hokum fikah Islam adalah hipokrit? Sudah temtu tidak siapa yang berani mengungkapkannya, kerana hokum Islam adalah hukum yang sempurna yang dating daripada Tuhan Yang Maha Sempurna. Oleh itu, kamu tidak perlu bimbang, hanya orang yang jahil sahaja akan berkata adaptif itu hipokrit.
Kamu perlu bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang itu.
-Nabi Muhammad-



No comments:
Post a Comment