Followers

Wednesday, March 24, 2010

7 Sunnah Rasulullah S.A.W


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. Amalkan zikir 300 di waktu pagi dan 300 di waktu petang. InsyaAllah.

9 comments:

  1. salam MI

    alhamdulillah, pak itam cuba mengekalkan ketujuh-tujuh sunnah nabi tu, semoga segalanya dipermudahkan buat pak itam dan kita semua hendaknya

    ReplyDelete
  2. w.salam pak itam...alhamdullah...bukan mudah seorg hamba Allah untuk melaksanakan sunnah Rasullah s.a.w. semoga pak itam terus dengan usaha meningkatkan iman.
    Doakan saya juga ya...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. salam MI ..

    tazkirah yg paling bagus sekali .. terima kasih kerana tolong ingat mengingati ...
    semoga kita semua mendapat keberkatan .

    ReplyDelete
  4. salam MI

    7 kunci yg mnjadi azimat dan pedoman.Kenapalah diri ini terlalu alpa dgn 7 kunci ini..doa2lah semuga sempat beristiqamah dlm ibadat..Kita syg nabi...nak jadi ummat yg terbaik mncintai Nabi Muhd SAW. semuga info ini mnjadi pedoman.tmkasih MI

    ReplyDelete
  5. salam MI...bagus tulisan ini...terima kasih atas ilmu..

    ReplyDelete
  6. Syabas juga MI...kalau tgk profile , umur masih muda tetapi sudah ada kesedaran Islam dan kefahaman yang tinggi..semoga Istiqamah..

    ReplyDelete
  7. w.salam ummi..apa yg boleh saya buat..hanya disini la tempat utk kita meingat ingatkan sesama kita.

    w.salam ainhany...semoga kita sama2 diberi kekuatan utk melaksanakanya..bukan mudah kan nak buat semua ini. Semoga ia menjadi pedoman.

    w.salam haji faizal...apa yg kita baca, kita kongsi bersama. Umur muda tak semestikan sihat. Dari muda kena la betul istikomah dalam beribadat. Semoga Allah memberi petunjuk jalan yang benar, kepada saya dan semua umat islam.

    Doakan saya ya..
    Zajakaallah khi

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum MI

    salam ukhwah

    suatu peringatan yg perlu selalu diingatkan
    kadang2 kita selalu terlupa

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. w.salam tuan Rozali, salam ukhwah jua...semoga apa yang kita tahu dapat di kongsi bersama. Saya juga kadang2 terlupa utk melaksanakanya. Bukan mudah kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...