Followers

Wednesday, March 10, 2010

Solat Untuk Keredhaan Allah SWT



Daripada Abu Zar Radiallahuanhu berkata, “Suatu ketika Rasullullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas baginda SAW memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda

“Wahai Abu Zar.” Saya menyahut,”Saya Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda,” Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Keterangan
Pada musim sejuk banyak sekali daun yang gugur sehingga kadang-kadang tiada sehelai daun pun yang tertinggal pada sesetengah pohon. Inilah yang merupakan mafhum daripada sabdaan Nabi SAW iaitu solah yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menghapuskan semua dosa sehingga tiada satu dosa pun yang tertinggal. Walau bagaimanapun, satu perkara perlu diberi perhatian iaitu rumusan kepada kajian yang mendalam daripada para alim ulama berdasarkan al-Quran dan hadis menyatakan bahawa hanya dosa-dosa kecil sahaja yang akan terampun melalui solah dan amal2 kebaikan yang lain. Dosa besar tidak terampun tanpa bertaubat. Oleh itu, disamping mengerjakan solah, kita hendaklah juga mengambil berat untuk bertaubat dan beristighfar dan janganlah mencuaikan perkara ini. Lainlah jika Allah SWT mengampun dosa besar seseorang dengan limpah rahhmatNya.

Petikan: Fadhilat Amal, Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih

2 comments:

  1. Assalamualaikum MI..

    mudh2an amal kita diterima Ilahi sebagai amal yg kanan.

    ReplyDelete
  2. w.salam ummi, sykran pagi2 lagi dah ziarah blog ana. Insyallah, apa yang kita lakukan mestila dengan tawajuk dan rasa kehambaan. Allah s.w.t. melihat segala gerak geri hambanya.
    Jazakallah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...