Followers

Friday, March 26, 2010

Kelebihan Hari Jumaat

Salam fajarsubuh, Selamat hari Jumaat untuk sekalin umat manusia. Banyakan melakukan amal ibadah di hari yang sangat mulia ini sebab di dalam hadis ada menyatakan “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi). Ada yang berpendapat waktu doa makbul itu ialah selepas Asar dan ada yang berpendapat ia di antara dua khutbah Jumaat.

Sedikit perkara yang baik di hari Jumaat:


Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atas ku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.

7 comments:

  1. salam MI

    banyak perkara2 sunat yg boleh dilakukan pada hari Jumaat spt yg dinyatakan, buat dan amalkan dalam menambah pahala utk dibawa dihari kemudian nanti

    insyallah

    ReplyDelete
  2. Salam MI...
    TQ atas reminder berkenaan Jumaat...untuk org yang dah berkahwin..dia dah mula dari malam jumaat lagi.he..he....

    ReplyDelete
  3. w.salam pak itam..kalau nak tulis lagi..memang banyak perkara2 sunat yang menambahkan pahala kita dari kita awal bagun tido lagi. Kita cuba baiki diri kita, buat mana yang termampu. InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. w.salam tuan Hj faizal, perigatan untuk diri saya dan rakan2. Married lain haji, itu penting hidup bekeluarga. Mengiratkan perhubungan keluarga serta tanggujawab seorg suami.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum MI

    Allahuakbar

    banyaknya nikmat yg Allah beri pd umat Nabi Muhammad SAW

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. salam MI
    Sunnguh indah hari Jumaat
    terlalu banyak perkara besar dalam islam terjadi dalam hari ini
    sungguh indah hari Jumaat
    penghulu segala hari
    Adam dan Hawa bertemu pada hari ini..

    ReplyDelete
  7. Salam MI,

    Bagus artikel ini dan artikel sebelum ini, byk perkara yg boleh kita ikut.

    Saya lahir hari Jumaat, petang jam 2.30 petang lepas solat Jumaat. Orang tua2 kata saya ni degil

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...