بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
Allah S.W.T. berfirman :
“ dan janganlah sekali-kali kamu ( Muhammad ) mengira bahawa Allah lalai daripada apa yang diperbuat oleh orang yang zalim. “
(Surah Ibrahim : 42)
Seseorang yang berperibadi islam akan sentiasa bersikap adil dalam segala keputusan. Sikap seperti itu sesuai dengan arahan-arahan Tuhan dalam banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. antara firman Allah mengenai sikap adil ini ialah :
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu memutuskan hukuman antara manusia supaya kamu memutuskannya dengan adil."
(Surah al-Nisa’ : 58)
Antara hadis-hadis rasulullah yang memperkatakan tentang keadilan dan bersikap adil ini ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud : “Kerja seorang pemerintah yang adil untuk rakyatnya dalam sehari lebih baik daripada amalan seorang ahli ibadat dalam keluarganya selama 50 atau 100 tahun.” Dalam suatu riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. dilaporkan sebagai bersabda: “Keadilan satu saat lebih baik daripada ibadat selama 70 tahun.”
Dalam Sunan al-Tirmizi ada disebut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa rasulullah bersabda:
“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak akan ditolak : Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemerintah yang adil dan orang yang dizalimi.”
Walau bagaimanapun, nilai yang begitu tinggi diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya ini kepada sikap adil bukan sahaja menjadikan adil sebagai sikap atau nilai yang sangat terpuji tetapi juga suatu nilai yang sangat sukar dicapai. Oleh sebab itu setiap Muslim merasa berkewajipan untuk berusaha dengan sedaya upaya untuk mencapainya. Apabila Khalifah Umar ibn al-Khattab yang masyhur dengan keadilan dan kewibawaan dalam membuat keputusan itu bertanyakan kepada Ka’ab al-Akhbar mengenai syurga And, pendeta itu menjawab :
“Wahai Amirul Mukminin, syuraga itu tidak akan didiami kecuali oleh seorang nabi atau siddiq atau syahid ataupun seorang pemerintah yang adil.” Umar lalu megulas: “ Aku tentunya bukan seorang nabi. Dia ialah Rasulullah s.a.w. Aku juga tidak mengharapkan melalui kedudukan sebagai pemerintah yang adil meskipun aku akan sentiasa berkelakuan seperti itu. Sementara sebagai seorang syahid pula bagaimana aku boleh mencapai tarafnya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda :
“ sesiapa yang berjalan dengan orang zalim dengan tujuan untuk menguatkannya sedangkan dia tahu yang ia zalim, dia akan terkeluar daripada Islam.”



No comments:
Post a Comment