Followers

Friday, December 21, 2012

Lidah Setajam Mata Peluru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
Seorang yang berperidapai Islam akn sentiasa mejaga tutur katanya dan tidak akan bercakap secara yang tidak berfaedah. Dia hanya akan bercakap apabila dikira berfaedah. Apabila sesuatu percakapan itu berkemungkinan baik dan buruk dia biasanya akan memilih untuk berdiam diri sahaja.
 
Dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada satu riwayat daripada Abu Hurairah yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : “ Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memperkatakan sesuatu yang baik ataupun dia berdiam diri sahaja.”
 
Dalam kitab al-Um, al-Imam al-Syafi’I menyebut: “Apabila seseorang daripada kamu mahu memperkatakan sesuatu dia terlebih dahulu hendaklah mempertimbangkan kata-katanya itu. Sekiranya ternyata kata-kata itu endatangkan kebaikan dia boleh meneruskannya, tetapi kalau dia merasai ragu lebih baik dia diam sahaja sehingga ternyata baik buruknya.”
 
Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim juga ada diriwayatkan bahawa Abu Bakar al-Asy’ari r.a bertanya kepada rasulullah s.a.w. tentang seseorang peribadi Muslim yang lebih baik. Baginda Rasulullah s.a.w lalu menjawab: “Orang Muslim ialah orang yang orang lain selamat daripada lidah dan tangannya.”
 
Dalam hadis al-Tarmizi ada diriwayatkan bahawa Uqbah ibn Amir bertanya kepada rasulullah s.a.w. tentang kejayaan. Baginda menjawab: “Jagalah lidah kamu.”
 
Dalam satu riwayat lain ada disebut Abu Hurairah menceritakan Nabi bersabda: ”Satu daripada ciri-ciri baik keislaman seseorang itu dia tidak menyibukan diri dengan sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan dirinya.”
 
Kata al-Syafi’I kepada muridnya al-Rabi’ : “Jangan kamu bercakap mengenai sesuatu yang tidak ada kena-mengena sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan kamu. Ini kerana hal seperti ini akan mempengaruhi kamu dan kamu tidak boleh memperngaruhinya.”
 
Benarlah kata orang: “Lidah itu sama seperti binatang buar. Kalau tidak ditambat lidah akan menyebabkan kecelakaan.”
 
Bukan mudah untuk menjaga hati dan perasaan orang, bukan mudah untuk memberikan arahan. Megawal perasaan dalam berkata-kata adalah sangat penting dari segala gerak geri untuk melaksanakan arahan dan tugas yang diberikan. Dari berkata-kata lebih baik berzikir dan menbaca al-Quran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...