Followers

Wednesday, December 12, 2012

Mengigati MATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة
 
 
Mengingati kematian mempunyai banyak faedahnya. Antara lain adalah untuk membentuk budi pekerti dan akhlak mulia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Manusia yang masih hidup sememangnya mengerti dan memahami, akan tetapi mereka sekali. Kerana dengan pengertian yang amat terbatas sekali. Kerana dengan pengertian yang terbatas itu, ramai di kalangan kita hanya mementingkan perkara-perkara yang berkaitan dengan keseronokan hidup di dunia ini sahaja. Mereka melupai kehidupan di akhirat.
 
Apabila kita membicarakan tentang kematian maka terbayanglah di dalam bentuk fikiran kita tentang alam kubur dan alam akhirat yang akan ditempuhi. Akan berhadapan dengan sakaratulmaut dan bertemu dengan mungkar dan nakir. Bagi orang-orang yang beriman akan timbul perasaan keinsafan dan kesedaran tentang kekuasaan Allah manakala bagi mereka yang tidak beriman akan timbul perasaan takut dan cemas untuk menghadapinya. Padahal kematian itu sering berlaku di mana-mana dan kita tidak dapat lari daripada menghadapinya.
 
Sesungguhnya kematian itu adalah satu perkara yang kebanyakan manusia tidak mahu mendengar dan memikirkannya jauh sekali untuk mengingatinya kerana akan timbul nanti perasaan takut, gerun, cemas. Gelisah dan menggelabah terutama sekali kepada orang-orang bukan Islam. Mereka akan menarik nafas panjang dan muka mereka akanberubah kerana tersentak oleh perasaan ngeri dan tidak mahu menghadapinya. Mereka merasakan maut itu terlalu hampir dan dekat. Oleh yang demikian mereka akan cuba untuk tidak mengingati mati kerana ia akan melemahkan diri mereka untuk hidup di dunia ini dengan berseronok dan bergembira tanpa ada sekatan.
 
Hanya orang yang beriman kepada Allah sahaja merasa tenang kerana dikabarkan berita gembira dapat bertemu dengan tuhannya. Akan tetapi lain pula ceritanya dengan orang-orang kafir dan mereka yang suka melakukan dosa mereka ingin hidup di dunia ini kalau diizinkan oleh tuhan berbuat demikian. Walau apa keadaan sekali pun yang pastinya setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi mati.
 
Dari imran ibn husain r.huma meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Terdapat satu golongan manusia yang dikeluarkan dari api neraka dengan syafaat Muhammad s.a.w. maka dimasukkan ke dalam syurga yang dinamakan sebagai “jahannamiyyin”. (bekas ahli neraka)
(H.R. Bukhari)
 
Dari shaddad ibn Aus meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisab (memperbaiki) akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati. Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keingingan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat (pengampunan) Allah.
(H.R. Tirmizi)

2 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Sabtu ni ada kursus jenazah. InsyaAllah nak bawa sekeluarga ke kursus ni. Moga menyedarkan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum MI

    terima kasih atas peringatan ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...