Followers

Wednesday, February 23, 2011

Ujian Kesakitan

Assalammualaikom wtb kepada semua pembaca FS. Segala pujian bagi Allah S.W.T. Pemilik sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r.anhum ajama’in dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan niat ikhlas yang mempertahankan perjuangan agama yang sebenar hingga ke hari kiamat.

Bersyukur ana keHadhrat Allah S.W.T. yang menganugerahkan iman dan Islam kepada kita semua. Allah S.W.T. menjanjikan kejayaan, keselamatan, keamanan, keberkatan dan segala kebaikan hanya dalam mentaati segala perintahNya dan mengikut cara sunnah Nabi Muhammad SAW. Jadi, kejayaan seluruh manusia didunia dan diakhirat sehingga hari kiamat hanyalah didalm agama.

Kejadian dua tahun lepas kembali menyentak diri ana, yang mana minggu lepas ia menimpa diri ana sehinggakan diri ini terpaksa dan memaksa untuk terus berjalan dan berdiri tegak menghadap tuhan yang Maha Esa. Walau dalam apa cara sekali pun, kewajipan sebagai seorang muslim mesti terus dilaksanakan.

Dari Aisyah r.ha menceritakan; Ketika Nabi SAW sakit dan keadaan Baginda yang bertambah tenat, maka Baginda SAW telah memohon keizinan kepada isteri-isterinya yang lain iaitu pada hari-hari sakitnya Baginda dirawat di rumahku. Mereka mengizinkannya, (ketika waktu sembahyang tiba) beliau telah dipapah oleh dua orang (untuk pergi kemasjid) yang (disebabkan lemah) kedua belah kakinya telah terseret kebumi. (HR. Bukhari)

Permulaan hari berkerja masih terasa sakit dan ia semakin teruk. Ana minta kebenaran untuk ke Hospital di awal pagi permulaan kerja. Setiba di Hospital kedaan pesakit tidak begitu ramai,mungkin masih awal lagi waktu beroperasi bagi pekerja-pekarja di Hospital. Tidak lama kemudian nama ana dipanggil, untuk masuk berjumpa Doktor.

Kes kesakitan mula menjadi bual bicara bersama Doktor Johari. Begitu lama ana bersama Doktor untuk menyelesaikan masalah ini, memandangkan Doktor Syed yang menguruskan kes ana sudah bertugas di tempat lain dan Doktor pakar Radzi pula tidak ada. Menjadi lumrah kekurangan Doktor Pakar ia menyebabkan kesulitan bagi sesetengan jenis pesakit dan masalah pesakit untuk diselesaikan oleh Doktor biasa. Jadi tiada tempat untuk ana merujuk.

Akhirnya Doktor Johari membuat keputusan untuk memberikan suntikan di Unit Kecemasan dan melapor diri di Wad Lelaki. Bersama-sama ubat dan surat perhatian digenggaman ana tidak menunggu masa yang lama untuk terus ke Unit Kecemasan untuk diberi suntikan dan berehat selama 30minit. Selesai satu masalah, Allhamdullah. Kemudian ke Wad Lelaki pula untuk apa ya....Allahhuakabar semoga tiada apa-apa yang teruk berlaku disana nanti.

Kaunter Wad Lelaki ( yang menjaga semua wanita)

Sampai di Wad Lelaki ana menyerahkan surat perhatian yang ditulis oleh Doktor Johari tadi kepada jururawat yang bertugas disitu bagi mendapatkan rawatan. Apabila selesai membaca, ia menunjukan kearah suatu bilik dihujung sudut bangunan untuk ana masuk sambil menyerahkan surat ini kepada seorang tenaga pegajar atau pegasuh. Apabila beliau membaca surat tersebut, pegasuh itu terus memberikan ana kad temujanji untuk ana hadir pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Allhamdullah segala dengan kekuasaan Mu ya Allah.


Masih menunggu giliran untuk masuk

Dari Abu Huarairah ra meriwatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Kalaulah mereka tahu ganjaran bagi mereka yang pergi ke masjid untuk bersembahyang Zuhur dipanas matahari yang terik nescaya mereka akan pergi dalam keadaan berlari dan barang siapa yang mengetahui ganjaran bagi mereka yang pergi ke Masjid untuk bersembahyang Isyak dan Subuh nescaya mereka akan pergi (tidak mengira mereka sakit) walaupun mereka terpaksa merangkak. (HR.Bukhari)

Bilik yang dimaksudkan

Katil di dalam Wad tempat Operasi


Alat bantuan

Ubat yang diberikan


Disini ada puzzle game

Tuesday, February 22, 2011

Surah Muhammad





Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 38 ayat. Dinamakan surah "Muhammad (s.a.w.)", kerana pada awal surah ini diterangkan bahawa orang-orang kafir yang menentang Islam, Allah sia-siakan amal mereka. Sebaliknya orang-orang yang beriman dan beramal salih serta meyakini kebenaran Al-Quran yang diturunkan oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad (s.a.w.), Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka serta menjayakan keadaan mereka di dunia dan di akhirat. Surah ini juga dinamakan surah"Al-Qitaal" (Peperangan) kerana di dalamnya diterangkan secara khusus mengenai peperangan yang berlaku di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir yang menceroboh, serta diterangkan hukum-hukum dan peraturannya serta balasan yang sebaik-baiknya yang akan didapati oleh orang-orang Islam yang gugur syahid.
Intisari kandungannya: Setelah menerangkan keadaan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang kafir, dan memberi arahan supaya orang-orang yang beriman bersedia membela ugama Allah dan berjuang dengan gagah berani menentang pencerobohan musuh, maka Allah Taala menegaskan bahawa orang-orang yang mengaku beriman akan diuji sehingga ternyata adanya orang-orang yang berjuang di antara mereka dan orang-orang yang sabar dalam menjalankan perintahNya, sehingga dapat disahkan benar atau tidaknya berita-berita tentang keadaan mereka. Kemudian Allah Taala mengingatkan: Bahawa kehidupan di dunia yang tidak berdasarkan iman dan taqwa hanyalah ibarat permainan dan hiburan. Jika mereka beriman dan bertaqwa maka amatlah baik kesudahannya dan la tidak meminta mereka mendermakan harta bendanya, melainkan untuk memberi balasan yang lebih baik kepada mereka. Tetapi sayang! Kebanyakan manusia bersifat bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil kedekut daripada mendermakan hartabendanya pada jalan Allah, maka sebenarnya orang itu hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Surah ini diakhiri dengan menegaskan: Bahawa Allah Taala Maha KayaQtidak berhajat kepada sesiapapun.

Saturday, February 19, 2011

Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?

-Pahala yang berlipat ganda
-Keberkatan.

Baik, kali ini an nak kongsikan dengan antum tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang an tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.


1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Hmmm..susah ana nak terangkan melalui tulisan ini. Cuba tengok gambar ni. Duduk makan cara sunnah...


Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Ada orang tanya ana, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.

Kalau tanya ana, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya ana akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. Jadi ia terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.

2.Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

3.Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, ana ‘no comment’.
Pada ana, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. Jadi macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari?

Ana sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.


4.Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

5.Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.

6.Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“

7.Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati atau mensisip jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

8.Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.



9.Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Ana tak cakap pada orang lain ni, ana cakap kat diri ana sendiri…eemm..

Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.

Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat

-PAHALA
-KEBERKATAN.


Semua terletak pada diri kita sebenarnya, cara bagaimana yang kita hendak ikuti. Tepuk dada Tanya IMAN. Semoga Allah memberi kita Taufik dan Hidayah untuk kita amalkan dan kita sampaikan-sampaikan. InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...