Followers

Tuesday, February 22, 2011

Surah Muhammad





Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 38 ayat. Dinamakan surah "Muhammad (s.a.w.)", kerana pada awal surah ini diterangkan bahawa orang-orang kafir yang menentang Islam, Allah sia-siakan amal mereka. Sebaliknya orang-orang yang beriman dan beramal salih serta meyakini kebenaran Al-Quran yang diturunkan oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad (s.a.w.), Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka serta menjayakan keadaan mereka di dunia dan di akhirat. Surah ini juga dinamakan surah"Al-Qitaal" (Peperangan) kerana di dalamnya diterangkan secara khusus mengenai peperangan yang berlaku di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir yang menceroboh, serta diterangkan hukum-hukum dan peraturannya serta balasan yang sebaik-baiknya yang akan didapati oleh orang-orang Islam yang gugur syahid.
Intisari kandungannya: Setelah menerangkan keadaan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang kafir, dan memberi arahan supaya orang-orang yang beriman bersedia membela ugama Allah dan berjuang dengan gagah berani menentang pencerobohan musuh, maka Allah Taala menegaskan bahawa orang-orang yang mengaku beriman akan diuji sehingga ternyata adanya orang-orang yang berjuang di antara mereka dan orang-orang yang sabar dalam menjalankan perintahNya, sehingga dapat disahkan benar atau tidaknya berita-berita tentang keadaan mereka. Kemudian Allah Taala mengingatkan: Bahawa kehidupan di dunia yang tidak berdasarkan iman dan taqwa hanyalah ibarat permainan dan hiburan. Jika mereka beriman dan bertaqwa maka amatlah baik kesudahannya dan la tidak meminta mereka mendermakan harta bendanya, melainkan untuk memberi balasan yang lebih baik kepada mereka. Tetapi sayang! Kebanyakan manusia bersifat bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil kedekut daripada mendermakan hartabendanya pada jalan Allah, maka sebenarnya orang itu hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Surah ini diakhiri dengan menegaskan: Bahawa Allah Taala Maha KayaQtidak berhajat kepada sesiapapun.

6 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Terima kasih...dapat menambah ilmu di pagi yang mulia ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum MI

    Moga Allah menjadikan kita seorang yg pemurah dan tidak menguji kita dgn ujian yg tidak mampu kita tanggung


    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Waalaikommusalam wtb ya Ustaz, khaifahaluka...Allhamdullah ziarah blog ana, walaupun kondensi ana kurang sihat.
    Moga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  4. Waalaikommusalam wtb saudara Rozali. Seronok bila ada lagi yang menziarah blog ana. Semoga kita sentiasa mengikut apa yang Rasulullah saw lakukan. Tunaikan la hak-hak saudara sesama muslim.

    Surah ini banyak ceritanya...

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  5. as salam musafir islam..

    apa khabar?
    moga baik-baik hendaknya....saya alhamdulillah, sihat..hehe

    masuk blog ni..banyak dapat manfaatnya...teruskan menulis musafir islam kerana saya akan selalu singgah di sini mmbaca entri yang bermanfaat diblog ni..


    :)

    ReplyDelete
  6. Waalaikommuslam AAS. Allhamdullah ana bikhair.
    Kongsi ilmu bersama. Rajin2 ziarah ana disini ya. Syukran selalu ziarah ana.

    JazakaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...