Followers

Saturday, February 19, 2011

Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?

-Pahala yang berlipat ganda
-Keberkatan.

Baik, kali ini an nak kongsikan dengan antum tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang an tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.


1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Hmmm..susah ana nak terangkan melalui tulisan ini. Cuba tengok gambar ni. Duduk makan cara sunnah...


Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Ada orang tanya ana, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.

Kalau tanya ana, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya ana akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. Jadi ia terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.

2.Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

3.Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, ana ‘no comment’.
Pada ana, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. Jadi macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari?

Ana sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.


4.Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

5.Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.

6.Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“

7.Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati atau mensisip jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

8.Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.



9.Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Ana tak cakap pada orang lain ni, ana cakap kat diri ana sendiri…eemm..

Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.

Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat

-PAHALA
-KEBERKATAN.


Semua terletak pada diri kita sebenarnya, cara bagaimana yang kita hendak ikuti. Tepuk dada Tanya IMAN. Semoga Allah memberi kita Taufik dan Hidayah untuk kita amalkan dan kita sampaikan-sampaikan. InsyaAllah

4 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Perkara yang jarang kita lakukan memang payah di awalnya. Namun jika sudah melaziminya senang rasanya. Begitulah sunnah Rasulullah s.a.w. melaziminya sangatlah indah rasanya kerana mencontohi sunnah lahir rasa cinta dan kasih kepada Nabi

    ReplyDelete
  2. as salam musafir islam..

    sungguh elok kalo kita selalu mengamalkan sunnah nabi..bila kita mkn kan...ada setengah org sy tgk ada mkn dgn sudi dgn tgn kiri...

    ReplyDelete
  3. Waalaikommusalm wtb Ustaz. Allhamdullah ana sihat. Cuma ada sakit sikit sekarang ini. Ini semua dugaan dan ujian dari Allah.

    Setiap ummat Nabi mesti lakukan ini. Lakukan dan buat segala Sunnah Nabi saw. Terapkan keimanan dalam diri dgn mengikuti segala Sunnah Nabi saw, kerana setiap Sunnah Nabi saw ini pasti ada kejayan.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  4. Waalaikommusalam wtb saudari AAS. Syukran ziarah blog ana. Kata-kata anti itu memang benar, ana sendiri lihat. Allahhuakabar...Ini yang dikatakan manusia akhir zaman.

    JazakaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...