Followers

Wednesday, February 23, 2011

Ujian Kesakitan

Assalammualaikom wtb kepada semua pembaca FS. Segala pujian bagi Allah S.W.T. Pemilik sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r.anhum ajama’in dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan niat ikhlas yang mempertahankan perjuangan agama yang sebenar hingga ke hari kiamat.

Bersyukur ana keHadhrat Allah S.W.T. yang menganugerahkan iman dan Islam kepada kita semua. Allah S.W.T. menjanjikan kejayaan, keselamatan, keamanan, keberkatan dan segala kebaikan hanya dalam mentaati segala perintahNya dan mengikut cara sunnah Nabi Muhammad SAW. Jadi, kejayaan seluruh manusia didunia dan diakhirat sehingga hari kiamat hanyalah didalm agama.

Kejadian dua tahun lepas kembali menyentak diri ana, yang mana minggu lepas ia menimpa diri ana sehinggakan diri ini terpaksa dan memaksa untuk terus berjalan dan berdiri tegak menghadap tuhan yang Maha Esa. Walau dalam apa cara sekali pun, kewajipan sebagai seorang muslim mesti terus dilaksanakan.

Dari Aisyah r.ha menceritakan; Ketika Nabi SAW sakit dan keadaan Baginda yang bertambah tenat, maka Baginda SAW telah memohon keizinan kepada isteri-isterinya yang lain iaitu pada hari-hari sakitnya Baginda dirawat di rumahku. Mereka mengizinkannya, (ketika waktu sembahyang tiba) beliau telah dipapah oleh dua orang (untuk pergi kemasjid) yang (disebabkan lemah) kedua belah kakinya telah terseret kebumi. (HR. Bukhari)

Permulaan hari berkerja masih terasa sakit dan ia semakin teruk. Ana minta kebenaran untuk ke Hospital di awal pagi permulaan kerja. Setiba di Hospital kedaan pesakit tidak begitu ramai,mungkin masih awal lagi waktu beroperasi bagi pekerja-pekarja di Hospital. Tidak lama kemudian nama ana dipanggil, untuk masuk berjumpa Doktor.

Kes kesakitan mula menjadi bual bicara bersama Doktor Johari. Begitu lama ana bersama Doktor untuk menyelesaikan masalah ini, memandangkan Doktor Syed yang menguruskan kes ana sudah bertugas di tempat lain dan Doktor pakar Radzi pula tidak ada. Menjadi lumrah kekurangan Doktor Pakar ia menyebabkan kesulitan bagi sesetengan jenis pesakit dan masalah pesakit untuk diselesaikan oleh Doktor biasa. Jadi tiada tempat untuk ana merujuk.

Akhirnya Doktor Johari membuat keputusan untuk memberikan suntikan di Unit Kecemasan dan melapor diri di Wad Lelaki. Bersama-sama ubat dan surat perhatian digenggaman ana tidak menunggu masa yang lama untuk terus ke Unit Kecemasan untuk diberi suntikan dan berehat selama 30minit. Selesai satu masalah, Allhamdullah. Kemudian ke Wad Lelaki pula untuk apa ya....Allahhuakabar semoga tiada apa-apa yang teruk berlaku disana nanti.

Kaunter Wad Lelaki ( yang menjaga semua wanita)

Sampai di Wad Lelaki ana menyerahkan surat perhatian yang ditulis oleh Doktor Johari tadi kepada jururawat yang bertugas disitu bagi mendapatkan rawatan. Apabila selesai membaca, ia menunjukan kearah suatu bilik dihujung sudut bangunan untuk ana masuk sambil menyerahkan surat ini kepada seorang tenaga pegajar atau pegasuh. Apabila beliau membaca surat tersebut, pegasuh itu terus memberikan ana kad temujanji untuk ana hadir pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Allhamdullah segala dengan kekuasaan Mu ya Allah.


Masih menunggu giliran untuk masuk

Dari Abu Huarairah ra meriwatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Kalaulah mereka tahu ganjaran bagi mereka yang pergi ke masjid untuk bersembahyang Zuhur dipanas matahari yang terik nescaya mereka akan pergi dalam keadaan berlari dan barang siapa yang mengetahui ganjaran bagi mereka yang pergi ke Masjid untuk bersembahyang Isyak dan Subuh nescaya mereka akan pergi (tidak mengira mereka sakit) walaupun mereka terpaksa merangkak. (HR.Bukhari)

Bilik yang dimaksudkan

Katil di dalam Wad tempat Operasi


Alat bantuan

Ubat yang diberikan


Disini ada puzzle game

12 comments:

  1. as salam MI...

    singgah sini bc entry..
    apa khabar?
    MI tak sihat erk..
    sakit ape ni...

    ape pun..
    moga kesakitan tu akan segera sembuh..

    shafakallah..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum MI...

    semoga MI cepat sembuh dr kesakitan.
    paling ummi takut bila kena jumpa doktor.

    2 hari lepas ummi dh kesini , tp rumah berkunci , x dpt ziarah...

    ReplyDelete
  3. Waalaikommusalam AAS. Allhamdullah ana bilkhair. Kurang sihat sedikit sahaja. Allhamdullah yang lain masih boleh buat lagi. Sakit sikit shj. Doakan ana ya.

    Wa Iyaka

    ReplyDelete
  4. Waalaikommusalam wtb Ummi.

    Semoga doa-doa ummi makbur ya...Bila dah terlalu sakit ini, kena juga jumpa Doktor. Selama ini ana tahan juga bila sakit.

    Maaf tentang Blog ini, kadang-kadang ana sendiri pun tak dapat buka. Syukran ziarah disini ya ummi.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  5. Salam MI,

    jaga diri ye dik, makan ubat dan banyakkan doa..:)
    InsyaALLAH dengan rawatan dan terapi dari masa kesemasa, kesembuhan pasti bersamamu jua. Berbaik sangkalah dengan ALLAh dan jagalah makan minum...InsyaALLAH berkat solat yang berterusan...ia bagaikan satuterapi..Ayuh Lakukan Subhanallah.

    ReplyDelete
  6. salam anaknda ,

    setiap penyakit ada ubatnya.
    bersabarlah.

    Firaun tak pernah sakit semasa hidupnya.

    Allah masih sayangkan kita.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum wbkt

    Semoga segala ikhtiar, usaha dan doa akan diberkati Allah. Semoga DIA akan mengurniakan kembali kesihatan yang amat diingini. Insya-Allah.

    Penyakit sememangnya menyebabkan kita cemas. Terutama kerana kita sendiri bakal tidak berkemampuan menolong orang-orang yang kita sayangi yang mungkin sakit semasa kita sakit! Alahai..... jadi sedih dan bingungnya kita.
    Semoga segera sihat. Jaga diri!

    ReplyDelete
  8. Waalaikommusalam wtb ya ukti ainhany. syukran dengan nasihat anti. InsyaAllah semoga ana lebih tabah dan kuat.
    JazakaAllah

    ReplyDelete
  9. Waalaikommusalam wtb ayahda NGINAP SRENGENGE. Syukran ziarah ana disini. Segala kesakitan dan dugaan adalah dugaan dariNya. Allah sayangkan hambaNya

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  10. Waalaikommusalam wtb saudara Temuk. Doakan ana ya...semoga ana cepat sihat dan kuat sentiasa.

    Manusia tidak mamapu utk melakukan apa-apa bila penyakit melanda, hanya yang dapat dilakukan hanya meminta doa, bantuan dan solat-solat agar dipermudahkan segala kesukaran dan kesakitan yang melanda.

    JaakaAllah

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum wm wbr.

    Alhamdulillah dapat ziarah ke sini.

    أسئل الله الكريم رب العرش العظيم أن يشفيك
    (Aku bermohon kepada Allah yang Maha Agong, Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agong agar Dia menyembuhkan kamu).

    InsyaAllah, smoga sihat.

    ReplyDelete
  12. Waalaikommuslam wtb Tuan Hj Saad. Ana aminkan doa-doa tuan Hj. Semoga sakit ini cepat sembuh.

    JazakaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...