Bersyukur ana keHadhrat Allah S.W.T. yang menganugerahkan iman dan Islam kepada kita semua. Allah S.W.T. menjanjikan kejayaan, keselamatan, keamanan, keberkatan dan segala kebaikan hanya dalam mentaati segala perintahNya dan mengikut cara sunnah Nabi Muhammad SAW. Jadi, kejayaan seluruh manusia didunia dan diakhirat sehingga hari kiamat hanyalah didalm agama.
Kejadian dua tahun lepas kembali menyentak diri ana, yang mana minggu lepas ia menimpa diri ana sehinggakan diri ini terpaksa dan memaksa untuk terus berjalan dan berdiri tegak menghadap tuhan yang Maha Esa. Walau dalam apa cara sekali pun, kewajipan sebagai seorang muslim mesti terus dilaksanakan.
Dari Aisyah r.ha menceritakan; Ketika Nabi SAW sakit dan keadaan Baginda yang bertambah tenat, maka Baginda SAW telah memohon keizinan kepada isteri-isterinya yang lain iaitu pada hari-hari sakitnya Baginda dirawat di rumahku. Mereka mengizinkannya, (ketika waktu sembahyang tiba) beliau telah dipapah oleh dua orang (untuk pergi kemasjid) yang (disebabkan lemah) kedua belah kakinya telah terseret kebumi. (HR. Bukhari)
Permulaan hari berkerja masih terasa sakit dan ia semakin teruk. Ana minta kebenaran untuk ke Hospital di awal pagi permulaan kerja. Setiba di Hospital kedaan pesakit tidak begitu ramai,mungkin masih awal lagi waktu beroperasi bagi pekerja-pekarja di Hospital. Tidak lama kemudian nama ana dipanggil, untuk masuk berjumpa Doktor.
Kes kesakitan mula menjadi bual bicara bersama Doktor Johari. Begitu lama ana bersama Doktor untuk menyelesaikan masalah ini, memandangkan Doktor Syed yang menguruskan kes ana sudah bertugas di tempat lain dan Doktor pakar Radzi pula tidak ada. Menjadi lumrah kekurangan Doktor Pakar ia menyebabkan kesulitan bagi sesetengan jenis pesakit dan masalah pesakit untuk diselesaikan oleh Doktor biasa. Jadi tiada tempat untuk ana merujuk.
Akhirnya Doktor Johari membuat keputusan untuk memberikan suntikan di Unit Kecemasan dan melapor diri di Wad Lelaki. Bersama-sama ubat dan surat perhatian digenggaman ana tidak menunggu masa yang lama untuk terus ke Unit Kecemasan untuk diberi suntikan dan berehat selama 30minit. Selesai satu masalah, Allhamdullah. Kemudian ke Wad Lelaki pula untuk apa ya....Allahhuakabar semoga tiada apa-apa yang teruk berlaku disana nanti.
Kaunter Wad Lelaki ( yang menjaga semua wanita)
Sampai di Wad Lelaki ana menyerahkan surat perhatian yang ditulis oleh Doktor Johari tadi kepada jururawat yang bertugas disitu bagi mendapatkan rawatan. Apabila selesai membaca, ia menunjukan kearah suatu bilik dihujung sudut bangunan untuk ana masuk sambil menyerahkan surat ini kepada seorang tenaga pegajar atau pegasuh. Apabila beliau membaca surat tersebut, pegasuh itu terus memberikan ana kad temujanji untuk ana hadir pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Allhamdullah segala dengan kekuasaan Mu ya Allah.
Masih menunggu giliran untuk masukDari Abu Huarairah ra meriwatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Kalaulah mereka tahu ganjaran bagi mereka yang pergi ke masjid untuk bersembahyang Zuhur dipanas matahari yang terik nescaya mereka akan pergi dalam keadaan berlari dan barang siapa yang mengetahui ganjaran bagi mereka yang pergi ke Masjid untuk bersembahyang Isyak dan Subuh nescaya mereka akan pergi (tidak mengira mereka sakit) walaupun mereka terpaksa merangkak. (HR.Bukhari)
Bilik yang dimaksudkan
Katil di dalam Wad tempat Operasi
Alat bantuan
Ubat yang diberikan
Disini ada puzzle game




