
Sedih mengenangkan keadaan sekarang yang semakin terhakis nilai2 murni orang melayu. Takut suatu masa nanti kelakuan orang timur selari dengan orang2 barat. Mana hilangnya keperibadian, sopan santun, budi bahasa orang melayu yang terbilang satu ketika dulu. Rasa hormat anak2 pada orang tua, orang muda yang sentiasa menjaga tatasusila..lebur oleh era rambut karat dan nampak pusat. Semakin tinggi pendidikan, heran gak, semakin menurun akhlak, semakin berleluasa gejala2 sosial ..bayi2 boleh buang camtu je..tempat sampah, longkang, kat jamban... hampeh manusio yang banyak... menderako kat mak bapak nih lagi bersepah, ada yang tak mengaku mak, tinggalkan bapak kat bus stop, yang sedih mak bapak terpaksa meraih simpati anak naik turun mahkamah untuk tempat bergantung... .haprak tul.
Ini tak termasuk kes anak2 kena dera, tidak dapat digambarkan bagaimana kanak-kanak berkenaan dipukul dan disepak terajang. Manusia semakin kejam! gejala macam nih makin meluas dan merisaukan. Tu lah dia bila manusia hidup atas tiket kebendaan, sambil lewa hal agama, prinsip penghidupan jauh tersasar. Itu orang kata seinci tersasar, sesat beribu batu. Ni lah bahana high-ends teknologi, gadget2 yang merosakkan remaja yang melanda masyarakat sekarang nih. Akhirnya memusnahkan manusia sendiri.
Kenapa jadi begini? Simple je... Institusi kekeluargaan diketepikan. Pentingkan hiburan dan kurang pengisian iman. Apa2 pun ibubapa memainkan peranan paling penting dalam membentuk generasi masa depan. Kena sama naik lah dunia dan akhirat. ... Pendek kata, berpandukan AlQuran dan Sunnah cara yang terbaik mendidik anak. Insyaallah berjaya di dunia dan akhirat. Al-Quran dan Ibadah itu akan memberi kesan yang baik bukan saja terhadap diri, bahkan juga kehidupan masyarakat seluruhnya.
Allah berfirman yang bermaksud: Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya) (Surah Muthathir ayat 54).
Mentaliti mak bapak sekarang, anak2 mesti cemerlang walaupun jiwa kosong. Baru anak2 duduk ujian UPSR, mak bapak dah kanceong, nak berhentikan dari sekolah agama. Kununnya, nak concentrate pada UPSR. Nampak tak, bagaimana awal2 lagi terhakis kemantapan keimanan anak2 sebab mentaliti mak bapak. Haram hukum dia memberhentikan anak dari sekolah agama semata2 untuk mengejar ilmu dunia nih. Itu kata Ustaz Zahazan dalam program 'Tanya Ustaz". Rata2 sekarang nih, makbapak semua bekerja. Maka urusan rumahtangga 'maid' yang urus. Hubungan ngan anak2 renggang, bz sentiasa. Kalau setakat kerja office tapi buat2 sibuk something wrong somewhere. Keadaan lagi hancur bila mak bapak ada scandal. Macamana nak jadi contoh teladan yang baik. Jelas, keperibadian seseorang itu akan terbentuk melalui didikan ibu bapa. Jika baik perangai ibu dan bapanya di rumah, maka baiklah perwatakan anak mereka. Pendek kata, berpandukan AlQuran dan Sunnah itulah yang terbaik cara mendidik anak. Insyaallah berjaya di dunia dan akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab ayat 21).
Dalam hadis lain yang diriwayatkan Mu'az bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat hingga disoal empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya dan apa yang diperjuangkannya, mengenai hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya."
Bukan senang menjadi role model dalam rumahtangga nih. Disamping memberi kebahagian dunia dan akhirat, mak bapak mesti prihatin atas pergerakan anak2. Mengambil kira dengan siapa mereka berkawan. Justeru, salah sorang kena tegas, baru anak2 hormat tapi kalau mak bapak jadi ketam camna nak ajar anak jalan lurus. Namun, Proses tarbiah (pendidikan) sejak kecil adalah faktor terbesar dalam menyumbang serta menentukan kejayaan anak pada masa depan. Tanamkan kat anak2 nih sifat disiplin dalam menuntut ilmu, tanggungjawab terhadap keluarga dan jaga solat.
"Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur" (Hadis Abu Daud).
Bergaul serta berbuat baik dengan saudara mara, jiran tetangga, dengan kata lain bermasyarakat. Bukan hidup macam 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing2'. Rajin2 lah membawa anak isteri berjinak2 dengan mesjid, majlis ilmu bukannya bawak pergi karaoke, tengok wayang...
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara iaitu masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa muda sebelum tua dan masa kaya sebelum papa." (Riwayat Hakim dan Baihaqi). Jelas Rasulullah s.a.w menerangkan perkara yang penting diberikan tumpuan.



Salam anakanda MI
ReplyDeleteTerkedu dan terharu juga dgn apa yg jadi sekarang...teringat seorg pensyarah kena hukum mahkamah kena jaga ibubapa bila dia mengabaikan ibubapanya.Sampai begitu sekali...
Mudahan2 kita jadi anak dan ibp yg baik...Amin.
Salam MI..
ReplyDeleteTerima kasih atas tazkirah ini..
w.salam mama ju.
ReplyDeleteMasyarakat sekarang ini sudah tidak takut akan dosa. Tidak tahu jalan yang lurus. Mana yang haram, mana yang halal. Adap sopan sudah pupus.
Semoga doa kita, Allah panjatkan untuk kita terus bertakwa dan tahu batas islam.
w.salam Tuan Haji Faisal.
ReplyDeleteBuat diri saya jua yang sering lalai akan fanah duniawi.
Syukran ziaran blog ana.
Assalamualaikum MI
ReplyDeletemari lah kita berdoa supaya
kita ibu bapa dapat menjalankan tanggungjawab masing2
supaya zuriat kita dlm kalangan beriman dan bertakwa disamping menegakan sunah Nabi SAW
Wassalam
waalaikummusalam atuk.
ReplyDeleteMI doakan dan menaminkan doa atuk. Semoga apa yang ditulis, termakbur hendaknya.
JazakaAllah khi