Salam semua pembaca, dekat lebih seminggu MI tidak menulis. Sebak dan sedih masih terpahat di jiwa yang megenangkan pemergian ayah yang tercinta terlalu cepat berlalu. Rasa bagai semalam MI menjaga ayah di Hospital. Setiap malam MI akan ke hospital untuk menjaga ayah, sehingga subuh. Di waktu malam, ayah tak boleh tidor, badanya terlampau sakit. MI berjaga dan terus berjaga hingga ayah boleh tidor. Di waktu itu jua MI ambil kesempatan untuk membaca buku pelajaran dan ilmiah, exam hanpir tiba. Apabila ayah sakit, MI akan mengurutkan dan menyapukan minyak, dan memberi sedikit air.
Ini adalah bekas air dan sudu yang MI sering suapkan ke mulut ayah.
Ini la barangan terakhir yang MI bawa pulang dari Hospital. Ayah tidak boleh makan lagi, hanya minum air sahaja.InsyaAllah MI akan coretkan lagi untuk hari berikutkan kisah AYAH Tercinta.
Salam.



salam MI...
ReplyDeletehanya doa dr anak yg soleh akan menjadi bonus buat ayah tercinta .
semoga ayah MI bahagia di sana.jua buat ayah akak yg telah kembali menemui Ilahi 19 thn lalu.
Alfaatihah buat semua arwah muslimin muslimat. ameen...
Assalamualaikum MI
ReplyDeletehadiah drp anak yg soleh menunggu Allahyarham ayah MI
Al Fatihah untuk ayah MI
Wassalam
w.salam ummi, en Rozali. InsyaAllah anak yang soleh. Tk atas nasihat tuan/puan. semoga ia sebagai doa utk kita dan anak cucu kita. InsyaAllah.
ReplyDeletesalam anakanda MI,
ReplyDeleteteruskan berdoa buat arwah ayah. insya Allah roh arwah ayah akan damai di sana.
Salam MI..semoga Allah berkati sdr..
ReplyDeletesalam anakanda
ReplyDeleteAnakanda anak yang baik,Hanya Allah akan membalasnya.
Kat blog mama tu mama buat N3 untuk safwan Husaini pesakit kanser..doakan dia sama.
W.Salam hajjah nab,
ReplyDeleteInsyaAllah, itu semua doa kata hajjah. Semoga ada jua balas yg baik utk diri kita di kemudian hari nanti.
w.salam Haji Faisal,
ReplyDeleteInsyaallah amin..doa tuan Haji.
W.Salam mama ju,
ReplyDeleteInsyaAllah...semoga kata mama sebagai doa, bukan untuk kita jua...tetapi utk semua umat manusia..
Sama-sama kita doakan utk saudara safwan Husaini , semoga ia cepat sembuh.
Dan doakan utk semua pesakit2 kanser..InsyaAllah.
Salam MI,
ReplyDeleteSaya sgt faham apa MI rasa, tahun 1981 ketika abah saya meninggal saya sorang mengadap arwah , saya baru lepas SPM masa tu. Skrg saya masih ingat dengan arwah abah.
Masa tu saya temankan arwah setiap minggu kat kg arwah abah.
Hanya doa kita saja yang boleh bantu mereka di sama. MI kena tabah. Perasaan itu akan berkurangan. Arwah emak saya dulu selalu pesan yang orang meninggalkan kita mcm pergi belayar.....mereka semakin jauh.....
Byk bersabar dan kuatkan hati