Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.
Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.
Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.
Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.
Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:
Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.
Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.
Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

salm MI..
ReplyDeletebegitu mudah dan lumayan sekali janji Allah pd hamba2nya , tp mengapa kita sebagai manusia termasuk diri ini juga masih lagi alpa dan lalai.
Assalamualaikum MI
ReplyDeleteya Allah
bukan hati hati kami
untuk mudah membaca Al Quran
amin
terima kasih, info ini
Wassalam
salam MI,
ReplyDeletedah hampi seminggu x apat baca quran ni. bz hal dunia yang tak abis-abais
salam MI
ReplyDeletealhamdulillah, Allah bagi pak itam masa setiap hari lps magrib hingga isyak untuk menatap dan membaca Al Quran ni
semoga Allah terus permudahkan dan terus diberi kelapangan utk membaca Al Quran
Salam MI..doakan saya ada kekuatan untuk amalan quran setiap hari..
ReplyDeletew.salam ummi,
ReplyDeleteAllah megasihat umat akhir zaman. Allah tidak memberikan azab yang teruk kepada umat akhir zaman seperti di zaman nabi2 terdahulu. Macam kaum nabi lut, musa dan nuh.
Nanti kita muzakarah lagi tentang masalah manusia akhir zaman ya ummi.
Doakan ana, InsyaAllah.
Waalaikommusalam w.t.b atuk...saya aminkan doa atuk. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah selalu. Jadikan al-Quran sebagai bahan bacaan harian. InsyaAllah.
ReplyDeleteDoakan ana ya..
w.salam az.
ReplyDeleteDunia banyak megongkong kita utk ingat pada akhirat. selalu ke Masjid utk mendegar bacaan al-Quran. Dengar juga dikira ibadah dan mendapat pahala. InsyaAllah.
w.salam pak itam. Allhamdullah, Allah permudahkan usaha pak itam untuk terus megumpul seberapa banyak pahala di dunia bagi bekalan di akhirat. Bukan mudah untuk kita istiqamah setiap magrib megaji...semoga Allah megandakan usaha pak itam.
ReplyDeleteDoakan kami warga PDKM ya pak itam. Amin..
w.salam Tuan Haji Faisal. Saya selalu berdoa selepas solat agar Allah pilih kita semua masuk ke dalam syurga Allah tanpa hisab. Mudah melakukan ibadah dan ada ruang untuk al-Quran kalam suci Allah. Bersama-sama kita berdoa kepada Allah, agar Allah pilih kita semua.
ReplyDeleteDoakan ana ya Haji...amin.