Assalammualaikom w.t.b kepada semua pembaca blog yang dikasihi. Jadual harian tidak lengkap tanpa al-Quran.
Manusia adalah makhluk yang lemah dan memerlukan petunjuk sebagai panduan mereka ke destinasi yang sebenar. Allah s.w.t. sebagai pencipta yang Maha Mengetahui telah menyediakan satu manual kehidupan yang lengkap untuk kita ikuti iaitu al-Quran. Hakikatnya al-Quran bukan sekadar manual tetapi manhaj dan cara hidup yang paling sempurna.
Manusia diciptakan oleh Allah sebagai manusia yang paling sempurna dan mulia. Tetapi, kemulian manusia berkurangan bahkan hilang apabila manusia sudah tidak mampu lagi menjaga kemuliaan dirinya. Kemuliaan manusia bukan dinilai daripada fizikalnya, tetapi kemulian manusia itu terletak pada ketakwaannya kepada Allah. Oleh itu, kita perlu taat perintah Allah dan mengikuti sunnah Rasulllah s.a.w. untuk memelihara dan meningkatkan ketakwaan kita pada Allah pada setiap masa.



Isnin, selasa dan rabu. Pembelajaran tajwid,tarranum dan bahasa arab. Apabila Ustaz telah pergi melanjutkan pelajaran tarranum tinggi beliau di Pusat Islam Antarabangsa. Penuntut direhatkan seketika. Ustaz Rosli seorang yang sangat mahir dalam tarranum, bahasa arab dan tajwid. Banyak ilmu yang kami pelajaran dari beliau. Setiap huruf dalam ayat suci al-Quran terdapat makna tersendiri dan maksud yang tertentu. Ia boleh memberi makna yang berbeza bila disatukan dengan ayat-ayat tertentu.
Allah menjelaskan di dalam al-Quran surah ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah s.w.t. mengkehendaki keburukan pada sesuatu kaum, tidak ada yang padat menolaknya dan sekali-kali tidak akan ada pelindung bagi mereka selain dia.”


Pembelajaran tidak terbatas pada peringkat umur, darjat dan kedudukan. Selagi anak adam itu bernyawa selagi itu la ia berlu berlajar, berlajar dengan guru dan ustaz serta orang yang alim ulamak. Kami hanya 5 oranag pelajar yang tetap atau sering kali hadir ke kelas. Ketabahan ustaz megajar kami membuatkan kami semakin kuat dan bersemangat untuk menuntut ilmu al-Quran. Pengorbanan Ustaz yang tiap malam datang ke surau dari jauh membuatkan segala ilmu yang di ajar menjadi berkat dan di rahmati. Semoga Ustaz sentisa berada dalam keadaan sihat dan bahagia selalu. Doa dari kami untuk kita sama-sama mempelajaran ilmu al-Quran ini di permudahkan Allah s.w.t.
Di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Yang terbaik di antara kamu adalah orang yang belajar dan megajar al-Quran.”
Allah s.w.t. menjelaskan di dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 79 yang bermaksud, “Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah s.w.t. berikan kepadanya al-Kitab, hikmah dan kanabian, lalu dia berkata kepada manusia, ‘Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah s.w.t.’ Tetapi (dia berkata), ‘Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbani kerana kamu selalu mengajarkan al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.”
Muslim yang baik adalah Muslim yang mengusai ilmu Allah di alam semesta dan ilmu Allah di dalam al-Quran.




salam MI
ReplyDeletealhamdulillah, semenjak pulang dr tanah suci 2007, Allah memberikan kelapangan masa kepada ku utk membaca Al quran setiap hari kerana semasa di sana pak itam ada berniat utk membaca al quran setiap masa yg terluang dan khatam juga di sana .Pak itam juga memohon doa agar al quran akan menjadi santapan rohani ku setiap masa selepas itu dan Allah telah makbulkan doa ku dgn memberikan ku masa setiap hari untuk nya
bukan niat utk menunjuk2 , tapi itulah salah satu yg ku doakan di sana dan Allah makbulkan.
semoga terus istiqamah
Alhamdulillah
w.salam pak itam.
ReplyDeleteAllhamdullah...bagus tu, ramai yang berniat begitu, utk khatam al-Quran disana. Ada yang pergi sana memberi pelbagai kenangan bila balik, ada yg pergi sana menjadi lebih balik bila balik dan ada yg menjadi berubah baik bila balik. Itu semua yang kita mahukan.
Kita cuba utk menceritakan sedikit pegalaman, dan bukan utk riak malah sombong. Cuba menaikan semagat pembaca dengan kepentingan al-Quran pada akhir zaman ini.
Allhamdullah pak itam, MI doakan semoga pak itam terus istiqamah dan tawajud bila megaji al-Quran.
Doakan ana ya..
JazakaAllah khi
Salam MI,
ReplyDeletealhamdulillah, semoga MI sukses dalam pembelajaran al quran ini. az tumpang gumbira
w.salam az. InsyaAllah...berkat doa az. Semoga Allah berkati usaha MI utk ilmu akhirat.
ReplyDeleteDoakan MI ya..
amin...
salam MI ,
ReplyDeleteakak setuju sangat apa yg MI tuliskan tu , dan akak yg dok ajar alif ba ta saja ni pun terasa bahagia sangat bila setiap masa berdamping dgn kitab2 alquran nih , apatah lagi kalu dpt tambahkan lg ilmu yg terlalu sedikit nie...kongsi2 le sama ilmu yg MI dpt dgn akak yer .
w.salam ummi,memang benar tu. Bila kita sentiasa mendampingi al-Quran hati kita menjadi tenang je.
ReplyDeleteInsyaAllah apa yg MI belajar nanti, MI post kan jika berkesempatan.
TK sering menziarahi blog MI.
Salam MI..saya pun masih terus belajar Al Quran - memperbetulkan bacaan dan Tajwid..semoga kita terus belajar..cemberu dgn rezeki@Pak Itam yang dapat membaca quran setiap hari..saya masih tercari2 waktu untuk memenuhi KPI itu...
ReplyDeletew.salam haji...allhamdullah, walau dimana kita berada, seusia zaman kita hidup dan dalam keadaan apa sekalipun kita, al-Quran itu pelita hidup penyuluh jalan dan penyiri kehidupan diri dan keluarga.
ReplyDeleteInsyaAllah...saya boleh berguru jua dengan haji Faisal nanti ya...
salam MI,
ReplyDeleteapa kabar anakanda? mama doakan anakanda sihat & cemerlang dalam pembelajaran ilmu al-quran. terima kasih kerana berkongsi ilmu. mama sering ke sini, tapi kadangkala tak tinggalkan komen!!