Followers

Monday, February 7, 2011

Ukhuwah

Persahabatan cara Rasulullah


KITA sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.

Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (Hadis riwayat al- Baihaqi).

Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: "Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”


MELAKA . 06 Feb 2011 . Perjalan daripada Johor Bahru megambil masa 4jam untuk sampai ke Melaka. Keadaan jalan yang bergitu sesak akibat cuti umum yang panjang berkait rapat dengan cuti sekolah bagi adik-adik kita. Ana berniat untuk menziarah sahabat kita pemilik Blog HIDUP BIAR ALLAH SAYANG. Dikatakan beliau sedang kesakitan akibat penyakit Gout yang dialami sejak bulan lepas. Semoga Allah memberi beliau kekuatan untuk meneruskan setiap titik perjalanan kehidupan agar beliau beroleh kesihatan hendaknya.

Perjumpaan yang seketika hanya di hadapan halaman rumah oleh kerana waktu dan keadaan yang tidak mengizinkan kami untuk terus berbicara bertukat-tukar buah fikiran dan pegalaman serta pendapat. InsyaAllah bisa ketemu dilain masa dan ketika hendaknya. Setelah hati terubat dengan seketika perjumpaan sudah memadai buat ana. Begitu lama menjejaki tuan punya tanah dari Blog PDKM (Cik Lie) & Kehidupan Mekkah (Hj Arshad) membawa ke Blog HBAS, allhamdullah baru kini Allah zahirkan kehendak hambaNya. SubhanaAllah hebat benar kekuasaan Mu ya Rob.

* Sahabat yang berada di Melaka boleh la antum sekalian menzarahi beliau. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan memberikan semangat kepada beliau untuk terus melawan kesakitan yang dialaminya. InsyaAllah

Siru ala Brakhatillah. JazakaAllah hufik.

12 comments:

  1. Assalamu'alaikum wm wbr MI

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke rumah dan juga hadiah. Nasib baik sempat berjumpa sbb ana ke rumah abang ipar di Melaka tengok anaknya yang demam.

    Ana sudah ke pejabat hari ini, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. salam kenal musafir islam...kita akan dinilai berdasarkan kawan2 di sekeliling kita...

    ReplyDelete
  3. Waalaikommusalam wtb tuan hj Saad Hamid.

    Afwan, afwan. Ana juga ucapkan allhamdullah kerana sudi berjumpa dgn ana. Tak sangka kita dapat berjumpa. Allhamdullah tuan hj sudah boleh berjalan dan ketempat kerja. InsyaAllah bila free, ana ziarah tuan hj kembali.

    Ana doakan semoga ukhwah ini terbilang kuat dlm ikatan iman kerana mencari keredoaan Allah. amin.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  4. Waalaikommusalam wtb saudara Sham, syukran ziarah blog ana. Semoga Allah merahmati tuan. Ana suka tulisan tuan, semoga anta sering menziarahi blog ana, InsyaAllah.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  5. Selamat Pagi Cikgu.
    Ana aminkan doa-doa cikgu. sama-sama kita mendoakan kebahgiaan dan kesihatan sesama kita, InsyaAllah.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  6. salam musafir islam..

    saya singgah buat pertama kali di sini...semoga memberi kebaikan pd kita semua..

    ReplyDelete
  7. Waalaikommusalam wtb ya ukti Adinda Amy Sensi. Allhamdullah akhirnya anti dapat menjejaki blog kesayangan ana. Apa yang di lakarkan semoga ia menjadi pemangkin semangat dalam kemanisan beribadah. InsayAllah.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum musafir islam..

    saya singgah di hari jumaat yang barokah..
    kaifahaluka ya akhi?

    ReplyDelete
  9. Waalaikommusalam ya ukti Amy. Allhamdullah ana bikhair....Maaf tak sempat nak post N3 baru. Syukran ziarah blog ana.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  10. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga sdra dianugerahkan kesihatan yang baik.
    Terima kasih menziarahi blog saya. Saya mendoakan moga sahabat sdra dikembalikan kesihatannya semula...amin

    ReplyDelete
  11. Waalaikommusalam wtb ya akki Abd Razak. Ana aminkan setiap doa-doa tuan. Ana juga ingin megucapkan syukran kepada anta, kerana sudi menziarahi blog ana. Rajin-rajin kemari lagi.

    Bersama-sama kita berkongsi ilmu dan pegalamn dlm kehidupan. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...